Sunday 13 September 2009

PAS-UMNO: pasti bergabung demi melayu-bumiputera

PAS terbentuk dari tulang rosok UMNO, bukan sebab dendam: PAS terbentuk, tetapi disebab pertembungan fahaman antara Tunku dan para ulama UMNO.

Berbeza dengan pembentukan PKR; parti itu terbentuk kerana dendam setelah DSAI dipecat dari UMNO dan jawatan timbalan perdana menteri. Kronis DSAI dalam UMNO juga keluar ada yang masuk PAS dan sebahagian yang lain masuk PKR (ADIL), malah masih lagi ada dalam UMNO bertindak merusak UMNO secara dalaman.

Barat terhidu bahawa peluang mencampuri politik Malaysia yang selama ini sukar ditembus, memanfaatkan dendam kesumat DSAI terhadap UMNO, kerana mereka tahu bahawa dendam kesumat DSAI terhadap UMNO setinggi langit, seluas lautan.

DSAI tahu benar, berjuang sedirian tidak mungkin dapat menumbangkan UMNO. DSAI perlu mengorbankan prinsipnya sendiri dan berkerjasama dengan DAP, dengan satu pendekatan yakni menang-menang. DSAI meminta DAP agar prinsip penolakan hukum islam diperlembut agar supaya PAS boleh menerima DAP.

Berpaksikan kepada prinsip win-win, maka DSAI mampu membawa PAS dan DAP duduk semeja, walaupun sekian lama PAS dan DAP ibarat kucing dan anjing, saling bermusuhan.
DSAI berjaya memujuk PAS berlembut terhadap DAP, pada masa yang sama, DSAI mampu memujuk DAP agar berlembut juga terhadap PAS yang ultra islam.

Walhasil pendekatan win-win DSAI ini, maka DAP-PAS-PKR bermula dengan meletak calon tunggal bagi setiap kawasan pada PRU-12, walaupun ada yang bertembung di beberapa tempat, kerana masalah individu, bukan masalah parti.

Kita semua tahu bahawa keputusan PRU-12 di Semenanjung jika dikira peratusan jumlah undi, Pakatan mengalahkan Barisan, walaupun dari segi kerusi hampir seimbang. Kalau bukan kerana sokongan padu rakyat Sarawak dan Sabah, kerajaan Barisan mungkin kecundang.

Kerjasama DAP-PAS-PKR sangat berhasil, tumbangnya kerajaan Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutan, di samping hampir menyapu bersih kerusi negeri Kelantan, mengurangkan majoriti 2/3 kerajaan Negeri Sembilan; menunjukan, bahawa gabungan coba-coba ini sungguh berjaya.

Seperti ujian statistik DSAI ,ingin membuktikan bahawa sokongan rakyat terhadap gabungan percubaan ini signifikankah atau tidak, maka dicuba melalui PRK, yang bermula di Pematang Pauh, kemudian Kuala Terengganu, Bukit Selambau dan Penanti, sedangkan di Bukit Gantang bukan termasuk dalam strategi mereka. Kesemua kawasan yang di ambil sebagai pengujian sokongan ini terbukti bahawa sokongan terhadap gabungan ini signifikan.

DSAI sangat yakin, bahawa jika PRU diadakan sekarang, adalah besar kemungkinan gabungan DAP-PAS-PKR boleh menguasai Semenanjung Malaysia, walaupun Johor dan Pahang masih di perintah oleh Barisan.

Berasaskan kepada keputusan PRU ini, ada kemungkinan besar gabungan 3 parti ini akan membentuk kerajaan dengan simple majority di peringkat persekutuan. Empat negeri akan di perintah pembangkang dalam hal ini Barisan,yakni Negeri Sabah, Sarawak, Johor dan Pahang.

Johor akan tetap diperintah BN kerana atas faktor bahawa negeri itu melahirkan UMNO, manakala Pahang kerana negerinya DS Najib. Sedangkan Sabah, rakyatnya belum boleh menerima gabungan 3 parti ini, Sarawak pula, penguasaan TS Pehin Taib Mahmud terlalu gah dan sukar diganggu gugat.

Kedudukan BN sangat terancam. Sesuatu tindakan luarbiasa perlu diambil. DS Najib sebagai ketua BN perlu berkorban. DS Najib perlu meyakinkan kawan-kawannya terutama dalam UMNO, bahawa kedudukan mereka bagai telur di hujung tanduk, bila-bila masa sahaja akan jatuh dan berkecai. Ego sebagai berjawatan dalam kerajaan perlu dilupakan, jika tidak hendak kehilangan kuasa bukan secara terhormat.

DS Najib dan para pemimpin UMNO perlu dengan serius mengambil kira sokongan mutlak kaum melayu, agar supaya pemerintahan melayu akan terus bersemadi di bumi bertuah ini. Pemantapan sokongan kaum melayu melalui berbagai slogan, konsep dan tindakan yang bersifat reotik dan ekonomi, tidak lagi menjadi umpan yang mujarab. Demikian juga pembangkitan isu-isu sejarah atau peristiwa nostalgia, tidak akan mudah menarik kembali sokongan kaum melayu, kepada UMNO dan BN.

Mengatur lawatan-lawatan pemimpin asing bukan melayu ke dalam negara dan memberi mereka sambutan yang luarbiasa caranya, juga tidak akan berjaya menarik sokongan kaum bukan melayu kepada BN. Pendekatan ini dengan sendirinya mudah dibaca dan ramai yang menuduh bahawa lawatan seumpama itu ada udang disebalik batu.

Menaruh harap sokongan kaum bukan melayu dan mengandaikan bahawa dengan sokongan sebahagian kaum melayu seperti yang terjadi pada PRU-12, yang mana BN masih dapat membentuk kerajaan pusat walaupun kehilangan beberapa negeri, tidak akan berulang lagi.

Majoriti kaum melayu telah penat, mereka merasa jenuh terhadap pimpinan UMNO/BN. Setiap kali ada kemerosotan sokongan kaum melayu terhadap UMNO/BN, tindakan yang biasa dilakukan adalah mengganti pemimpin. Melalui pemimpin baru itu, diharapkan kaum melayu akan melupakan peristiwa lama, sebaliknya akan ikut bermula lagi bersama-sama pemimpin baru.

Tindakan-tindakan demi tindakan dibuat, walaupun bunyinya tidak sama, tetapi matalamatnya sama, pendekatannya serupa,para pelakunya adalah sama.

Setiap ada kejadian pertukaran kepimpinan ada saja yang disakitkan, ada saja yang cemburu, ada saja geram dan dendam. Putaran ini terus terjadi, pertukaran jawatan antara Tun Hussein- Dr Mahatahir, Tun Hussein malah sempat menyokong Angkatan-46, pertukaran Dr Mahathir- Tun abdullah Badawai- mengakibatkan Dr Mahathir keluar UMNO, pertukaran Tun Abdullah-DS Najib, perasaan tidak puas hati terjadi pada kelompok lapisan menengah terutama, jawatan-jawatan setiausaha poltik ke bawah.

Perasaan kehilangan jalinan mendapatkan habuan kontrak yang biasa didapat semasa ketua mereka berada dipuncak, terus terganggu dan tergugat, malah ada yang langsung putus jambatan. Perasaan amarah mereka dijajah dengan pendekatan yang memesongkan maklumat. Walhasilnya, pertukaran pimpinan tidak dapat memperbesar kek yang ada, yang berubah hanya bentuk dan ramuan kek.

Impak kepada keadaan ini,maka dalam UMNO itu sendiri terdapat golongan yang berpuas hati dan golongan yang terpinggir. Golongan yang terpinggir ini yang menjadi duri dalam daging dalam UMNO, jika tidak cepat diubati, maka akan merebak dengan cepat malah boleh menjadi kanser peringkat akhir.

Asas mereka yang terpinggir ini menjadi penyakit yang membunuh; sangat kuat, kerana kejadian-kejadian pertukaran status di kalangan ahli UMNO terutama yang mempunyai jalinan dengan pemimpin tertentu cukup ketera dan menonjol. Sifat menunjuk-nunjuk dipamerkan oleh individu-individu tertentu ini, bukan sahaja memuakkan penyokong UMNO atau ahli UMNO, malah rakyat yang bersifat atas pagar.

Sepatutnya perbuatan dan tingkahlaku ini tidak seharusnya berada dalam UMNO lagi, sepatutnya perbuatan seumpama ini telah di buang jauh-jauh dan di kuburkan, ekoran merosotnya sokongan terhadap UMNO hasil keputusan PRU-12.

Sepatutnya golongan yang berkesempatan ini memperluas jariangan dengan cara membantu kawan-kawan yang tidak berpeluang, agar supaya jaringan terus bertambah, seperti konsep MLM dalam direct selling. Membolot peluang untuk diri sendiri keuntungan hanya dalam jangka pendek,malah mengakibatkan parti yang menolong akan kecundang kerana membantu mereka yang hanya menolong diri sendiri.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP