Thursday 13 August 2009

Impak Jelapang Padi Kota Belud

Menghindar Pekan Kota belud yang sempit itu memaksa kerajaan negeri Sabah untuk membangun jalan pintas menghubungkan Kudat, Kota Marudu dan Tuaran. Tujuan pembangunan jalan pintas itu hanya mengelak arus lalu lintas yang ke Tuaran dan Kota Kinabalu, agar supaya tidak melewati Pekan Kota Belud. Itu sahaja tujuannya
.
Namun kerana pembinaan jalan pintas ini telah berakibat pengorbanan ekonomi dan sosial, kerana tidak sedikit kawasan ekonomik yang terkorban, malah ramai penduduk yang tidak bersetuju dengan pembangunan jalan tersebut..
.
Jika sekiranya membangunan jalan pintas tersebut dibangun sesuai dengan matalamat awalnya, sudah tentu pembinaannya banyak mendatangkan manafaat kepada persekitarannya, akan tetapi kerana pembinaannya melencong jauh dari matalamat asalnya, maka korban ekonomik dan sosialnya hingga kini masih berbekas..
.
Jika alignment ke-2 yang diikuti sepertimana persetujuan awal daripada wakil-wakil rakyat dan penduduk, maka korban ekonomik seperti saluran air, tanah sawah bagi kampong Labuan, Wakaf dan Jawi-Jawi tidak terkorban. Akibat pembinaan jalan ini, maka saluran-saluran air telah terputus, akibatnya tanah sawah yang dahulunya menghasilkan padi, pada masa ini hanya ditumbuhi lalang dan rumput rumpai..
.
Bagi mereka yang pernah ke Kudat melalui jalan pintas ini, adalah pasti dapat menyaksikan tanah-tanah landai yang terbiar, bukan kerana pemilkiknya tidak mahu mengusahakannya, akan tetapi infrastruktur untuk tujuan tanam menanam tidak tersedia..
.
Melalui projek Jelapang Padi Kota Belud, semoga produktiviti kawasanan ini akan menjelma, kerana melalui projek mega ini, kawasan marjinal sekarang ini termasuk dalam blue print jelapang padi..
.
Dengan menghijaunya kawasan ini, adalah diharapkan, ekonomi penduduk sekitar akan meningkat dan biar setara dengan masyarakat lain yang telah maju di Negara ini. Bagi anak watan Kota Belud, adalah diharapkan, dalam tempoh 5 dan 10 tahun, daerah Kota Belud terkelur dari senarai daerah termiskin di Malaysia.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP