Wednesday 21 October 2009

Nizar-Anwar-???? Kamu Upah Berapa Pada Azizul dan Kunsul!!!

MEMANDANGKAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lebih gemar mengeluarkan kenyataan ‘No Case To Answer’ bagi setiap laporan rasuah yang dibuat oleh pemimpin pembangkang menyebabkan dua orang Ketua Cawangan UMNO Sabah menyongsang arus membuat laporan rasmi terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di hadapan lima panel SPRM di Putrajaya.

Menurut Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat, beliau bertindak atas kapasiti sendiri bagi menyahut seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang bersungguh-sungguh mahu membanteras politik wang dan Skandal rasuah di kalangan pemimpin UMNO.


“Kita tidak mampu lagi melihat pegawai kanan SPRM lebih gemar menutup kes dan menteri yang terlibat menyalahguna kuasa mencampuri siasatan yang dijalankan SPRM sebelum ini,” ujar Azizul yang sebelum ini pernah menulis Surat Terbuka kepada Ketua Menteri Sabah.

Bagi memastikan penjenayah kolar putih tidak terlepas daripada tindakan undang-undang, maka Azizul dan rakannya, Kunsul Nahul bertindak memfailkan laporan rasmi di hadapan lima panel yang dilantik iaitu Panel Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah; Panel Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah; Panel Jawatankuasa Aduan; Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah serta Panel Penilaian Operasi.

Menurut Azizul, beliau kesal kerana Sabah diterajui oleh Ketua Menteri yang mengamalkan rasuah dalam pentadbiran dan ianya bukan rahsia lagi setelah 81 dalil difailkan Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

“Salah satu bukti penting yang ketara dan tidak boleh disangkal ialah Skandal Wisma Bandaraya kerana Musa Aman secara sedar melakukan jenayah rasuah dan salahguna kuasa apabila beliau mengarahkan Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat berpindah ke Wisma Bandaraya; sedangkan beliau adalah pemegang saham dan isterinya, Faridah Tussin adalah pengarah Urusan Bestco Sdn.Bhd,” ujar Azizul yang berharap agar lima panel berkenaan menjalankan siasatan rapi bersama bukti dan panduan yang dikemukakan.

Kata Azizul, beliau kesal kerana Peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri membuat kenyataan terbuka bahawa ‘No Case To Answer’ sedangkan Musa telah melakukan rasuah paling ketara kerana beliau selaku Menteri Kewangan Sabah telah menggunakan wang rakyat untuk membayar sewa pejabat Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat serta subsidiarinya ke koceknya sendiri.

Tegas Azizul, beliau berpuas hati dengan layanan kesemua panel SPRM dan mengharapkan ianya diterjemahkan kepada tindakan yang boleh menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin yang korup dan penjenayah kolar putih yang berselindung di sebalik jawatan menteri dan pegawai kanan kerajaan.

RASMI…. Salah satu surat laporan rasmi yang dikemukakan dan diaku sah terima oleh SPRM.

Dalam pada itu, Kunsul Nahul, Ketua Cawangan UMNO Kampung Tanjung Labian daripada Bahagian Silam, menyifatkan tindakan SPRM menutup kes Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Musbah Jamli sebagai menghidangkan najis di majlis aidil fitri.

“Kenapa mahu tutup kes Musbah sedangkan ianya sudah terlalu jelas dan siasatan yang dilakukan memperolehi bukti yang mencukupi, tetapi sampai kepada peringkat pendakwaan, terus sepi sehingga ke hari ini,” ujar Kunsul yang mendakwa Musbah telah melacurkan jawatannya untuk kepentingan peribadi telah menerima kisas kerana tewas dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO Kota Belud.

Namun, kata Kunsul, Kerajaan harus bertindak tegas dengan mendakwa Musbah di mahkamah atau bubarkan sahaja SPRM jika lima panel yang dilantik terpaksa melalui Pengarah-Pengarah SPRM sebagai sekritariat, seperti menukar pencuri dengan penyamun.

Kunsul dan Azizul menandatangani bersama surat rasmi yang diserahkan kepada kelima panel berkenaan meminta

“Kami memohon jasa baik Pengerusi ke semua lima panel yang dibentuk Kerajaan agar membuka semula fail siasatan yang dorman sejak lebih dua tahun lalu walaupun laporan polis dan aduan rasmi dibuat terhadap Adun Tempasuk, Datuk Haji Musbah Jamli atas kes rasuah,” ujar Kunsul yang sebelum ini menjadi penyokong kuat Musa Aman yang kini berpaling tadah setelah berpendapat Musa mengkhianati amanah ahli UMNO dan rakyat Sabah.

Selain kes Musa Aman dan Musbah, Azizul dan Kunsul juga mendesak siasatan segera dan rapi dijalankan oleh lima panel berkenaan berhubung Skandal Michael Chia Tien Foh yang merupakan kroni utama Musa Aman.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP