Monday 14 September 2009

Kerajaan Pakatan Selangor: Akan jatuh menunggu masa

WALAUPUN Pilihan Raya Umum Ke-12 sudah berlalu 18 bulan, akan tetapi kerajaan dibawah Khalid Ibrahim tidak mempunyai usaha untuk memajukan dan meningkatkan perekonomian negeri.

Selangor sebuah negeri yang terkaya semasa pemerintahan kerajaan BN sejak merdeka. Namun apabila Pakatan mengambil alih kerajaan jelas dan terang terang mereka telah gagal mentadbir negeri Selangor.

Tidak siapa boleh menafikan bahawa Pakatan sememangnya jelas gagal mentadbir Selangor. Seawal bulan pertama , pegawai khas MB terpaksa dipecat kerana terlibat dalam rasuah kontrak dan seterusnya banyak lagi rasuah rasiah yang teloah dilakukan oleh DAP sehingga mereka terpaksa membuat macam macam cara untuk menutup rasuah mereka.

MB juga perlukan banyak wang, lebih dari 66 juta untuk membayar hutang kepada Bank Islam. Bagaimanakah MB mahu mencari wang sebanyak ini untuk membayar Bank Islam sedangkan gaji beliau tanpa dikurang satu sen pun berpuluh tahun tidak akan mampu membayar hutang sebanyak itu.

Selangor kini sudahhampir muflis dan tidak berduit lagi sehingga MB , Ahmad Khalid ingin memakai duit zakat untuk disalurkan kepada pembangunan dan projek projek negeri Selangor, ini lagu teruk dari kerajaan BN. Isu seleweng duit anak syarikat kerajaan negeri Selangor dan beli lembu untuk pemberian zakat oleh MB Selangor , Isu Proton Perdana yang baru berusia dua tahun ditukarkan dengan Camry di mana RonnieLiu adalah merupakan agen kepada penjualan Camry di Selangor dan Perak.

Terbaru isu arak yang gagal diselesaikan oleh MB Selangor yang amat memalukan orang Islam dan juga PAS, PAS terpaksa tunduk kepada DAP dan Pas terpaksa menelan syarat syarat yang diberikan oleh DAP dan kini rakyat Selangor menggangap PAS sebagai kedua kayu kepada PKR.

Itu belum lagi isu kuil , banyak lagi isu yang akan timbul dan membayangkan betapa Khalid cakap tidak serupa bikin, mereka gagal mentadbir Selangor.

Khalid seharusnya bertanggung jawab dan meletakan jawatan, Kahlid yang kini merasakan bahawa kepimpinan beliau gagal mentadbir Selangor pernah mengatakan bahawa beliau tidak kesah jika PKR tewas pada pilihan raya yang akan datang.

Jika rakyat Selangor tidak lagi boleh menilai kan akan kepimpinan PKR di Selangor pada PRU 13 yang akan datang, pasti Selangor akan menjadi negeri yang paling kelam kabut di Malaysia.

Kalau sekadar berjanji dan menanam tebu dibibir semua orang boleh lakukan. Bila mereka memerintah, baru mereka tahu bahawa bukan mudah untuk memerintah, ini baru negeri, belum lagi negara. Kalau mereka memerintah Malaysia, rasanya mahu tunggang terbalik negara kita, inilah bezanya pengalaman berpuluh tahun memerintah dan baru setahun jagung tetapi sudah berlagak bijak.

Memandangkan keadaan Selangor sekarang, rasanya desas desus yang mengatakan bahawa 31 ADUN telah membuat akujanji untuk diserahkan kepada Sultan Selangor, yang khabarnya telah dipersembahkan oleh Dr Hassan Ali kepada Baginda Sultan.

Isi aku janji tersebut bahawa 31 ADUN telah hilang kepercayaan kepada Khalid mentadbir urus negeri.

Jika akujanji 31 ADUN itu menjadi kenyataan, adalah diperkirakan dalam masa terdekat Khalid Ibrahim terpaksa meletak jawatan sebagai MB!!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP