Thursday 27 August 2009

Idris Jala jadi menteri: Sarawak Boleh!!!

Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Idris Jala telah dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau ditugaskan menyelia pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan akan melaporkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.Idris juga dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Prestasi Pengurusan (PEMANDU).

Pelantikan Idris diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.Dr Koh akan meneruskan tugas merangka dan melaksanakan keseluruhan dasar dan strategi berhubung pengurusan prestasi dan pembaharuan organisasi dengan fokus khusus kepada N-KRA.

Beliau juga akan mempengerusikan lembaga PEMANDU yang turut dianggotai Ketua Setiausaha Negara dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Idris pula akan berkongsi kepakaran dan pengalamannya ketika berkhidmat di Shell dan MAS dan merangsang pelaksanaan pengurusan prestasi di peringkat kerajaan persekutuan.

Beliau juga akan memegang jawatan timbalan pengerusi lembaga PEMANDU. Idris dilantik sebagai pengarah urusan dan CEO MAS pada Disember 2005 selepas syarikat penerbangan itu mengalami kerugian terbesar dalam sejarah korporatnya.

Perlantikan Idris Jala ini ada hubungan kah dengan piliharaya negeri Sarawak mungkin diadakan tahun ini atau pun tahun depan. Ketua menteri Sarawak hampir memberikan petunjuk, kerana jangut pehin tersebut mulai tumbuh.

Pehin Tan Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai sifat tersendiri, apabila memelihara jangut, dipastikan ada program besar akan berlaku di Sarawak. Sementara ini, signal orang-orang Sarawak memegang jawatan-jawatan penting di peringkat persekutuan juga ada lah petanda, bahawa PRU Sarawak menjelang tiba.

Boleh kah sangkaan ini terbukti, hanya Pehin Tan Sri yang ada jawapannya.

1 comments:

SI RENGIT 28 August 2009 at 15:19  

salam...

Pada saya ia satu pembaziran duit rakyat sahaja....Sekejap lagi tu giliran Tony lah pula...mungkin jawatan senator nilai prestasi Menteri2 yang perasuah pula...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP