Sunday 13 September 2009

Nizar masih Menteri besar yang SAH??

UNTUK hari ini dan sehingalah Mahkamah Persekutuan memutuskan rayuan dibuat Zambry Abdul Kadi, Mohamad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Perak yang sah. Beliau juga berhak mendapat semula gelaran Yang Amat Berhormat (YAB) yang yang diberikan kepada seseorang Menteri Besar berikutan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengistyharkan Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah sekejap tadi.

Walaupun Zambry Abdul Kadir merayu supaya menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara pihaknya mengemukakan rayuan, namun dengan keputusan itu mengesahkan bahawa setakat hari ini Nizar adalah MB yang sah.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu memberi kemenangan kepada Nizar dan juga rakyat yang selama ini menyokong tindakan Nizar dan beranggapan perlantikan Zambry sebagai MB tidah sah. Pastinya keputusan berpihak kepada rakyat itu disambung dengan penuh kegembiraan.

Keputusan itu dibaca oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim yang mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.

Sudah pasti dengan keputusan Mahkamah Tinggi itu menyebabkan segala keputusan berhubung pentadbiran kerajaan Perak dilakukan Zambry sejak lebih dua bulan lalu menjadi pertikaian. Ianya akan berhadapan dengan implikasi undang-undang. Demikian juga dengan perjalanan sidang DUN yang kecoh beberapa hari lalu mungkin tidak sah.

Bagaimana pun disebabakan keputusan itu dirayu di Mahkamah Persekutuan kemelut politik tempoyak di Perak itu masih belum muktamad. Seperti mana dibayangkan sebelum oleh banyak pihak kemelut politik di Perak tidak akan selesai selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak dibubarkan dan satu plihan raya baru diadakan.

Sebagai rekod Nizar, 52 dilantik menjadi Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Pas, DAP dan PKR mendapat majoriti dalam pilihan raya berkenaan. Sultan Azlan Shah perkenan untuk melantik Nizar sbagai MB.

Bagaimana pun kerusi MB Nizar itu dirampas oleh satu kudeta oleh BN pada 4 Februari lalu. Rampasan kuasa ini dengan bantuan tiga Adun yang sebelum ini berpihak kepada Pakatan Rakyat lari kepada BN.Tunggu ulasan selanjut.

1 comments:

Mantan Pemuda UMNO Bahagian Tapah 13 September 2009 at 00:43  

Sudah2lah nizar tu sorang shj yg jadi gila. Kami di perak ini yg yg cukup dekat dgn keluarga si nizar, tau bahawa saudara mara nizar mmg dari awal lagi tak restu apa yg nizar buat.

Belajarlah menerima ketentuan Allah setelah jenuh berusaha. Jgn pula salahkan UMNO hanya kerana DYMM Sultan tak restu pembubaran DUN. Itu shj sudah cukup utk org faham. Jgn hanya kerana nizar yg dah jauh melalut kita turut membenci Sultan dan mufti. Org2 pas di perak pun dah mula malu dgn perangai nizar. kemana2 berkempen atas pentas DAP !! ish,ish,ish, insaflah melayu dyang.

Kenapa omongan 16 sept dibulan puasa thn lepas utk merampas kerajaan pusat dan adun bota melompat ke pakatan disambut gegak gempita oleh pembangkang? apabila berlaku peralihan kuasa ke BN dikatkan zalim.....sudahlah, jgnlah jadi nyanyuk tak bertempat. Halal kalau pembangkang buat, haram kalau kjaan yg buat. Insaflah.

Tapi sy faham kenapa nizar bermati2an mcm org gila nakkkan perak balik.....TST.

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP