Friday 13 November 2009

Nizar: Keputusan DUN Seputih Kedah akan diketahui Isnin Depan

Keputusan sama ada berlaku pelanggaran dan perlu di adakan pilihan raya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh di Kedah hanya akan diketahui Isnin ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar penghujahan peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Speaker DUN Kedah Abdul Isa Ismail.

Abdul Isa sebelum ini memohon semakan semula kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan status ADUN Kota Seputih kepada Abu Hassan Sarif birpun tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Abu Hassan sebelum ini didakwa telah gagal untuk menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini sekaligus didakwa melanggar peruntukan undang undang tubuh negeri itu.

Sehubungan itu speaker mahu mahkamah mengisytiharkan kerusi berkenaan adalah kosong dan diadakan pilihanraya baru..

Abdul Isa memfailkan semakan kehakiman itu pada 1 Sept, selepas SPR memutuskan bahawa kerusi Kota Siputeh tidak kosong dan Abu Hassan masih merupakan seorang ADUN.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam seperti dilapor media, enggan mengulas lanjut kedudukan Abu Hassan kerana berpendapat ianya bukan dalam bidang kuasa menteri besar.

"Semua isu dalam DUN adalah bawah bidang kuasa Speaker, bukan saya. Eloklah Speaker yang membuat kenyataan mengenai isu ini,” kenyataan beliau dipetik.

Beliau berkata, segala keputusan tertakluk kepada mahkamah kerana kes itu masih dalam semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Status Abu Hassan kini menjadi pertikaian apabila Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail tidak mengiktiraf dan tidak membenarkan ADUN berkenaan hadir persidangan DUN 17, November ini berikutan tindakan Abu Hasan tidak menghadiri dua sidang DUN tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun mengarahkan Abu Hasan supaya menghadiri sidang DUN kerana berpegang kepada keputusan yang dibuat SPR, bahawa tiada berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hasan adalah wakil rakyat BN yang sah.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP