Tuesday 19 January 2010

Begini lah Tajuk Blog Datuk Salleh: TAHUN BARU YANG BERMAKNA DALAM KARIER POLITIK


Tanggal 4 Januari 2010 adalah tarikh bermakna dalam catatan kerjaya politik saya bila mana pada hari tersebut YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Hj Aman, telah memanggil saya ke pejabat beliau dan menyerahkan surat pelantikan saya sebagai Penasihat Sains dan Teknoloji kepada Ketua Menteri dengan status jawatan bertaraf Menteri.

Perjumpaan bersama Ketua Menteri di pejabatnya di Wisma Innoprise itu turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Sukarti Wakiman. Dalam perjumpaan itu, Ketua Menteri telah menerangkan tanggungjawab saya. Selain daripada sebagai Penasihat, saya juga akan melaksanakan tugas-tugas yang diarah dari semasa ke semasa oleh beliau.

Secara peribadi, saya agak terkejut dengan pelantikan tersebut kerana tidak pernah menyangka akan diberikan tanggungjawab sedemikian penting.

Saya amat terharu dengan kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada saya, dan akan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin berdasarkan imu dan pengalaman yang di miliki.

Susulan dari pelantikan itu, pelbagai reaksi saya terima dan bermacam interpretasi saya dengar. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga ada yang mempersoalkannya. Malahan, macam-macam andaian dibuat.

Namun pada saya, semua ini adalah perkara biasa.Yang penting tugas dilaksanakan sebaik-baiknya. Dengan pelantikan ini, bermakna saya sudah menjadi sebahagian daripada sistem pentadbiran kerajaan dan dekat dengan Ketua Menteri.

Sebelum ini, pelantikan saya sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah juga telah menjadikan saya sebahagian daripada jentera parti, dan hieraki itu mendekatkan diri saya dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

Ini bermakna saya telah berada dalam kedua-dua sistem, iaitu kerajaan dan politik, untuk bersama-sama membantu Ketua Menteri mengurus tadbir parti dan kerajaan.

Saya berterima kasih kepada pimpinan parti di peringkat Pusat atas amanah yang diberikan, demikian juga pada pimpinan kerajaan di peringkat negeri.

Tentu saja, amanah ini membolehkan saya memainkan peranan lebih berkesan dalam memacu pembangunan negeri dan menjayakan apa jua perancangan serta agenda untuk rakyat.

Saya akan cuba memenuhi harapan dan ekspetasi rakyat yang pastinya meletakkan harapan tinggi terhadap gandingan kepemimpinan kami berdua.

Pelantikan terbaru ini bukan saja menjadi tarikh bersejarah dalam karier politik saya, tetapi barangkali juga merupakan Hadiah Tahun Baru pada Tahun Harimau (mengikut kalendar Cina) ini.

Dengan memegang kedua-dua jawatan ini, selain sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Belud, tentunya banyak kerja dan urusan menanti di hadapan. Barangkali masa untuk santai seperti sebelum ini mungkin semakin kurang.

Justeru barangkali juga keadaan ini akan menyebabkan saya tidak lagi dapat menulis dalam kolum Ilustrasi ini sekerap mungkin sebagaimana dahulu, lantaran himpitan masa terhadap tugasan yang lebih penting untuk rakyat dan negeri.

Begitu pun, saya akan cuba dan berusaha untuk terus menulis di sini setiap kali ada ruang masa dan kesempatan, dengan cerita dan topik yang lebih menyeluruh.
 
Komen

Petikan di atas adalah artikel yang dipetik dari blog Datuk Salleh Said. Berpaksi kepada tulisan tersebut bahawa perlantikannya ke jawatan penasihat sains dan teknologi kepada ketua menteri Sabah Musa Aman merupakan turning point kepada kerjaya politiknya selepas dikatakan telah "dipencen" sekian lama.

Ramai penganalis politik terutama di Daerah Kota Belud mengatakan bahawa dengan perlantikan ini dan kemudian disambut baik sendiri oleh Salleh merupakan tamparan hebat kepada pimpinan USBO terutama Datuk Safie Afdal dan TS Pandikar.

Akan berfungsikah USBO sepertimana perancangan awal, atau kah hanya Salleh yang diuntungkan dengan adanya penubuhan USBO?

Sepertimana pengakuan Salleh dalam artikelnya di atas bahawa kini dianya sebahagian daripada kerajaan dan juga parti Umno tunjang kerajaan negeri. 

Dengan pengakuan sendiri oleh Salleh bahawa kini gandingannya bersama Musa Aman adalah gandingan yang serasi dan padu? Akan diterima kah dengan mudah oleh Safie Afdal? Telah kedengaran bahawa para penyokong Afdal mula memperkatakan bahawa Salleh bukan lagi Salleh yang mereka ketahui sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno Negeri Sabah.

Para penyokong Safie dan ada juga penyokong  TSP mengatakan bahawa  Salleh telah berubah 360 derjah kerana kemaruk jawatan. Ada kebenaran kah tomahan mereka ini?

Cakap-cakap di sekitar sekolah yang di tengelami air ramai teman-teman seperjuangan membuat lawak, bahawa pada saat beginilah para pemimpin yang berkata berjuang untuk rakyat tidak perlu merasakan penderitaan rakyat.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP