Friday 6 November 2009

Nizar-Anwar: Kembalinya Jeffery Ke PBS Menguatkan PKR Sabah

Kata-kata Jeffery " I always can do something else" merupakan trademark Dr J sejak sekaian lama. Dr J terkenal dengan gerakannya yang sukar diramal. Berubah-ubah parti dan pendirian merupakan jenama yang melekat pada Dr Jeffery (lulusan Harvard ini).

Dalam percaturan Dr Jeffery dalam arena politik, tidak pernah menang sebarang pilihanraya di luar PBS. Seluruh kemenangannya adalah semasa Dr Jeffery dalam gengaman PBS di bawah pimpinan abangnya Datuk Pairin Kitingan, mantan Ketua Menteri Sabah selama 9 tahun, dan sekarang menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah 2 penggal berturut-turut.

Pengikut setia Jeffery Charistina Liew Oi Jin, mantan timbalan pengerusi PKR Sabah, AMT PKR Pusat dengan slogannya: Saya belum menang, akan senantiasa akan ikut Jeffery ke mana Jeffery akan melompat atau menyeratai mana-mana parti.

Ramai para penganalis politik tempatan, membayangkan jika Jeffery dan Christina keluar PKR, maka jentera PKR akan semakin mantap tanpa gangguan di bawah pimpinan baru Sdr Thamrin Haji Zaini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP