Friday 23 October 2009

Nizar-Pas-Ngeh-Sivakumar: Jangan Coba Buat Kecoh Sidang DUN Perak: Kata Ketua Polis Perak

Polis meminta semua pihak terutama penyokong parti-parti politik supaya tidak menimbulkan kekecohan semasa persidangan dewan DUN Perak Rabu ini.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah berkata semua ADUN juga diharap tidak menimbulkan kekecohan semasa bersidang sehingga boleh menimbulkan keadaan yang tidak baik.

Beliau berkata polis akan menjalankan tanggungjawab untuk memastikan keadaan terkawal semasa perjalanan sidang DUN dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang sengaja menimbulkan kekecohan.

"Orang ramai dan penyokong parti juga tidak terkecuali dan tindakan akan diambil sekiranya berhimpun atau menimbulkan kekecohan di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di kawasan Greentown Business Centre di Ipoh hari ini.

Zulkefli berharap semua pihak mengambil iktibar daripada sidang DUN yang lalu apabila berlaku kekecohan di dalam dan luar dewan.

Katanya, polis hanya menjalankan tugas memastikan ketenteraman dan jika ada ADUN, penyokong atau orang ramai yang menimbulkan kekecohan, tindakan tegas akan diambil.

Sidang DUN Perak bagi membentangkan Bajet 2010 akan berlangsung di DUN Perak yang terletak di Bangundan Perak Darul Ridzuan
bermula 10 pagi Rabu ini.

Sementara itu, polis menerima enam laporan terhadap bekas Speaker DUN, V Sivakumar kerana enggan memulangkan jubah Speaker walaupun selepas diminta berbuat demikian oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Zulkefli berkata polis sedang menyiasat laporan itu dan akan mengambil keterangan daripada beberapa pihak. BERNAMA

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP