Tuesday 1 September 2009

Rahman Dahalan Pemecah tradisi politik Kota Belud setelah keluarga Tun Mustapha

Tradisi politik Kota Belud terpecah,apabila Rahman Dahlan bertanding di Kota Belud pada PRU-12. Biang kerok dan pencentus idea membawa orang luar bertanding adalah Musbah Jamli dengan sokongan Musa Aman.

Idea yang telah tertanam bahawa orang luar tidak mungkin menang, dengan pengecualian keluarga Tun Mustapha dan Tun Said telah meleset, apabila Rahman Dahlan telah menang, walaupun majoritinya berkurang.
.
Membawa orang luar bertanding di Kota Belud, telah mengakibatkan Musbah kehilangan jawatan dalam parti, kerana usaha ini tidak disenangi oleh para pemimpin gaint daerah ini.
.
Usaha-usaha menghakis sokongan Musbah telah dimulakan dengan berbagai personal attack,akan tetapi sokongan kepada Musbah belum pupus. Keputusan G7 baru-baru ini, menunjukan bahawa Musbah masih mendapat sokongan akar umbi Umno, apabila orang-orang yang mendapat sokongannya memperolehi kemenangan.
.
Orang-orang Musbah dahulu yang kini ada di AJK Bahagian,kerana berpatah arang dengan Musbah,akhirnya kecundang, misalnya saudara Naoumul. Awang Samad bernasib baik, kerana pada pertengahan kempen, telah berjumpa dengan Musbah untuk minta ampun dan tolong.
.
Usaha-usaha memperburuk-burukkan Saidatul, tidak berjaya, kerana jentera Musbah telah menolongnya untuk menang. Sebaik sahaja Saidatul menang, SMS kepada Musbah dengan berbagai puji-pujian bertali arus, walaupun semasa keputusan G7 diumumkan Musbah masih lagi berada di Jakarta,kerana mengikuti rombongan Dato Noh Omar ke Ujung Pandang, Indonesia.

1 comments:

Unknown 2 September 2009 at 14:29  

Salam,

Pa'Min...bilang kalau setakat G7 dan jawatan UMNO peringkat daerha Baror dan Perdan pun layak...cikgu berfikirlah sejenak.......

Janganlah kita menjadi seperti orang2 terdahulu yang suka meminta pertolongan luar hingga menyebabkan British berpeluang menjajah T.Melayu...kerana takutkan bayang2 sanggup bersekongkol dengan orang luar..

Harap cikgu siarkan komen saya ini...itu pun kalau berani!!!

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP