Wednesday 18 November 2009

Nizar News: Jalan Mudah Pilihanraya Kecil: Jangan Hadir Sidang DUN

Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) perlu mengambil iktibar daripada kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh berikutan kegagalan wakil rakyatnya menghadiri sidang Dewan tanpa kebenaran.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kecewa dengan sikap wakil rakyat terbabit, berkata setiap daripada mereka yang terpilih itu, perlu bertanggungjawab menunaikan tugas masing-masing untuk menghadiri sidang DUN.

"Saya kecewa... saya tidak mahu membuat apa-apa andaian kerana dalam situasi genting sekarang, kita perlukan wakil rakyat di peringkat nasional dan DUN, mengambil berat kehadiran dalam dewan.

"Itu sebahagian tanggungjawab utama kerana kalau tidak, semua masalah yang dihadapi pengundi tidak mungkin dapat dibawa ke sidang DUN," katanya kepada wartawan Malaysia sebelum menyampaikan pernyataan negara sempena Sidang Kemuncak Jaminan Bekalan Makanan Dunia di sini, Selasa.

Semalam, Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah kosong, menyatakan Datuk Abu Hassan Sarif bukan lagi wakil rakyat BN berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan dewan secara berturut-turut tanpa kebenaran speaker.

Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin turut memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil di kerusi DUN Kota Siputeh.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata sebagai wakil rakyat, mereka perlu melaksanakan tugas mereka sepenuh hati dan tidak boleh mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai wakil rakyat.

Menyatakan bahawa kehadiran mereka dalam sidang dewan bukan sahaja untuk memenuhi korum, beliau berkata: "Kalau kita malas dan tidak memberikan perhatian mengenai kehadiran, tidak bersuara dan tidak memberikan pandangan tentang isu masyarakat dan negara.

"Kita tidak dapat diberikan penghargaan oleh pengundi, kesannya esok kepada kita. Ini harus menjadi ikhtibar kepada semua wakil rakyat (BN)," katanya.

Beliau berkata Umno dan BN bersedia menghadapi pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh sekiranya rayuan terhadap kekosongan kerusi berkenaan ditolak oleh mahkamah.

"Apa strategi yang disusun adalah untuk memastikan kita berjaya dan mengambilkira semua perkara dan atas dasar itu, kita yakin bersedia sepanjang masa untuk menghadapi pilihan raya kecil itu," katanya.

Ulasan

Cara mudah mengadakan PRK.. jangan datang sidang DUN. ADUN Kota Seputuh tiba-tiba kehilangan hak sebagai ADUN kerana perbuatan sendiri. Perbuatan sendiri kerana tidak mahu mengikuti perlembagaaan DUNnya sendiri.

Untuk apa buat rayuan?? teruskan kekosongan. Adakan PRK. ADUN lama Abu Hassan.. merupakan perosak BN itu sendiri. Beliau menunjukan contoh yang tak baik bagi BN. Abu Hassan,dah terantuk baru terngada. Untuk apa tegakkan benang yang basah.

Teruskan PRK..ikutlah keputusan mahkamah tersebut..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP