Monday 28 September 2009

Kalau UMNO Kalah Di Bagan Pinang? UBN bercatur apa pula?

Kejutan tidak boleh diketepikan. Dalam politik segalanya mungkin. Dalam politik yang menentukan adalah massa, bukan pemimpin tertentu.

Setelah PRU-12 sungguh banyak kekejutan berlaku, demi menghibur hati para pemimpin UBN mereka mengatakan, kawasan yang dimenangi itu memang kawasan pembangkang. Namun yang bercakap itu lupa, bahawa asal kawasan tersebut adalah kawasan UBN sebelumnya.

Bagan Pinang menanti. Umno masih binggung mencari calon. Memilih Isa Samad pahit dilakukan, tidak memilih padah menanti. Umno berada dalam persimpangan, memilih untuk meneruskan perjalanan yang panjang atau menoktahkan perjalanan.

DS Najib setelah mengambil alih kepimpinan UBN, tidak punya OMMH sepertimana Perdana Menteri terdahulu. Jangan cakaplah kemampuan Tun Razak memulihkan sokongan setelah mengambil alih daripada Tunku. Kita cakap saja lah semasa Pak Lah ambil alih daripada Tun Mahathir. Melalui PRK sebelum PRU-11 semuanya dimenangi UBN termasuk di Kelantan.

Pada Pru-11 UBN menang besar, termasuk merampas semula Terengganu yang rebah pada tahun 1999. Nun di Kelantan hampir tejadi upset, Kerajaan Pas hanya majoriti 2 kerusi.

Dalam politik sukar diramal. Sebelum Abdullah Badawi menghadap DYMM Agong, Pak Lah begitu yakin, UBN akan menang besar PRU-12 pada 8 mac 2008. Kenyataannyanya 5 Negeri rebah, termasuk negeri kaya.. Selangor. Perak walaupun ditabir semula, tetapi bukan melalui pilihanraya, akan tetapi tindakan LOMPAT.

Bagan Pinang menanti UBN.. Jika KALAH.. petanda UBN akan rebah pada PRU-13, demikian juga kalau pun menang tetapi dengan majoriti yang berkurang, petanda juga rakyat tidak lagi menerima UBN.

UBN dalam situasi sekarang serba salah.. prsepsi yang menghantuinya sukar diluputkan. Sementara itu para pengampu UBN tidak mampu membendung tusukan dan rembesan anti UBN khasnya para penggundi atas pagar.

Lihat sahaja apa yang terjadi di Perak, walaupun Zambry telah menjadi MB sejak 6 Februari 2009, namun hingga kini Zambry gagal menawan hari rakyat Perak. Poster Zambry diconteng, walaupun kain rentang tersebut digantung semasa bulan puasa dan menjelang aidilfitri.

Bagan Pinang 3-11 Oktober bakal menghukum UBN.,

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP