Sunday 4 October 2009

Nizar: Hassan Ali Kata: Kamu Tak Layak Beri Ceramah: Ustaz Gobala lebih Layak

Dikhabarkan JAIS. menerima arahan daripada Hasan Ali supaya menghalang ceramah YB Nizar yang dijadualkan berlangsung di sebuah surau. Alasannya, YB Nizar tidak mempunyai tauliah JAIS untuk berbuat demikian.

Keadaan ini samalah dengan perbuatan Khir Toyo sedikit masa dahulu yang menghalang Tuan Guru Nik Aziz berkuliah di Selangor.

Memang tidak dapat dinafikan, tauliah ini penting bagi memastikan penceramah adalah benar-benar layak dan bukan sembarangan orang. Mudahnya, penceramah dan isi ceramah mestilah tidak lari dari AL-Quran & Hadis.

Namun penganugerahan dokumen tauliah adalah bersifat teknikal sahaja. Seharusnya pemberian “tauliah” adalah jauh melangkaui persoalan teknikal tersebut.

Apakah Dr. Yusoff AL-Qardawwi juga akan dihalang kerana tidak mengepit tauliah daripada JAIS? Lalu timbul persoalan, adakah Hasan tidak mengenali YB Nizar? Apakah latar belakang YB Nizar cukup kotor? Tidak berpendidikan tinggi? Pengganas? sehinggakan apabila YB Nizar berceramah maka akan dikhuatiri para pendengar akan terpesong aqidahnya atau bertukar menjadi terrorist? Saya melihat, Hasan Ali tidak mempunyai sebab lain melainkan sebab politik sahaja.

Umum mengetahui bahawa Hasan adalah pendokong Kerajaan Perpaduan yang sanggup menghianati persepakatan dalam (Pakatan Rakyat) demi cita-cita peribadi, manakala Yb Nizar adalah seorang yang mempunyai pengalaman yang cukup pahit mendepani karenah UMNO dan BN.

Berbalik kepada kisah tadi, demi menjaga air muka Hasan Ali maka pihak penganjur terpaksa mengalihkan majlis tersebut ke sebuah lokasi persendirian yang paling hampir dengan surau tersebut.

Tindakan bijak ahli akar umbi yang tidak mahu ia dijadikan isu oleh UMNO dan BN, bilamana kita tidak mengendahkan arahan Hasan Ali, yang merupakan pimpinan kita sendiri harus dipuji.

Namun ia ada had dan batasannya. Kepada pimpinan PAS… Onar apakah yang kailan tunggu lagi daripada Hasan Ali? Mungkin benar kata-kata Yb Teng, kejatuhan Pakatan Rakyat bukan daripada PKR & DAP, tetapi berpunca daripada PAS itu sendiri.

Lebih malang, ia adalah dari parti yang bertunjangkan AL-QURAN dan HADIS. Di saat orang bukan Islam mula mengenali Islam, ada pula manusia (dari Parti Islam) yang memberi gambaran yang songsang terhadap Islam itu sendiri.

Kita marah bila Sister In Islam (SIS) menggunakan perkataan Islam. Apa bezanya SIS dengan pendokong Kerajaan Perpaduan (dalam PAS)?

Ustaz Gobala dari Parti Anwar-Azizzan-Saiful yang lebih layak berceramah.

3 comments:

YANG GAMBI 4 October 2009 at 22:13  

Salam, tambah 2 lagi, Ustad Nga dan Ustazah Eli bogel......., puak-puak ni dah sama je taraf dengan mereka yang memunafikan Islam untuk kuasa dan jawatan.....

suprie08 4 October 2009 at 22:40  

betulkah lu punya cerita,apa bukti hasan ali tak bagi nizar ceramah

mack 4 October 2009 at 23:30  

AKUM.Memang benar apa yang dayangwulan kata saya amat setuju sepatutnya pimpinan PAS berkerjasama antara satu sama lain supaya pepaduan sesama pemimpin dapat kekalkan kalau sesama pemimpin tiada hormat menghormati macamana rakyat nak hormatkan pemimpin PAS. WSLM

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP