Tuesday 6 October 2009

Nizar-Pas Kali ini Derhaka Pula Pada Agong Soal Jawatan MAIP

PAS Pulau Pinang tetap ingin mencadangkan pesuruhjayanya Mohd Salleh Man bagi mengisi jawatan yang dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang kosong Disember ini.

Jawatan tersebut kini disandang ADUN Umno, Shahabudin Yahya, yang juga setiausaha politik menteri bagi urusan agama Mejar Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom.

"Kita berpegang kepada keputusan terakhir kita, kerana kompromi tidak berlaku. Jadi kita menerima tamat kontrak beliau bulan Disember ini.

Beliau diminta mengulas perebutan jawatan tersebut antara Mohd Salleh dengan bekas pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) Ellias Zakaria yang dilaporkan akan mengetuai MAIPP. Ellias Zakaria dilaporkan telah pun mendapat watikah perlantikan dripada DYMM Agong.

Dihubungi hari ini, Mujahid berkata tuntutan Pakatan Rakyat untuk Shahabudin meletakkan jawatan sejak mengambil alih teraju kepimpinan negeri mulai Mac tahun lalu telah gagal.

Dalam perbincangan antara kerajaan baru dengan ADUN Pengkalan Berangan, Mujahid mendakwa Shahabudin bersedia meletakkan jawatan sekiranya ia tidak diisi dengan orang politik, sebaliknya seorang pemimpin NGO.

"Oleh kerana jawatan tersebut lantikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, maka kita ambil jalan tengah, setuju beliau memegang jawatan sehingga bulan Disember 2009.

"Atas kepentingan orang ramai, kita terima cadangannya. Tetapi peletakkan (jawatan Shahabudin) itu tidak berlaku," katanya.

Menurut Mujahid, PAS dan Pakatan mempersoalkan janji Shahabudin dan beliau yang juga ahli parlimen Parit Buntar tidak mengetahui mengapa wakil rakyat Umno itu tidak mahu melepaskan jawatannya.

Sehubungan itu, Majlis Pakatan Rakyat Pulau Pinang berbincang semula mengenai perkara tersebut - sebelum pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir hujung Ogos lalu - dan menganggap keputusan perbincangan dengan Shahabudin telah terbatal.

"Dengan itu, Majlis Pakatan bersetuju untuk melantik Mohd Salleh mengetuai majlis tersebut," katanya.

Pelantikan pesuruhjaya itu sebagai yang dipertua baru MAIPP dipersetujui mesyuarat exco kerajaan negeri sehari selepas kemenanganya, 25 Ogos.

Nizar-Pas kamu buat keputusan diluar kuasa mu. Pulau Pinang Tiada Sultan, kerana itu DYMM Agong ada lah ketua Agama. Sebarang perlantikan yang berkaitan dengan agama adalah dibidang kuasa Agong.

Nizar-Pas kamu mahu menderhaka lagi? sudah lah tu Nizar, cukup lah penderhakaan mu.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP