Friday 9 October 2009

Nizar-Sallahudin-Pas; SPR Kata Kamu BOHONG Soal Pertindihan Daftar Pengundi

PORT DICKSON: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan tidak berlaku pertindihan nama dalam daftar pemilih pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata jika berlaku ia adalah kesilapan kecil dan bukan sesuatu yang disengajakan.

Beliau berkata, SPR akan terus membersihkan nama pengundi di negara ini yang mencecah lebih 11 juta iaitu 100,000 daripadanya adalah di kalangan anggota tentera.
"Kami memberi jaminan dalam pilihan raya kecil ini tidak berlaku pertindihan nama di mana anggota tentera turut memiliki kad pengenalan awam. Kami menerima senarai nama anggota tentera daripada Mindef dan merujuk kepada senarai itu," katanya pada sidang media selepas melawat pengundian pos di Dewan Jeneral Tan Sri Sany di kem Pusasda di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam sidang media berlainan di Markas Induk Pas DUN Bagan Pinang, Pengarah Induk Pas Pilihan Raya Kecil itu, Salahuddin Ayub, sekali lagi mendakwa parti itu memiliki senarai 253 nama pengundi bertindih dalam DUN itu.

Beliau berkata, susulan pertemuan dengan SPR semalam, parti itu sudah membuat kata putus untuk merujuk kepada panel peguam mereka bagi mengambil tindakan susulan dalam menyelesaikan masalah ini. Pada sidang media itu, Pas turut mengedarkan senarai nama bertindih yang didakwa membabitkan anggota tentera yang memiliki kad pengenalan awam dan pesara tentera yang nama mereka masih dalam senarai mengundi di DUN itu.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP