Tuesday 23 February 2010

UMNO Kota Belud Sibuk Melatih Kader dan Pengikut Raja Pidato

Nak bangun apa di Kota Belud. Yang ada hanya tanah sawah, bukit dan hutan fauna serta pantai yang panjang. Nak jadikan petani jadi jutawaan? mana mungkin petani jadi jutawan dengan tanah segengam kera.

Namun ada khabar gembira bagi Gui brothers.. rangkaian Gui dapat melipatgandakan jualan mereka sejak kebelakangan ini, daripada RM 150,000 sehari kepada RM450,000 sehari. Dari mana kah rakyat dapat wang dengan tiba-tiba ini? bantuan e-kasih kah? bantuan kebajikan kah? atau bantuan para kontraktor yang mendapat kontrak jutaan daripada kerajaan, misal litrik masuk desa, upgrade saluran paip air bersih atau kah melalui peruntukan parlimen atau adun?

Setahu dayang peruntukan parlimen hanya RM 1 juta setahun, cukup-cukup membina jambatan lorong, bas stop yang cantik dan jalan ke masjid-masjid atau sekolah. Peruntukan ADUN, hanya RM750,000, hanya cukup untuk membina keperluan penduduk misalnya jalan-jalan ke kuburan, sawah, membaiki tandas awam, tandas masjid atau membina lorong-lorong kaki.

Kalau data yang diambil daripada jualan Gui brothers ini, maka untuk sebulan, wang berpusing di rangkaian itu sahaja berjumlah RM13.5 juta dan setahun berjumlah RM162 juta. Dari mana kah penduduk Kota Belud mendapat wang sebegitu banyak? jawabnya adalah daripada tanah, bukit dan laut.

Kata siapa Kota Belud tidak boleh dibangunkan? sekiranya tanah yang ada dibangun dengan tanaman yang bermanafaat seeperti padi, getah atau kelapa sawit, kemungkinan besar dalam masa 5 tahun wang yang brpusing di Kota Belud mencecah antara 9-10 billion setahun. Woohh sungguh hebatkan, potensi Kota Belud.

Ini lah yang seharusnya menjadi hala tuju parti terbesar di Kota Belud, yakni Umno, bukannya mencari pakar pidato dan petah bercakap. Buat lah perancangan demi masa depan rakyat, agar rakyat senantiasa sibuk memenuhi keinginan ekonomi.

1 comments:

Unknown 15 May 2010 at 02:42  

memang kota belud nak di bangunkan.Tp apa pula kaitan pembangunan kota belud dengan perniaga Gui Brother...??kenapa yang tinggal di kota belud ni hanya golongan petani,nelayan atau mereka berpendapatan rendah.wahai dayang mulan bangunlah kau dari mimpi dan sedar dengan penglipur lara moden yang tidak masuk akal langsung.adakah masyarakat di kota belud hanya bercucuk tanam dan hanya mengharap peruntukan ADUN dan Parlimen? jadi ko pikirlah sendiri...orang yang sibuk menjadi kader dan pengikut raja pidato adalah kau...bukan UMNO,dan bukan masyarakat kota belud.

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP