Wednesday 3 June 2009

Enaknya Mendaki Gunung


Cuti sekolah sahaja aktibiti mendaki gunung salah satu pilihan menghabiskan masa cuti. Apa enaknya mendaki gunung? Aktibiti mendaki sinonim dengan riadah lasak. Apa menariknya?


Mendaki gunung misalnya gunung Everest, memerlukan perancangan, latihan, kewangan, kecekalan, kekuatan fizikal, mental dan masa untuk menaklukinya.

Keenakan dan keseronokan mendaki gunung akan terasa apabila pendaki mencapai puncak gunung itu. Rasa letih, telah terubat apabila berjaya menakluk puncak gunung yang didaki.

Anda pernah mendaki gunung, sekurangnya gunung tertinggi di negara kita: Gunung Kinabalu?.

Jika anda pernah, maka keenaknya dan keseronokannya, hanya anda yang tahu dan merasainya.

Analog mendaki gunung, mungkin dapat diterapkan dengan mendaki kejayaan. Kejayaan tidak akan datang bergolek. Tidak ada jalan mudah untuk mencapai kejayaan. Kejayaan mesti dibina, kejayaan mesti dirancang, kejayaan mesti dicari. Kejayaan seseorang hanya seseorang itu yang merasa keenakannya dan keseronokannya, mungkin juga ditumpang oleh orang terdekat dengannya, sahabat mungkin juga, tetapi agak ganjil kedengarannya.

Apabila kejayaan telah dicapai, tugas utama adalah mempertahankan kejayaan itu, memelihara kejayaan itu. Tugas memelihara dan memertahankan kejayaan ini telah menjadi faktor hambatan bagi sebahagian bangsa kita. Kita menyaksikan ramai di antara kita sesuatu ketika dahulu kelihatan telah berjaya, akan tetapi faktor hambatan telah mengekangnya, mengakibatkan kejayaan mereka itu hilang dan kembali menghantuinya.

Kejayaan demikian, samalah dengan keenakan dan keseronokan mendaki gunung, apabila tiba di puncak, segalanya hebat, segalanya seronok belaka, sehinggakan lupa bahawa menuruni gunung adalah sama gerunnya dengan mendaki. Akan tetapi, sifat sambil lewa berakibat fatal dan musnahlah keseronokan yang dikecapi.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP