Sunday 8 November 2009

Nizar News: Thamrin Haji Zaini Pengerusi PKR Sabah: Tunjuk Taring: Najib Ke Sabah Hanya Omong Kosong

Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Ahmad Thamrin Zaini berkata, masyarakat Sabah tidak mengalu-alukan kehadiran Perdana Menteri ke Sabah jika hanya datang dengan omong kosong semata.

Beliau memberikan reaksi demikian apabila dihubungi, berhubung lawatan Najib untuk merasmikan Kongres Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-24 semalam.

Dalam ucaptama itu, Najib memberikan jaminan bahawa UMNO-BN akan membela nasib rakyat Sabah. Orang-orang yang percaya ini orang dalam BN sahajalah.

Kalau orang di luar BN tidak akan percaya kerana terlalu banyak janji yang diberikan kepada Sabah tetapi sebahagian besarnya tidak terlaksana” ujarnya. Ujar Thamrin lagi, Perdana Menteri tidak perlu menjanjikan sesuatu yang begitu hebat kepada masyarakat Sabah jika kemudahan asas juga masih belum dapat disediakan dengan sebaiknya.

Jadi saya rasa, kalau pun dia mahu membuat sesuatu perancangan di Sabah, saya suka menyarankan beliau agar lebih spesifik di dalam komitmen dan keikhlasan dalam membantu Sabah”.

Dia kena bagi satu time frame dalam tempoh ini semuanya akan terlaksana. Biar lebih spesifik untuk menyakinkan kita, kalau tidak, tak datang pun tidak apa, tak payah datang lah” ujar beliau lagi.

Menurut Thamrin, apa yang paling penting kepada masyarakat di sabah buat masa ini adalah kemudahan-kemudahan asas yang telah lama dapat dinikmati di Semenanjung. Ujarnya, penduduk Sabah sudah terlalu mengharapkan mereka mendapat bekalan air bersih dan elektrik yang baik di samping jalan raya yang selamat.

Menurut Thamrin lagi, Sabah merupakan negari yang paling miskin meskipun kaya dengan hasil buminya. Saya hendak beri saranan, kalau dia betul-betul serius dia berani umumkan iaitu naikkan royalti minyak itu daripada 5% kepada 25%” tambah beliau. Katanya, Sabah bergantung harap kepada royalti minyak dan menyifatkan menaikkan royalti minyak dari 5% kepada 25% sebagai tanggungjawab utama

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP