Wednesday 30 September 2009

Zambry: Jawatan Menteri Besar Belum Selamat: 5 November mungkin Nizar pula jadi MB

Mahkamah Persekutuan menetapkan 5 November ini bagi mendengar rayuan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap perisytiharan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Pada tarikh itu, panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff akan mendengar tiga persoalan undang-undang yang dibangkitkan oleh peguam bela Mohammad Nizar bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan.

Kemelut perebutan MB Perak bermula pada 5 Februari 2009 apabila 3 ADUN Pakatan keluar parti untuk menjadi ADUN BEBAS, akan tetapi menyokong BN. Dengan keluarnya 3 ADUN Pakatan tersebut, menjadikan Nizar kehilangan majoriti dalam DUN Perak, kerana itu, Sultan Perak melantik Zambry Kadir sebagai MB.

Perlantikan Zambry tidak dapat diterima Nizar, kerana mendakwa pelantikan tersebut bukan kehendak rakyat, atas sebab itu, Nizar menderhaka kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP