Tuesday 8 September 2009

Umno sedia runding dengan PAS demi ISLAM

Perdana Menteri, DS Najib berkata UMNO bersedia berunding dengan parti Pas demi agama islam.

Rundingan dengan PAS adalah bersyarat, henti dahulu hina UMNO. Henti dulu mengatakan UMNO anti Islam, penyokong Umno tidak beriman.

Umno senantiasa mahu berbaik-baik dengan Pas, akan tetapi jangan lah sikap kita yang sederhana ini membuatkan parti umno jadi bahan hinaan. Demikian kata-kata Najib di Kuala Krai Kelantan, di mana DUN Manek urai terletak.

Kerajaan pusat menyediakan 76 juta ringgit pakej ransangan ekonomi kepada Kelantan, ini bermakna walaupun Kelantan diperintah pembangkang, ini tidak bererti kerajaan tidak menyalurkan bantuan kewangan.

Perbezaan politik bukan cara untuk membelakangkan Kelantan, akan tetapi Kerajaan yang bertanggungjawab adalah membangun rakyat keseluruhannya, khasnya membasmi kemiskinan.

Kerajaan pusat senantiasa bertanggungjawab kepada rakyat, walaupun rakyat tersebut tidak memilih kerajaan pusat. Yang penting dalam pemabangunan adalah agar seluruh pemabngunan tersebut dapat dirasakan oleh semua, sesuai dengan slogan 1Malaysia, Rakyat didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

1 comments:

A. Azman 8 September 2009 at 05:55  

Slm dayangwulan..isu UMNO nak berbaik baik dgn PAS bukanlah satu isu yang baru.Malah ia telah manjadi satu perkara yang seolah olah boleh di katakan sebagai "menegakkan benang yang basah".

Satu cara yang boleh menjadikan PASA berbaik2 dengan UMNO ialah apabila UMNO sedia untuk memenuhi tuntutan PAS dengan menjadikan MALAYSIA benar2 menjadi negara yang berlandaskan AL-Quran dan As sunnah.

TGNA byk menjelaskan bahawa jika UMNO sedia menjalankan atau melaksanakan ISLAM secara syumul, PAS sedia bekerjasama dengan kerajaan.

Tetapi kita tidak tahu di mana silapnya yang sampai hari ini PAS dan UMNO tidak mencapai kesepakatan dalam setiap rundingan yang di buat.

Kalau betul UMNO sedia runding dengan PAS demi Islam,Maka Umno perlu sedia juga melakukan perubahan.

Apapun kita mengharapkan yang terbaik drpd both of this parties demi kesejahhteraan negara agama dan bangsa kita..

wallahualam,
Maaf zahir batin.

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP