Wednesday 20 January 2010

Anwar Tak Lelap Tidur Mimpi 25 Januari


PUTRAJAYA: Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon dokumen berkaitan dengan kes liwat dijangka akan diketahui esok, 20 Januari, di Mahkamah Persekutuan, Putajaya.

Tarikh tersebut telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 12 Januari lalu, apabila pihak peguam Anwar, Karpal Singh memfailkan petisyen rayuan.

Antara dokumen yang diminta oleh Anwar adalah kenyataan saksi yang direkodkan daripada Mohd Saiful Bukhari, Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi dan tuan punya kondominium, Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia dan laporan perubatan.

Pihak Anwar juga memohon untuk mendapatkan sampel spesimen DNA (Asid deoksiribonukleik) daripada Mohd Saiful.

Rayuan yang sepatutnya didengar pada 6 Januari lalu, terpaksa ditangguhkan kerana pihak Anwar memohon kebenaran mahkamah untuk meneliti rekod rayuan dan memerlukan masa untuk menyediakan hujah.

Peguam Anwar berhujah rayuan ini amat penting dan memberi kesan kepada prosiding mahkamah di seluruh negara kerana ia membabitkan tafsiran terhadap Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah (KAJ).

Pada 6 Nov tahun lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwa tidak membekalkan dokumen kepada Anwar dengan alasan dokumen yang diminta itu tidak tertakluk di bawah Seksyen 51A CPC.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun, 2008.

Mahkamah Tinggi telah memutuskan perbicaraan kes liwat itu diputuskan akanakan bermula pada 25 Januari ini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP