Thursday 10 September 2009

UMNO: Keputusan Mahkamah boleh berubah

Pada 17 Julai tahun lalu, Umno sebagai defendan telah diperintah oleh Mahkamah Tinggi membayar Elegant Advisory RM218 juta, serta kos dan faedah selepas defendan gagal menjawab saman.

Tetapi hari ini,Mahkamah yang sama telah membatalkan saman tersebut dengan alasan ia tidak memenuhi Seksyen 71 Akta tersebut dan tidak ada kaitan kontrak antara Elegant Advisory dan Umno.

Malah Hakim tersebut juga mengarahkan Elegant Advisory membayar RM10,000 kepada UMNO dalam tempoh 14 hari!

Tentulah terkebil-kebil mata Elegant Advisory.Sudahlah RM218 juta lebuh hilang entah kemana, kena pula bayar RM10 ribu!Memang tiada untungnya berniaga dengan Umno. Serik!

Maka Peguam Umno , Hafarizam bukan main seronok lagi lalu dengan gah berkata bahawa keputusan mahkamah itu membuktikan parti itu tidak terbabit dalam perbelanjaan mewah dalam kempen pilihanraya.

"Umno sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1994," katanya. Kononnya!

(Akta itu menyebut bahawa bahan kempen bagi kerusi Parlimen tidak boleh melebihi RM200,000 dan RM100,000 bagi kerusi negeri.)

2 comments:

mambangtiora 11 September 2009 at 04:57  

biasalah dayang, inikan dunia politik ,yang benar belum tentunya benar sebab Friedrich Nietzsche pernah kata, kalau warna merah itu dikatakan oleh golongan "superman" hitam dan masyarakat mengatakanya juga hitam maka hitamlah ia walapun sebenarnya ia berwarna merah.

AMNOBODO 11 September 2009 at 16:01  

selagi bernama UMNO..bawaklah mahkamah mana poN..musti monang punyer..tGK ler geng2 kepala lemub tuh..mmg ler didakwa dimahkamah..tapi lom tuntu didapati bersalah..hahahaha...saBO jer ler..

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP