Wednesday 30 September 2009

Tun Mahathir: Isa Samad Calon Parti, Saya Sokong: Pendapat Pribadi Tak diambil Kira

Tajuk artikel ini adalah seperti yang dikatakan oleh Tun Mahathir, apabila mengetahui Isa Samad dipilih menwakli BN bagi DUN Bagan Pinang, Negeri sembilan.

Ekoran teguran dan pendapat pribadinya tidak diambil kira, maka Tun Mahathir tidak akan turun berkempen di Bagan Pinang.

Merajuknya Tun Mahathir apakah mempunyai impak sokongan para pengundi kepada LOCAL HERO Isa Samad?

Apa kah bilangan undi untuk BN akan bertambah atau berkurang? Apa tak lagi kekalahan.

Figur Tun Mahathir tidak dapat dinafikan oleh para pemimpin UMNO. Kata-kata Tun Mahathir masih ada yang mendengarnya. Jangan lupa Tun Mahathir adalah pimimpin terlama memegang jawatan Perdana Menteri.

Sukarno walaupun rekodnya yang dikatakan terlibat dengan G30SPKI Indonesia, yang dikaitkan dengan komunis, hingga kini dihargai dan dihormati oleh rakyat Indonesia. Kata-katanya yang popular GANYANG MALAYSIA, masih berkumandang apabila ada isu mengenai Malaysia. Demikian juga Macapagal-Filipina,hingga kini dihormati oleh rakyat negara itu.

Tun Mahathir masih sihat dan terasa baru semalam meletakkan jawatan sebagai PM, namun nasihatnya sudah tidak didengar. Para pemimpin kita terpengaruh dengan pembangkang, agar nasihat Tun Mahathir jangan diambil kira.

Isa Samad tidak salah, kerana beliau dipilih oleh parti, walaupun Isa adalah mangsa parti. Parti menghukumnya kerana politik wang. Parti memalitkan lumpur dan arang di muka Isa Samad, namun mungkin parti berasa bersalah, sehingga memberi peluang kepada Isa Samad.

Ramai yang mengatakan terutama di negeri adat pepatih tersebut, hanya Isa yang boleh menebus maruah BN yang tercalar untuk 7 PRK yang diadakan selepas Pru-12. Pada Isa, disadarkan agar kebimbangan Najib terhadap sokongan rakyat kepada BN terubati.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP