Friday 21 August 2009

Sekolah Akan bercuti

Bulan puasa akan bermula esok. Sekolah juga akan bercuti. selama seminggu. Bagi ibu bapa yang anak-anak mereka bersekolah berjauhan dengan anak-anak sudah tentu terasa, bahawa berjauhan dengan anak semasa puasa bermula sangat terasa.

Ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah di Semenanjung atau Sarawak, sudah tentu cuti seminggu ini tidak cukup bagi anak-anak untuk pulang bersama ibu bapa mereka memulakan puasa. Mereka akan mula berpuasa di asrama atau bagi yang ada keluarga angkat, ada kemungkinan keluarga angkat mereka akan jemput bermalam dan seterusnya memulakan puasa bersama-sama.

Saban tahun bulan cuci orang islam ini pasti akan tiba, bulan perjuangan, bukan sahaja untuk menahan lapar dan dahaga tetapi juga menahan semua angkara buruk. Bulan puasa melatih umat islam dalam erti kehidupan, bermula dari kesabaran hinggalah kepada sopan santun, tutur kata dan sebagainya.

Semoga bulan puasa kali menambah lagi ketaqwaan kita kepada maha pencipta kita.

Selamat berpuasa.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP