Monday 16 November 2009

Nizar News: Penjualan Arak Bermasalah Di Selangor, Di Sabah Tidak

Kerajaan Negeri Selangor belum menentukan kawasan yang sesuai untuk penjualan arak, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri Ronnie Liu.

Bagaimanapun, kerajaan negeri menggalakkan peniaga mengawal penjualan arak terutama di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Setakat ini langkah kawasan penjualan arak secara sukarela itu mendapat sambutan dan tidak menimbulkan kesan negatif kepada peniaga dan pelancong, katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri, pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Yap Ee Wah (BN-Sungai Pelek) sama ada kerajaan negeri telah menentukan kawasan yang sesuai untuk penjualan arak di Selangor.

Sebelum ini terdapat permintaan daripada sesetengah pihak di Selangor supaya penjualan arak oleh kedai-kedai serbaneka terutama di kawasan yang majoriti penghuninya beragama Islam tidak dibenarkan.

Liu berkata antara langkah yang diambil ialah tidak membenarkan peniaga menjual arak kepada mereka yang beragama Islam dan yang berumur di bawah 18 tahun.

Arak-arak juga mesti diasingkan daripada minuman lain pada rak pameran, katanya.

Beliau berkata mekanisme penjualan arak masih dikekalkan iaitu penjualan 'liquor' mesti mendapat lesen daripada Lembaga Pelesenan Eksais Daerah yang diketuai Pegawai Daerah, manakala bagi minuman keras seperti bir yang peratusan kandungan alkohol kurang dari 8.88 peratus boleh dijual oleh kedai runcit dan kedai serbaneka tanpa lesen.

Liu bagaimanapun, tidak menjawab soalan Wong Koon Mun (BN-Kuala Kubu Baharu) mengenai jumlah lesen penjualan arak yang dikeluarkan kerajaan setakat ini dan berkata beliau akan memberikan jawapan bertulis.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP