Thursday 29 October 2009

Nizar News: Christina Liew Kecewa! Khidmat 9 Tahun Tidak Dihargai

"Ibu saya terpaksa berdepan dengan pandangan serong orang ramai kerana saya telah digantikan (sebagai timbalan pengerusi) atas alasan yang tidak diketahui. "Saya telah bekerja keras selama sembilan tahun untuk mempromosikan PKR Sabah. Oleh kerana parti tidak menghargai sumbangan saya, saya berundur dengan bermaruah sekarang," -Christina Liew

Begitulah ungkapan yang dapat diluahkan oleh Christina Liew atau nama sebenar Liew Chin Jin sebagai melahirkan kekecewaanya terhadap keputusan PKR Pusat yang melakukan penyusunan semula kedudukan kepimpinan PKR Negeri Sabah setelah Azmin Ali mengosongkan kerusi nombor satu PKR Sabah. Christina berkata bahawa selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus. Namun setelah pelantikan Datuk Kong Hong Ming sebagai timbalan pengerusi PKR Sabah dan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah tanggapannya selama ini berubah.

Berikutan dengan itu Christina Liew mengikuti jejak Datuk Dr, Jeffrey Kitingan yang mengosongkan semua jawatan dalam PKR termasuk jawatan di peringkat pusat. Chgristina mengumumkan perletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi PKR Pusat. Buat sementara waktu dia masih mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu. Manakala Jeffrey masih mengekalkan keahliannya dalam PKR.

Christina Liew merupakan calon PKR bagi Parliment Kota Kinabalu yang hanya kalah 106 undi kepada calon DAP Dr. Hiew King Chew. Berikut adalah pencapaian calon-calon dalam pilihanraya 2008 bagi kawasan P.172-Kota Kinabalu di mana Christina Liew @ Liew Chin Jin hanya kalah dengan tipis.

P.172-KOTA KINABALU
KONG YU KIONG
BEBAS
341
HD

CHIN TEK MING
BN
8,420

LIEW CHIN JIN
PKR
9,358


HIEW KING CHEU
DAP
9,464
MNG

JUMLAH PEMILIH :
43,714

KERTAS UNDI DITOLAK :
326

KERTAS UNDI DIKELUARKAN :
28,017

KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :
108

PERATUSAN PENGUNDIAN :
64.09%

MAJORITI :
106

Christina Liew Juga bertanding atas tiket PKR di kerusi DUN Api-Api menentang Dr. Yee Moh Chai. Dalam pertanding ini Christina juga mengalami kekalahan yang tipis. Berikut ada keputusan PRU 12, 2008 itu:-

N.15 - API-API

LIEW CHIN JIN
PKR
3,245

YEE MOH CHAI
BN
3,419
MNG

JUMLAH PEMILIH :
10,775

KERTAS UNDI DITOLAK :
110

KERTAS UNDI DIKELUARKAN :
6,832

KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :
58

PERATUSAN PENGUNDIAN :
63.41%

MAJORITI :
174

Pemimpin PKR Negeri yang menggantikan posisi Christina Liew sebagai orang no 2 dalam PKR Negeri Sabah ialah Kong Hong Ming @ Kong Fo Min, bekas pemimpin nombor 2 LDP yang menentang Chong Kah Kiat mantan Presidennya semasa mereka berada dalam Barisan Nasional. Dalam pilihanraya 2008, Kong telah bertanding di DUN N.57-Sri Tanjung, Tawau dan tewas kepada calon DAP, Jimmy Wong atau Wong Tze Phin. Kini Kong adalah Ketua Cabang bagi kawasan Tawau yang masih mengintai kerusi N.57-Sri Tanjung yang kini dimenang DAP.

N.57 - SRI
TANJONG
KONG HONG MING @ KONG FO MIN
PKR
3,090

SAMSON CHIN CHEE TSU
BN
4,187


WONG SZE PHIN @ JIMMY
DAP
5,359
MNG

JUMLAH PEMILIH :
20,306

KERTAS UNDI DITOLAK :
146

KERTAS UNDI DIKELUARKAN :
12,807

KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :
25

PERATUSAN PENGUNDIAN :
63.07%

MAJORITI :
1,172

Apapun percaturan politik yang hendak diketengahkan oleh PKR Pusat, itu adalah hak mereka sebagai peneraju parti PKR. Masyarakat Sabah melihat itu adalah trend yang dibawa dan cuba diperdagangkan oleh PKR Pusat yang kononnya cuba "merakyatkan " kepimpinan parti mereka. Samada gagasan baru ke atas kepimpinan PKR Sabah ini diterima rakyat, masih terlalu awal diperkatakan. Bagaimanapun, penolakan keputusan PKR Pusat oleh kepimpinan PKR Negeri sendiri lebih banyak menjadi sandaran kepada keputusan rakyat terutama menjelang PRU 13 nanti.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP