Monday 14 December 2009

Hanya 8,798 Nelayan Dapat Bantuan Sara Hidup! Nelayan Kota Belud Berapa Orang Dapat?

PAPAR 13 Dis. - Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM15 juta sejak Jun tahun lalu bagi membayar elaun sara hidup kepada 8,798 nelayan di negeri ini.

Pengerusi LKIM, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata, beliau berharap para nelayan di negeri ini dapat memanfaatkan bantuan yang dibayar melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) itu dengan sebaik mungkin bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

"Jika dua bulan lalu jumlah penerima elaun itu kira-kira 6,000 orang tetapi kini jumlahnya telah melebihi sasaran sebanyak 8,000 orang," katanya ketika berucap pada majlis perasmian program penerangan elaun sara hidup nelayan dan dialog bersama jabatan kerajaan di dewan perpustakaan daerah di sini hari ini.

Turut bersama di majlis itu Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Papar, Abdul Bakar Jamil. Menurut Abdul Rahim, elaun sebanyak RM200 sebulan itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan untuk membantu meningkatkan taraf hidup nelayan. Katanya, selain bantuan tersebut LKIM turut menyediakan pelbagai bantuan lain seperti bantuan bot, insentif ikan 10 sen sekilogram serta subsidi minyak diesel dan petrol. "Jadi diharapkan masyarakat nelayan memanfaat dan menggunakan bantuan yang diberikan itu sebaik-baiknya tanpa ada unsur-unsur penyelewengan dan salah guna. "Kita juga akan meneruskan pemberian elaun sara hidup nelayan ini di seluruh negeri pada tahun hadapan," katanya.

Sementara itu katanya, LKIM juga akan melaksanakan projek pembinaan dan menaik taraf jeti di seluruh negara di bawah pakej rangsangan ekonomi bagi memperkasakan sektor perikanan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP