Friday 2 October 2009

Harlina: Khalwat depan Suami Tak Mengaku Salah

Wanita yang ditangkap khalwat bersama pasangan bukan Islam pada hari jadinya enam hari lalu dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Harlina Harun, 31, ibu kepada dua anak perempuan dan berkerja sebagai pegawai imigersien yang bertugas di Sungai Petani Kedah mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan khalwat dibacakan terhadapnya di hadapan Ketua Hakim Syarie, Osman Ibrahim.

Pegawai kerajaan yang bertugas di Sungai Petani, Kedah itu didakwa berkhalwat dengan Yeoh Wei Men, 35, yang bukan suami atau muhrimnya di bilik bernombor 811, Hotel Putra Palace di sini kira-kira pukul 5.30 pagi, 24 September lalu.

Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 9(2) Enakmen Jenayah Dalam Syariah 1991 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Pegawai pendakwa syarie, Ahmad Fikri Ibrahim yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM5,000 tetapi Harlina memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan dia menyara anaknya.

Osman kemudiannya menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula pada 4 November ini bagi memberi peluang kepada tertuduh melantik peguam syarie.

Turut hadir di mahkamah hari ini ialah suami wanita tersebut yang juga berusia 31 tahun. Laporan akhbar minggu lalu menyebut, hasrat lelaki tersebut untuk menghadiahkan isterinya kek sempena hari jadinya berkecai apabila wanita itu ditangkap berkhalwat di sebuah hotel.

Malahan juruteknik kanan sebuah kilang di Sungai Petani itu turut menyertai pegawai Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) dalam serbuan di bilik hotel berkenaan

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP