Tuesday 13 October 2009

Nizar! Beritahu Wan Azizah Anwar: PKR Perak Nak Hancur

Ketua Penerangan Wanita PKR cabang Ipoh Barat Faridatul Azlina Ahmad Tanjizi semalam mengumumkan peletakan jawatannya dan keluar daripada parti itu.

Peletakan jawatan itu dikatakan berikutan krisis antara Ketua Wanita PKR Perak Fatmawati Salim dengan Wanita PKR Ipoh Barat.

"Fatmawati dengan sewenang-wenangnya merampas hak AJK (anggota jawatankuasa) apabila mengeluarkan notis mesyuarat pemilihan AJK baru pada 24 Okt ini tanpa pengetahuan mereka," katanya kepada pemberita di Ipoh.

Beliau mendakwa kira-kira 100 anggota Wanita PKR cabang Ipoh Barat memberi kata dua kepada Fatmawati supaya meletak jawatan dalam tempoh 14 hari dari sekarang.

Katanya, anggota terbabit termasuk barisan kepimpinan peringkat cabang berkenaan yang tersingkir selepas pimpinan negeri mengeluarkan notis mesyuarat pemilihan AJK baru pada 24 Okt ini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP