Thursday 22 October 2009

Nizar-Anwar: Najib-Muhyiddin: Langkah Bijak jika Isu PPSMI Diserahkan Kepada PIBG: Bukan Kementerian

Parent Action Group for Education (Page) mahu semua sekolah kebangsaan diberi pilihan untuk meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pengerusinya, Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, pungutan suara di tujuh buah sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur mendapati purata sebanyak 97 peratus daripada ibu bapa berhasrat supaya sekolah anak-anak mereka diberi pengecualian daripada pemansuhan PPSMI.

Tujuh buah sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan Assunta 2, Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Sekolah Kebangsaan Seri Hartamas, Sekolah Kebangsaan Taman Megah, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas, Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Sri Aman dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman SEA. "Kita bukan hendak membantah pemansuhan PPSMI dan kami juga tidak membantah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Kami cuma mahukan sekolah diberi pilihan kerana mereka mendapat faedah daripada pengajaran Bahasa Inggeris. "Bagaimanapun, bahasa kebangsaan masih menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Sehubungan itu, beliau berkata, satu memorandum mengenai perkara itu telah diserahkan kepada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M. Saravanan untuk dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Bernama

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP