Monday 12 October 2009

Nizar-Anwar Langkah MU Tersendat Oleh Surat Khabar Lama

Nizar-Anwar langkah mu tersendat oleh surat khabar lama. Isa Samad dijoloki oleh Penyokong Mu Azmin Ali dengan panggilan surat khabar lama.

Nampaknya surat khabar lama jauh berbaloi dibanding surat khabar baru yang belum ada peminat/pembaca. Zulkefly Mohammad Omar tak berdaya menghadapi surat khabar lama.

Undi Pas yang diperoleh melalui PRU-12 pun tak dapat dicapai, kemerosotan yang sangat ketara, jika dibanding dengan kemenangan kamu melalui beberapa PRK yang lalu.

Cara mu berkempen ala MILITAN di Bagan Pinang membuka mata rakyat, bahawa jika kamu diberi peluang, maka harapan melayu akan hilang. Melayu akan terus ditindas, kerana itu kemenngan mu di 7 PRK lalu terhapus, ibarat HUJAN SETAHUN DINOKTAHKAN OLEH HUJAN SEHARI.

Nizar bermula sekarang, semua isu mu tidak akan dapat mempengaruhi rakyat lagi, kerana CARA MU dibuka lebar-lebar di Bagan Pinang. Melalui 7 PRK lalu di Semenanjung, Cara GANAS mu cara MILITAN mu disembunyikan, namun di Bagan Pinang cara MU terkangkang luas.

Rakyat dapat membayangkan JIKA kamu memerintah NEGARA ini kemungkinan besar, tiada lagi yang dapat BERSUARA, apatak lagi menulis dengan sebebas-bebasnya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP