Saturday 10 October 2009

Bagan Pinang: Siapa Dapat Undi Pos Siapa Dapat Undi Biasa

Esok PRK Bagan Pinang akan menyaksikan penjumlahan undi daripada undi berdaftar 13,664; 4,751 daripadanya adalah undi Pos.

Undi Pos telah dilaksanakan lebih awal berjalan secara berperingkat-peringkat selama 3 hari dan berakhir hari ini.

Esok jumlah pengundi yang direbut antara Pas dan Umno hanya berjumlah 9,093 pemilih. Gerangan siapa kah yang dipilih pengundi?

Telah lapan hari acara berkempen berjalan, telah berpuluh ceramah diadakan, baik oleh Pas maupun Umno.

Selama masa berkempen, banyak kejadian yang berlaku, yang tadinya berkawan terpaksa bertumbuk sesama sendiri kerana fahaman masing-masing.

Ada penyokong kononnya di belasah, ada yang cedera, berbagai laporan polis dibuat, namun apa yang boleh polis dapat lakukan, kerana kebanyakan kejadian adalah kejadian terpencil, yang tidak mudah bagi polis mengawalnya.

Dalam kempen di Bagan Pinang ini,Pas terpaksa melakukan kempen agresif, tidak sama dengan PRK-PRK yang lalu,kerana Bagan Pinang bukan kubu Pas, tapi kubu BN. Pas berusaha mengwujudkan hurahara, agar supaya,keadaan tidak tenteram.Jika keadaan tidak tenteram wujud, maka peluang Pas menang ada,kerana penyokong Umno tidak keluar mengundi,kerana Takut.

Pas sehingga pukul 12 malam ini akan berusaha mengwujudkan suasana yang tidak biasa bagi penduduk Bagan Pinang, demi menghalang para pengundi keluar beramai-ramai esok. Jika peratusan jumlah undi rendah esok, ada kemungkinan Pas akan melakukan UPSET. Sama-sama kita tunggu.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP