Wednesday 25 November 2009

Serangan Blogger Kepada Menantu Nik Aziz Tidakpun Dibincang Dalam JK Pusat Pas

Isu serangan penulis blog terhadap menantu menteri besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Abd Rahman, tidak dibangkitkan dalam mesyuarat khas pimpinan tertinggi PAS semalam yang menasihatkannya meletak jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

"Tidak ada langsung perkara itu. Kita hanya bincangkan soal pelantikan beliau sebagai CEO," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang turut menghadiri mesyuarat tersebut.

Selain beliau dan Nik Abdul Aziz, katanya, tiga lagi pemimpin kanan PAS yang menghadiri mesyuarat khas itu ialah timbalan mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bendahari agungnya, Dr Hatta Ramli.

Salahuddin diminta mengulas sama ada keputusan PAS menasihatkan Abdul Ariffahmi meletak jawatan ada kaitan dengan tuduhan bekas pegawai perhubungan korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang dipecat Abdul Ariffahmi pada 11 November lalu.

Syed Azidi antaranya mendakwa Abdul Ariffahmi memanipulasi minit mesyuarat PMBK dan dakwaan salah urus kewangan sebuah anak syarikat perbadanan itu, Kifalah Sdn Bhd.

Menulis dalam blognya, Kickdafella, Syed Azidi turut mendakwa, Abdul Ariffahmi menyebabkan peningkatan kos PMBK melebihi 500 peratus apabila menaikkan gaji dan memberikan bonus kepada "pembodeknya" sesuka hati.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu PMBK dua kali untuk menyiasat dakwaan surat layang berhubung tuduhan kronisme, salah guna kuasa dan mempersoalkan pelantikan anggota keluarga terdekat menerajui syarikat milik kerajaan (GLC).

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Salahuddin berkata, Abdul Ariffahmi dinasihatkan meletakkan demi menyelamatkan PAS, kerajaan negeri dan untuk "menutup segala ruang fitnah" terhadap Nik Aziz.

Ditanya sama ada Abdul Ariffahmi diarahkah melepaskan jawatan itu, Salahuddin mengulanginya bahawa beliau "dinasihatkan" supaya berhenti.

"Keputusan parti meminta jasa baik menteri besar menasihati Abdul Ariffahmi supaya melepaskan jawatannya," jelas Salahuddin.

Abdul Ariffahmi gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasannya.

Bagaimanapun, melalui kiriman SMS, beliau yang juga exco Pemuda PAS Kelantan itu menjawab: "(Saya) dinasihatkan untuk letak jawatan."

Salahuddin berkata, perkara berbangkit berhubung pengurusan PMBK selepas ini - termasuk tarikh akhir peletakan jawatan Abdul Ariffahmi, penyerahan tugas dan halatuju masa depan PBMBK - diserahkan sepenuhnya kepada kebijaksaaan menteri besar.

1 comments:

senyumkambing 25 November 2009 at 09:21  

Itu awang Laiman.. kao tulislah sigu.. itu orang baik.. itu roslan mansur promote diri dia dalam samaran dia kalapa mawar..tulis itu abdullah sibil, jenar lembdah, datu13, semua ini pegawai kerajaan ada cita-cita jadi Yang berhormat.. bukan yang berkhidmat. kalo mau berkhdmat.. jangan kaki kiri makan gaji.. kaki kanan konon politik.. tengok itu datuk salleh..kata anak watan.. semua orang yang dia bunuh dia beli balik.. ako keliru mana botol mana salah.. itu jenar.. jumpa saja.. sarita poltik.. itu abdullah sibil jumpa saja sarita poltik.. itu datu13 jumpa saja.. sarita poltik.. suba sigu tulis apa yang etjadi di kota belud sekarang.. kata lah dari tahun 1976. ako tidak pandai tulis lah..kalau ako pandai mao tulis itu samua.

itu anak watan.. komen dalam blog kalapa mawar.. bagus itu sarita... masam itu lah.. sarita sejarah.. kamudian sarita jaman sakarang.

itu azrone.. ada bagus.. tulis sarita kampung dia.. jadi pangulu lah azrone itu di kg labuan dan wakaf..itu abdullah sibil.. jenar lamdah.. serin sudah..ta ada sakap apa.. ikut sahaja...

tulis sarita perojak karajaan dan peruntukan ADUN..banayak orang ta tau apa itu projek karajaan dan peruntukan adun... apa bezanya meraka ta tau... peruntukan parlmen mereka ta tau... sikit-sikit mau kasi tau BPR.. itu bagdad.. dia tulong rakyat.. itu orang sukak bsaybody... semua bodoh lah.. otak ta ada.. sambru sakit hati..

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP