Tuesday 20 October 2009

Nizar-Anwar: Apa Jadi? Kenapa Saman Anwar Ditolak? Tiada Asas Kah?

Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung saman fitnah RM100 juta terhadap mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hakim Datuk Abdul Malik Ishak yang mengetuai panel tiga hakim yang mendengar kes tersebut membenarkan permohonan peguam Datuk VK Lingam yang mewakili Dr Mahathir, untuk menolak rayuan tersebut atas sebab teknikal.

Abdul Malik juga berkata, ia keputusan sebulat suara serta mengarahkan Anwar membayar kos.

Dua lagi hakim ialah Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad.

Sebab teknikal tersebut ialah peguam Anwar tidak menyediakan memorandum rayuan dalam bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Malaysia.

Lingam juga berhujah bahawa peguam Anwar juga tidak menandatangani memorandum tersebut dan oleh itu, ianya menjadi cacat.

Dengan keputusan hari ini, maka rayuan Anwar tidak akan didengar pada 2 November seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Anwar telah menyaman fitnah matan perdana menteri itu berhubung kenyataan yang dibuatnya di satu sidang akhbar Suhakam.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan saman Anwar itu pada Julai 2007 tanpa mendengar merit kes tersebut dan begitu dengan rayuan hari ini.

2 comments:

Kedahlanie 20 October 2009 at 16:11  

kan dah cakap masalah teknikal....
depa bukan dok sembang bab salah ka tak salah..depa sembang bab tulis guna pen warna apa... pakai kot kala apa... masuk mahkamah kaki kiri atau kanan... bila silap yg nie tu yg mahkamah tolak tuuu..alahai mahkamah malaysia

ISAC 20 October 2009 at 18:29  

Oh....begitu ceritanya,

Tak cerdik jugak lah peguam-peguam "hindraf" DSAI ni rupanya....

Selalu dok pertikaikan peguam2 pendakwaraya, rupanya diri sendiri pun X perfect...

Macammana peguam tersohor leh lupa nak tanda tangan? X nak bertanggung-jawab ke?

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP