Monday 12 October 2009

Nizar-Anwar: Pengundi MUDA Kembali Pada UMNO: Petanda Pakatan Rebah

Setelah dua tahun Pakatan mengandaikan bahawa generasi muda berpihak pada Pakatan, terlerai semalam, apabila pengundi muda kembali memilih Umno.

Kemenangan Isa Samad dengan majoriti yang tinggi merupakan rekod Umno bagi kawasan DUN Bagan Pinang. Penyebab kepada majoriti yang besar ini adalah sokongan golongan muda pada profesional.

Timbang tara yang digunakan oleh golongan muda dan profesional ini kembali kepada Umno adalah dengan melihat kemampuan kerajaan Pakatan mentadbir negeri Pulau Pinang dan Selangor.

Pulau Pinang dan Selangor ada lah negeri-negeri kaya semasa ditadbir oleh Umno/Bn, namun kini negeri-negeri itu mengalami krisis pembangunan dan pelaburan yang semakin hari semakin menurun.

Penururunan pelaburan kepada dua negeri tersebut mempenagruhi pendapatan penduduknya yang telah terbiasa dengan pendapatan tinggi. Di khabarkan banyak rumah-rumah penduduk tersebut telah diambil alih oleh bank, kerana para pembelinya tidak mampu lagi membayar.

Fenomena kehilangan pendapatan lumayan penduduk ke dua negeri tersebut menjadi bisikan kepada negeri-negeri lain, kerana itu lah golongan muda dan profesional kembali menyokong Umno, kerana Umno dan BN saja lah mampu menjana pendapatan dan pembangunan untuk semua.

Dengan kembalinya para pemuda dan golongan profesional ini kepada Umno dan BN, maka petanda Pakatan yang diterajui oleh Anwar-Nizar akan tersungkur dan rebah.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP