Friday 6 November 2009

Nizar: Nik Aziz Juga Pengamal Kronisme: Lantik Anak Sendiri

Dalam keghairahan orang PAS mengagung agungkan MB Besar Kelantan Murshidul Am PAS Dato’ Nik Aziz Nik Mat sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat, tidak korup dan hidup penuh keserdehanaan, sebagai insan marhaen yang benar benar bertaqwa, keadaan sebenar yang berlaku di’belakang tabir’ sebenarnya ‘lain padang, lain belalang’.

Nik Aziz, yang disifatkan orang PAS sebagai ‘Ulama Besar’ sebenarnya mengamalkan nepotism dan kronism, dalam pentadbiran ‘Semi Diktator’ semenjak PAS mengambil alih Kerajaan Kelantan Disember 1990.

MB Kelantan itu melantik Abdul Ariffahmi Abd Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Beliau merupakan suami Nik Amalina Nik Aziz, anak perempuan kesayangan Murshidul Am PAS itu.

Perlantikan ini menjadi kontroversi kerana Ariff disifatkan sebagai ‘tidak layak’ untuk menjawat kedudukan strategik agensi perlaburan dan perlaksana pembangunan jentera Kerajaan PAS Kelantan tersebut. Walaupun sebagai seorang juritera, beliau tidak diyakini dikalangan professional dari berkhidmat diKelantan.

PMBK dipercayai mempunyai asset beratus juta Ringgit kini berada dalam keadan kesempitan tunai. Salah satu sebab ialah dipercayai Ariff yang sebelum ini COO PMBK dikatakan seorang yang boros berbelanja.

Nik Aziz atas platform DAP chauvinis Cina anti Islam bersama Lim Kit Siang Dikhabarkan bahawa Ariff merupakan ahli UMNO Bahagian Machang. Sekiranya ini benar, maka Nik Aziz yang tidak lama dahulu mengeluarkan kenyataan celupar “Pergi jahanam UMNO” dan “Boleh berkerjasama dengan Syaitan” sebagai alasan meng’halal’kan perhubungan dan kerjasama rapat dengan DAP yang rata rata disifatkan sebagai anti-Islam itu adah seorang pemimpin yang layak disifatkan seai ‘munafik’.

Ini kerana semata mata politik, beliau tergamak memanipulasi kedudukan beliau sebagai ‘ulama’ yang rata rata dihormati dan mengeluarkan pendapat dari perspektif agama Islam untuk meng’halal’kan matlamat dan cara.

Nik Aziz memberi 'endorsement' kepada anasir anti-Melayu/Islam Asia Tenggara Lee Kuan Yew Nik Aziz juga merupakan pemimpin yang mengeluarkan kenytaan “Allah pun mencarut” untuk menghalalkan penulisan sumbang Dato’ Shahnon Ahmad “Shit”, yang diterbitkan pada tahun 1999 dan disifatkan sebagai mencemar anugerah kepada seorang Sasterawan Negara sebagai reaksi kepada episod pemecatan Anwar “Mat King Leather” Ibrahim dari Kerajaan.

Ini jelas menunjukan bahawa Nik Aziz secara begitu mudah memperkudakan agama Islam, termasuk Maha Suci Allah s.w.t. semata mata untuk kepentingan politik dan mempertahankan kecabulan bahasa dan tindakan ahli PAS seumur hidup.

Apa apa pun, perlantikan Ariff merupakan amalan ‘Kronism’ dan ini boleh membawa kepada amalan korupsi dan salah guna kuasa, samada untuk kepentingan peribadi maupun politik.

Apakah tindakan ini, yang dilihat akan membawa kepada keadaan dimana rakyat Kelantan sendiri mengumpat, jika tidak sampai ketahap memfitnah sebagai sesuatu “Yang berlandaskan Al Quran dan Sunnah”?

Kegagalan MB Kelantan ini membangunkan Kelantan, yang rata rata merupakan negeri warga Islam per kapita paling tinggi dalam negara. Slogan “Membangun bersama Islam” sebenarnya omong omong kosong dan permainan politik yang memperkudakan emosi dan ketaatan orang Melayu atas aqidah, yang tidak langsung direalisasi pada pembangunan fizikal, modal insan dan rohaniah warga Islam Kelantan. Selama 19 tahun warga Kelantan di’nafikan’ pembangunan kerana kegagalan kepimpinan Nik Aziz.

Walaupun PMBK diujudkan bagi tujuan pembangunan, namun kelemahan kepimpinan tidak akan berjaya merealisasikan apa apa perancangan walaupun Kelantan kaya dengan sumber asli.

Apabila agensi pemangkin pembangunan Kelantan seperti PMBK diPengerusikan bapa dan dilaksana dengan penguasaan eksekutif oleh menantu, maka tidak banyak yang diharapkan untuk menjaya dan realisasikan apa apa program melainkan agenda tersirat memperkuatkan propaganda agar Nik Aziz untuk bererusan berkuasa di Kelantan.

Pemimpin PAS Kelantan juga pernah dikaitkan dengan salah guna kuasa seperti isu pembalakan Lojing. Yang nyatanya, tindakan MB Kelantan Nik Aziz ini sebenarnya memperlupuri amalan Muawiyah Abi Suffian diKelantan, yang memulakan pemerintahan hierraki Khalifah Ummaiyah dalam menghalalkan amalan dinasti dan menghentikan amalan musyawarah Khalifah Ar Rashidin.

Anak anak MB Kelantan Nik Aziz dikatakan dilantik ke beberapa badan yang ditaja Kerajaan Kelantan atau PAS Kelantan. Badan ini, seperti Yayasan Kumus dipercayai mendapat konsessi balak dan anak beliau Nik Omar Nik Aziz merupakan ahli lembaga pengarah.

1 comments:

ISAC 6 November 2009 at 12:16  

Salam,

Sebab tu dia boleh bekerja sama dengan Parti "Anak-beranak"...Parti DAP.

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP