Saturday 7 November 2009

Nizar News: Seminar Pas Hari Ini: Penyokong Hadi Bertembung Penyokong Nik Aziz: Siapa Kuat?

Seminar Pas hari ada yang mengatakan sebagai jalan tengah bagi menyelesaikan kemelut parti, antara penyokong Hadi Awang dan Nik Aziz.

Seminar sehari ini adalah hasil kompromi bagi mengantikan EGM sepertimana sarananan Nik Aziz Sebelum ini bagi memecat 2-3 kerat pemimpin yang dianggap bermasalah dimata kaca Nik Aziz.

Nik Aziz termakan isu para pengikut yang mengelilingi MB Kelantan ini yang membuat bisikan maut, bahawa golongan Hadi merupakan penghalang utama perpaduan dan kerjasama antara parti Pakatan, khasnya di Selangor.

Mesyuarat JK Pusat parti Pas pada 28 Oktober lalu, Hadi dalam sidang akhbarnya telah menyebutkan bahawa EGM yang dicadangkan oleh Nik Aziz diganti dengan satu seminar bagi merungkai permasalahan dalam Pas.

Seminar hari selain dihadiri oleh seluruh pemimpin Pas, turut juga dihadiri oleh para pemimpin akar umbi parti itu dari seluruh negara.

Namun yang menjadi kelainan dalam seminar ini, parti itu menjemput penceramah luar seperti Dr Abdul Aziz Bari daripada UIA bagi memberi maklum balas mengenai kemelut dalaman parti. Dr Abdul Aziz Bari tertekal sebagai anti Hadi.

Apakah seminar ini dapat merapatkan semula kepimpinan Pas atau menambah jurang hubungan antara Hadi dan Nik Aziz,hanya akar umbi parti itu yang dapat menentukannya.

Namun yang pasti, seminar ini akan membelasah PANCHING BAG Nik Aziz Dr Hassan, Mustapha dan Nasharuddin.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP