Tuesday 27 October 2009

Nizar-Syarie: Janda CANTIK Minta Mas Kahwin Tertunggak: Benz C-200, Rumah Mewah

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam menetapkan 21 Mac depan bagi mendengar kes seorang pramugari yang menuntut bekas suaminya, seorang bekas ahli politik bergelar Datuk, menjelaskan tunggakan mas kahwin berupa sebuah banglo dan hadiah pernikahan sebuah kereta Mercedes Benz C200 yang tertangguh sejak empat tahun lalu.

Hakim Syarie Abu Bakar Mohd. Daud memutuskan tarikh itu apabila wujud keraguan berhubung bidang kuasa mahkamah dalam mengendalikan kes berkenaan selepas mendapati dokumen pengesahan tempat tinggal plaintif, Aishah Abu Bakar, 33, tidak lengkap.

Aishah yang hadir semalam diwakili peguam syarie, Azmi Mohd. Rais manakala defendan, Datuk Saidi @ Ramli Suari, 55, yang tidak hadir kerana kurang sihat diwakili peguam syarie, Moeis Basri.

Dalam penyata tuntutannya, Aishah yang bekerja dengan Penerbangan Malaysia (MAS) menuntut defendan membeli dan menyerahkan rumah banglo berhampiran Bandar Utama di Damansara secara pemilikan sempurna atau memberikan sejumlah wang yang sama nilai dengan banglo itu.

AISHAH terpaksa memfailkan tuntutannya di Mahkamah Syariah bagi mendapatkan mas kahwin yang dijanjikan bekas suami.

Selain itu, defendan juga dituntut supaya membayar tunggakan pemberian Mercedes Benz C200 sebanyak RM144,000 untuk menebus harga belian (jumlah pinjaman) kereta bernombor plat pendaftaran WMY 75 berkenaan. Defendan turut diberi pilihan untuk membayar segala hutang dan ansuran bank ke atas kereta Mercedes Benz sehingga selesai.

Selain itu, plaintif dalam tuntutan yang difailkan pada 31 April 2008 itu juga mahu defendan, bekas Ketua UMNO Bahagian Bandau, Kota Marudu, Sabah menanggung semua kos mahkamah serta sebarang perintah atau relif yang patut dan wajar diputuskan mahkamah.Aishah yang ditemui wartawan berkata, pihaknya tidak berpuas hati apabila mas kahwin iaitu sebuah banglo seperti dijanjikan bekas suaminya dan direkodkan dalam sijil perkahwinan ketika mereka bernikah di London pada 4 Februari 2005 belum ditunaikan.

1 comments:

Guru 27 October 2009 at 21:01  

assalammualaikum

lama betul tertunggaknya tu

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP