Tuesday 13 October 2009

Nizar-Pas-Dap: Bagus lah Kalau Kamu Tak Hadir Sidang Dun Perak: Selamat Semua

Menteri Besar Perak Pilihan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Bagan Pinang kelmarin sebagai 'kemenangan rasuah'.

Beliau berkata, soal kekalahan calon Pas tidak menjadi masalah kerana adat pertandingan, tetapi moral kemenangan itu memperlihatkan pengundi tidak mengambil kisah mengenai latar belakang wakil rakyat walaupun pernah terlibat dengan politik wang.

“Pada mereka soal rasuah dianggap remeh dan tidak mendatangkan sebarang masalah. Saya sedih dengan keadaan ini kerana majoriti pengundi di sini adalah Melayu Islam yang seolah-olah mengiktiraf pemimpin dari kalangan rasuah padahal terang-terangan dalam al-Quran telah menyatakan dengan jelas berkaitan isu rasuah,” katanya, semalam.

Nizar berkata, beliau merasakan masyarakat di DUN Bagan Pinang belum lagi melihat isu rasuah sebagai satu permasalahan besar sebaliknya menganggap ia sebagai isu kecil sehingga lebih mengutamakan populariti calon BN.

Katanya, soal kualiti pemimpin hanya berpaksikan kepada orang lama yang banyak berjasa, bukan kualiti berlandaskan agama.

“Sebab itulah, Mohd Isa menjadi pilihan majoriti masyarakat di DUN berkenaan walaupun rekodnya buruk sebelum ini. Pengundi masih tidak dapat membezakan pemimpin berkualiti yang berlandaskan agama dengan pemimpin berkualiti berdasarkan pengalaman,” katanya.

Dalam perkembangan politik di Perak terutama desas-desus mengatakan sidang DUN akan diadakan pada 28 Oktober ini, Nizar berkata, beliau tidak akan hadir jika notis arahan dikeluarkan oleh Speaker Datuk R Ganesan.

“Ini kerana kami dari pakatan pembangkang tidak pernah mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker, tetapi jika V Sivakumar yang keluarkan arahan, kami akan hadir kerana ia adalah Speaker sah," katanya.

1 comments:

YANG GAMBI 13 October 2009 at 20:16  

Salam dayangwulan, sebelum kita mengumpat longkang orang lain kotor, harus kita melihat kekotoran longkang di rumah kita dulu.......

Apakah, kejahatan akan kita nampak hanya kepada orang yang tidak kita suka sahaja........

Sebagai manusia yang berilmu, kita wajib menggunakan semua pancaindera yang Allah berikan kepada kita dengan sebaik-baiknya....

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP