Wednesday 11 November 2009

Nizar News: Tanah Rakyat Kg Rampayan Ulu: Geran Tanah ON The Table

Penduduk Kg Rampayan Ulu Kota Belud yang diketahui oleh Pemaju mukim Kawasan Encik Aliudin Paitu merasa bengong dan tertanya-tanya bagaimana tanah mereka yang mereka usahakan sejak tahun 70-an tetiba menjadi milik orang lain, yang mana pemilik "geran" yang menjadi tandatanya tersebut adalah seseorang yang lahir pada atahun 1965.

Seramai 14 orang penduduk yang tersenarai namanya bersama ini adalah pemilik kawasan seluas 100 ekar tersebut berasaskan customary right. Namun permohonan tanah tersebut melalui jabatan tanah Kota Belud telah "dihilangkan" dan digantikan oleh pemohon yang diberi "geran" oleh Jabatan tanah Sabah pada tahun 1999.

Pemohon dan pamannya telah diberi "geran" atas meja oleh jabatan tanah negeri Sabah, kerana tanah tersebut belum pernah diukur oleh jabatan tanah secara fizikal. Maklumat tambahan adalah tanah tersebut tidak bernombor batu seperti lazimnya tanah "NT" yang diberikan kepada penduduk berasaskan kepada customary right.

Nama-nama penduduk yang terlibat dalam "pengeranan" tanah atas meja tersebut adalah seperti berikut: Mayaman Haji Arig, Mintoh Rashid, Siti Rohana Maigan, Husin Emo, Enong Dusi, Haji Hassan@Kapok Osman, Akim haji Salleh, Ramlee Maigan, Aliudin Paitu, Matnih Milang, Dulamid Said, Rajim Satam, Tausin Edan dan Nuflin Seran.

Adalah difahamkan penduduk kampung melalui ketuanya telahpun membuat aduan ke berbagai agensi kerajaan seperti Biro Pengaduan Awam, BPR (kini sprm), namun belum ada tindakan lebih lanjut daripada agensi-agensi ini.

Adalah juga difahamkan, bahawa penduduk yang merasa tertipu ini akan melakukan "hakim" sendiri termasuk mencenderakan "pemilik geran atas meja ini".

Berasaskan keadaan ini, adalah diharapkan pihak-pihak yang terlibat terutama pejabat tanah Kota Kinabalu, perlu menyelesaikan kes ini, agar kg Rampayan Ulu yang dahulunya aman damai akan kecoh kerana "kesilapan" jabatan tanah.

Bersama ini di sertakan maklumat mengenai tanah tersebut. CL 035317483 lokaliti kampung Rampayan Ulu. LA:880313565; MNR:133/130/4/61/23; Ref:77DJ31; Code:77251622; Geocode:77251657, keluasan:40.44 hektar; didaftar atasnama IBADAT B MAKMUD (650105-12-6115) DAN MAID B.UNUS (H0286104) BERTATRIKH 20/8/1999.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP