Saturday 31 October 2009

Nizar-Zambry: PKR Hanya Untuk Anwar, Azizah dan Azmin: Ali Alhabshee

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya dikuasai tiga individu atau 3A, iaitu Anwar, Azmin dan Azizah.

Oleh sebab itu katanya, semakin ramai pemimpin, wakil rakyat dan ahli PKR bertindak keluar parti kerana kecewa dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Datin Seri Wan Azizah Ismail.

“3A inilah dikatakan mencorak dan menguasai parti serta bertindak secara diktator termasuk memperalatkan rakyat bagi memenuhi agenda politik peribadi mereka,” ujarnya.

Katanya, mana-mana pemimpin PKR yang cuba menentang kepimpinan 3A akan dikenakan tindakan secara halus termasuk ditekan supaya meletakkan jawatan.

“Inilah taktik Anwar bagi membolehkan pilihan raya kecil di adakan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bertujuan mempopularkan dirinya disamping menguji sokongan rakyat,” katanya.
Bagaimanapun tegas beliau, rakyat kini sudah sedar sejauhmana kredibiliti dan kejujuran Anwar serta keberkesanan PKR terutama di Selangor.
Sehubungan itu, beliau menjangkakan lebih ramai lagi wakil rakyat PKR akan menuruti jejak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah keluar daripada PKR.

Dalam masa yang sama, Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan tidak menolak kemungkinan mereka bertiga mempunyai ‘rahsia’ besar yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.

“Melihat kepada telatah politik mereka, saya percaya Azmin tahu rahsia Anwar, begitu juga dengan Wan Azizah. Masing-masing ada rahsia tersendiri,” tambahnya.

Beliau berkata, perletakan jawatan Badrul dan sebelum ini pemimpin utama PKR Sabah, Datuk Jefry Kitingan memberi tamparan hebat kepada PKR dan amat mengecewakan Anwar.

Katanya, Anwar seboleh-bolehnya cuba memberi tekanan kepada Badrul supaya meletakkan jawatan bagi membolehkan satu pilihan raya kecil di adakan.

“Tetapi saya melihat Badrul seperti sudah dapat menjangkakan permainan politik Anwar dan mengambil langkah berani keluar PKR dan mengistiharkan dirinya wakil rakyat Bebas tetapi menyokong Barisan Nasional (BN),” tegasnya.

Mengulas lanjut tindakan ADUN Pelabuhan Klang itu, Syed Ali berkata PKR pimpinan 3A semakin tenat dan tidak lagi mendapat sokongan rakyat.

Katanya, hanya beberapa kerat sahaja pemimpin PKR yang berkepentingan dan memegang jawatan termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang masih menyokong Anwar.

“Pemimpin dan ahli PKR yang tidak ada jawatan semakin hilang dan memencilkan diri kerana kecewa dengan kepimpinan 3A,” ujarnya.

Mengenai kemungkinan Badrul menyertai UMNO atau BN, Syed Ali menjelaskan terlalu awal untuk mengulas perkembangan tersebut.

“Badrul sudah tentu ada pertimbangannya tersendiri apabila bertindak keluar PKR, hanya beliau yang berhak menentukan

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP