Friday 13 November 2009

Nizar: Kemiskinan Tegar Dah Turun Di Pulau Pinang! Sabah Bila Pula??

http://dayangwulandari.blogspot.com/2009/11/nizar-kemiskinan-tegar-dah-turun-di.htmlKadar kemiskinan tegar di Pulau Pinang semakin menurun dengan inisiatif yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat, Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh (gambar).

Menurut beliau lagi, sehingga 31 Oktober 2009 seramai 728 keluarga miskin tegar telah dikenal pasti di negeri ini.

Namun begitu kadar tersebut telah menunjukkan prestasi yang baik apabila seramai 77 keluarga miskin tegar sudah berjaya dikeluarkan daripada taraf tersebut.

"Jumlah wang saraan kepada keluarga miskin tegar adalah satu keperluan. Malah ada terdapat keluarga miskin tegar yang hanya memperolehi pendapatan jumlah isi rumah dalam tempoh sebulan hanya mencecah RM100. Cuba bayangkan apa yang dapat dilakukan dengan jumlah RM100 itu bagi satu keluarga.

"Oleh kerana itu maka Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan untuk memberikan bantuan kewangan kepada keluarga miskin tegar ini walaupun ianya hanya bernilai RM100 bagi meringankan beban mereka," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungei Puyu berkata, Kerajaan Negeri memerlukan sebanyak RM1.35 juta untuk membawa mereka yang dikategorikan sebagai keluarga miskin tegar ini untuk keluar daripada taraf kemiskinan tersebut.

"Sehubungan itu bagi mencapai matlamat jumlah tersebut maka dana akan diperolehi daripada agensi swasta, badan bukan kerajaan dan juga individu yang terdiri daripada pemilik syarikat korporat," katanya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP