Saturday 24 October 2009

Nizar-Anwar: Negara Bukan Lagi Pilihan Pelaburan FDI Asing

KUALA LUMPUR: Bajet 2010 mampu menangani beberapa masalah yang dihadapi negara ketika berdepan dengan krisis ekonomi global, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Anwar berkata masih wujud beberapa kelemahan asas dalam Bajet 2010, seperti unjuran pengurangan defisit daripada 7.4 peratus kepada 5.6% masih kurang jelas .

"Selain itu, pelaburan yang menjunam kepada RM3.36 bilion bagi Bajet 2010 daripada RM19.7 bilion adalah satu kejutan kerana ia tidak selaras dengan peningkatan pelaburan di China dan India sejak kebelakangan ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen selepas pembentangan Bajet 2010 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat petang tadi.

1 comments:

org memali 24 October 2009 at 09:40  

memang la , di sana penduduknya ramai dan keupayaan membelinya lebih baik jadi pelaburan untuk kegunaan domestik pun sudah memadai.Nak banding dgn Tanah Melayu mana bolih -dgn gangguan dlm pentadbiran dan pemerintahan (politik sepanjang masa ) ,mentaliti produk tempatan kurang baik masih berleluasa (walaupun kadang2 terbeli sewaktu di luar negara)dan bermacam2 lagi kebebalan .

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP