Thursday, 10 December 2009

Kerana DAP Pemimpin Pas Bercangah Sesama Sendiri Isu Dana Bina Masjid

Timbalan presiden PAS menggesa isu peruntukan besar untuk pembinaan masjid, tetapi rumah ibadat bukan Islam diabaikan, tidak dibesar-besarkan lagi oleh DAP seperti diungkitkan seorang ahli parlimennya.

Namun beberapa ahli parlimen PAS yang diketuai bendahari pusatnya Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) pula menyokong Nga Kor Ming (Taiping), yang juga setiausaha DAP Perak berhubung isu tersebut.

Nasharudin Mat Isa bimbang kenyataan Nga boleh membangkitkan sentimen agama dan menimbulkan salah faham umat Islam.

Beliau (foto kanan), yang juga ahli parlimen Bachok, berkata salah faham dalam isu seumpama ini boleh "dijadikan bahan untuk merungkai kesepaduan Pakatan Rakyat."

Di Dewan Rakyat kelmarin, Nga mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun hingga 2008, sedangkan kerajaan didakwa gagal membina rumah ibadat agama lain dalam tempoh tersebut.

Kenyataannya itu dilaporkan dipertikaikan oleh seorang lagi ahli parlimen, Datuk Ibrahim Ali, yang menyifatkannya "biadap" dan "dan cuba menyalakan api dalam sekam".

"Dia (Nga) boleh desak kerajaan beri peruntukan lebih untuk kegiatan agama lain tetapi dia tak boleh membandingkan peruntukan yang diberi oleh kerajaan untuk pembinaan masjid.

"Apabila itu berlaku apatah lagi dibuat di luar Parlimen, maka ini sudah jadi hasutan selain satu kenyataan politik yang cuba menimbulkan pergaduhan agama," Ibrahim, yang juga presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), dipetik berkata semalam.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Nasharudin bagaimanapun berkata orang bukan Islam berhak "menuntut pembinaan rumah ibadat mereka tetapi bukan dengan mempertikaikan atau membandingkan hak agama Islam sebagai agama rasmi."

"Kerajaan juga turut digesa untuk berlaku adil kepada semua rakyat dalam memenuhi keperluan mereka seperti mana yang telah digariskan dalam lunas perlembagaan negara," katanya.

Beliau juga berharap pemimpin-pemimpin gabungan pembangkang menggunakan "saluran dalaman" untuk membangkitkan isu-isu yang disifatkannya "menyinggung sensitiviti agama dan bangsa".

"(Cadangan) ini bagi mengelakkan sebarang polemik seperti mana yang pernah melanda Pakatan Rakyat sebelum daripada ini," kata Nasharudin lagi.

Sementara itu, Dr Mohd Hatta dan dua lagi wakil rakyat PAS bersama Nga (foto kiri) mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen untuk mempertahankan pemimpin DAP itu.

Turut hadir, ahli parlimen PKR bagi Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Dr Mohd Hatta menyalahkan Utusan Malaysia, yang melaporkan isu ini di halaman depannya hari ini, dengan menyifatkan ia telah melanggar etika kewartawanan.

Bersama ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Titiwangsa) dan Khalid Samad (Shah Alam), beliau bertegas akan mempertahankan Nga.

Wartawan akhbar itu, yang berada di situ, menafikan ia membesar-besarkan isu tersebut, sebaliknya menyatakan ia hanya melaporkan kenyataan beberapa pihak yang tidak berpuas hati pada Nga.

Dalam sidang media sama, Nga menafikan beliau mempertikaikan Islam apabila membuat perbandingan peruntukan untuk masjid dan rumah ibadat bukan Islam.

Laporan Bernama pula menyebut PERKASA Pahang hari ini membuat aduan di balai polis Bentong terhadap Nga.

Yang dipertuanya Dr Zubir Harun dilaporkan berkata kenyataan Nga
"amat menghina agama Islam, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta berbaur hasutan yang boleh menyebabkan pergaduhan agama yang serius.

Read more...

Friday, 4 December 2009

Pelaksanaan GST Akan Bantu Malaysia Atasi Penurunan Hasil Cukai

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan membantu Malaysia mengatasi penurunan dalam hasil cukai, selari dengan penurunan rizab minyak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata walaupun pendapatan dan pertumbuhan negara bergantung kepada hasil minyak, sumber pendapatan akan habis perlahan-lahan memandangkan sumbernya tidak dapat ditentukan.

"Bagi meneruskan GST, kami akan laksanakannya secara berstruktur dan perlahan-lahan, dengan cukai diperkenalkan secara semula jadi, selari dengan paras semasa perkhidmatan dan cukai jualan supaya ia tidak membebankan," katanya pada jamuan malam Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia ke-41 di sini.

Najib berkata barangan asas dan keperluan akan dikecualikan bagi memastikan kutipan cukai pada tahap yang cekap.

Beliau berkata sistem kutipan akan sentiasa dianalisis bagi memastikan tahap kutipan cukai yang cekap.

"Matamat kami bukan cukai asas barangan dan perkhidmatan, tetapi meluaskan asas kutipan hasil supaya kita tidak terlalu bergantung kepada satu sektor untuk menjana pertumbuhan masa depan negara.

Read more...

Wednesday, 2 December 2009

Hanya Otak Anwar Ibrahim Masuk Kelas Dunia


Majalah Foreign Policy yang berpusat di Washington DC telah menyenaraikan 100 individu yang telah menyumbangkan buah fikiran terbaik mereka untuk kemakmuran masyarakat dunia.

Anwar Ibrahim telah tersenarai sebagai orang yang ke 32. Ben Bernanke tercatat sebagai orang pertama. Dick Cheney tercatat pemikir yang ke 13. Manakala Paul Kennedy, seorang sejarawan di Universiti Yale adalah pemikir yang ke 100

Read more...

Tuesday, 1 December 2009

Subsidi Gula Mungkin Dimansuh??


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mengkaji cadangan pelbagai pihak supaya menarik balik subsidi gula dalam usaha mengurangkan kadar pengambilan bahan itu di kalangan rakyat Malaysia.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian memandang serius cadangan tersebut dan keputusan sama ada mahu memansuhkan subsidi gula akan dibincangkan di peringkat kabinet tidak lama lagi.

"Kami masih membuat penelitian sama ada mahu mengurangkan atau memansuhkan terus subsidi gula yang diberi kerajaan.

"Kami akui subsidi gula yang diberi amat tinggi justeru kami sedang mengkaji cadangan beberapa pihak supaya memansuhkannya memandangkan gula bukanlah satu keperluan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata setakat ini kerajaan memperuntukkan RM720 juta setahun bagi menanggung kos subsidi gula bagi mengekalkan harga gula bertapis pada paras RM1.45 sekilogram.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata harga gula dijangka mencecah RM2.45 sekilogram tahun depan jika kementerian mengambil keputusan untuk memansuhkan subsidi gula.

Katanya, faktor cadangan pemansuhan subsidi itu dipertimbangkan antaranya kerana Malaysia satu-satunya negara yang membekalkan subsidi gula kepada rakyat.

Selain itu, katanya, ia sebagai menyokong usaha mewujudkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat negara ini.

Terdahulu, Presiden CAP SM Mohamed Idris turut menggesa kerajaan agar menghapuskan subsidi gula selepas beberapa persatuan pengguna lain turut mencadangkan usul yang sama baru-baru ini. BERNAMA

Read more...

Monday, 30 November 2009

Cerita Kenangan: Nik Aziz Kata Nabi Pun Pengamal Kronisme

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan amalan kronisme dibenarkan dalam Islam selagi pihak yang terbabit mempunyai kelayakan bagi menjawat jawatan penting dan tinggi dalam sesebuah organisasi atau syarikat.

Beliau berkata, amalan berkenaan tidak salah kerana pelantikan Khulafa’ Rashidin iaitu khalifah empat selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W secara dasarnya adalah amalan kronisme. “Mereka semua adalah kroni nabi kerana Abu Bakar, Usman, Omar merupakan bapa mentua dan Ali pula adalah menantu serta anak saudara kepada baginda.

Mereka semua ada kaitan dengan nabi, kroni boleh dalam Islam selagi mereka ada merit,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Forum Rangkaian Perniagaan Muslim Antarabangsa suatu masa lalu.

Menteri Besar Kelantan itu mengulas gesaan Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad supaya beliau menjelaskan pelantikan menantunya, Ariff Fahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Diberitakan juga bahawa anggota Badan Pencegah Rasuah memasuki premis PMBK di sini untuk meneliti beberapa dokumen berhubung beberapa isu berbangkit termasuk salah guna kuasa setelah badan itu menerima surat layang mengenainya.

Read more...

'Kickdefella' kata Kolonel Mat Yang Dimaksudkan Nik Aziz Itu Ayahnya...

Bekas Pegawai Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Abdul Aziz membuat pengakuan bahawa arwah ayahnya, Leftenan Kolonel Syed Abdul Aziz turut dikenali dengan nama 'Kolonel Mat', nama yang disebut Oleh pemimpin PAS sebagai individu yang cuba menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan.

Dalam posting terbaru di laman blognya 'Kickdefella' kelmarin, beliau berkata masyarakat di Kelantan turut memanggil ayahnya dengan gelaran 'Syed Amat'. "Di kampung, bagi orang yang kurang mesra dengan Syed Amat, mereka panggil dia 'Kolonel Mat'.

"'Kolonel Mat' yang saya kenali ialah arwah ayah saya, "katanya dalam posting terbaru di blognya kelmarin.

Menurut Syed Azidi, pangkat tertinggi arwah ayahnya dalam angkatan tentera ialah sebagai Leftenan Kolonel. "Walaupun beliau tidak pernah diangkat ke pangkat Kolonel penuh, tetapi menjadi lumrah Leftenan Kolonel dipanggil Kolonel sahaja.

Jelasnya, Kolonel Mat ialah anak kepada arwah Abid Razak yang pernah menjadi Dresser di Hospital Besar Kota Bharu. "Kolonel Mat menyertai tentera sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Selepas menerima tauliah perlantikan, Kolonel Mat pulang ke Kelantan mengahwini anak sepupu Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang bernama Tuan Bidah Tuan Long.

Waktu itu Nik Aziz dikenali dengan panggilan Ayah Zit oleh saudara mara," katanya. Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Nik Aziz Khamis lalu, bahawa wujud konspirasi yang didalangi oleh 'Kolonel Mat' untuk menjatuhkannya daripada jawatan Menteri Besar dan Kerajaan PAS Kelantan.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun dipetik sebagai berkata 'Kolonel Mat' yang disebut oleh Nik Aziz itu tidak merujuk kepada mana-mana individu sebaliknya ia hanya satu simbol mengenai wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan kepimpinan PAS di Kelantan.

Mengulas lanjut mengenai isu 'Kolonel Mat', Azidi berkata, ayahnya telah meninggal dunia enam tahun yang lalu. "'Kolonel Mat' yang saya kenali itu telah meninggal dunia pada jam 7.40 petang pada 7 Oktober 2003 di Hospital Pakar Subang Jaya. "Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keenam-enam anaknya," katanya.

Pada 11 November lalu, Syed Azidi yang dipecat oleh menantu Nik Aziz,Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBK berkata beliau bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku dalam perbadanan itu.

Isu menantu Nik Aziz itu timbul setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu PMBK dua kali untuk menyiasat dakwaan surat layang berhubung tuduhan kronisme, salah guna kuasa dan mempersoalkan pelantikan anggota keluarga terdekat menerajui syarikat milik kerajaan (GLC) awal bulan ini.

Read more...

Sunday, 29 November 2009

Betapa Buruknya Akibat Mungkir JANJI

Satu perkataan yang mengandungi lima huruf ini terkandung nilainya yang berbeza-beza, mungkin bernilai kecil atau bernilai besar, bernilai rendah atau bernilai tinggi terpulanglah kepada situasinya.

Apakah janji yang paling besar di dalam sesuatu keluarga, janji tersebut tentulah ikatan perkahwinan, mungkir sahaja perjanjian ini maka rosaklah rumahtangga.

Manakala persatuan dan pertubuhan janjinya ialah terkandung di dalam peraturan- peraturan kecil atau perlembagaannya, Jika peraturan ini tidak diikuti maka hilanglah kepercayaan ahlinya terhadap pegawai atau jawatankuasanya.

Apakah pula janji yang paling besar di dalam sesuatu negeri, tentulah perlembagaannya, kiranya ini tidak dipatuhi porak- perandalah rakyatnya,

Apakah pula janji yang paling besar di dalam sesuatu negara, tentulah juga perlembagaannya, jika ini tidak dihormati dan dipatuhi maka porak-perandalah juga rakyatnya.

Mengapakah perlunya perjanjian, perjanjian memang sangat diperlukan untuk menyatupadukan manusia, untuk menghalang manusia menindas di antara satu sama lain, untuk manusia mengetahui sempadan dan had pergerakannya serta sedar akan hak diri sendiri dan orang lain secara adil, bukan secara saksama. sebaliknya berbeza-beza mengikut situasinya, untuk memahaminya perlulah merujuk kepada rasional asal perjanjian dan keadilannya.
Mungkir janji sesama manusia akan mencipta suasana kehidupan menjadi porak peranda dan kucar kacir. Islam melarang sikap tersebut.
_____________________

Renungi maksud Hadis berikut:

(1) "Empat perkara sesiapa yang memilikinya adalah dia munafik yang nyata dan sesiapa yang memiliki satu daripadanya dia memiliki satu sifat munafik,
Apabila bercakap dia berbohong,
Apabila diamanahkan dia khianat.
Apabila berjanji dia mungkiri,
Apabila bergaduh dia melampau".

(2) "Nyawa orang mukmin itu tergantung dengan hutangnya, sehingga hutang itu dibayar".
______________________

Demikianlah di antara contoh perjanjian kita sesama manusia dan perjanjian kita dengan Allah adalah amanah yang paling utama disempurnakan tanggungjawabnya.
Janji dan perjanjian sebenarnya amat luas pengertiannya sentuhan ini hanyalah mencakup sebahagiannya sahaja.

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP