Tuesday 29 December 2009

Janji Musbah Diambang Pembuangan Undi PRU-12

BIARKAN saya mengemudi pembasmian kemiskinan di Dearah ini, ini janji saya kata Musbah menjalang 12 Mac 2008.

Janji itu kini secara perlahan dikotakan oleh oleh ADUN Tempasuk ini. Secara pelahan namun bersambungan, rancangan pembasmian kemiskinan terus dilaksanakan.

Projek Agropolitian dan Jelapang Padi yang disambut sinis oleh beberapa pemimpin Kota Belud telahpun take off. Dijangkakan pada tahun 2011, prasarana dan hasilnya akan dinikmati oleh rakyat Kota Belud yang memperlukannya.

Datuk Japlin yang dilantik sebagai pembantu menteri kerjaraya,adalah YB yang bertanggungjawab menyediakan prasana kemudahan jalanraya, Rahmah Dahlan sebagai MP Kota Belud dipertanggungjawabkan untuk kemajuan dan pembagunan pendidikan, manakala Albert Timbun Lagadan sebagai pemabntu menteri kebajikan dipertanggungjawabkan untuk menangani soal-soal kebajikan.

Team pembagunan rakyat sebenarnya telah ada hanya tinggal melihat keberkesanannya.

Bagi Team atau pasukan ini, berpolitik cuba diketepikan, matalamat mereka adalah membina legasi dalam hal kemajuan dan pembangunan rakyat, demikian cita-cita Musbah.

Read more...

Sunday 27 December 2009

Desakan Pemberian Royalti Minyak Kepada Kelantan

SEBUAH NGO yang baru ditubuhkan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) mendesak Kerajaan Pusat supaya segera menunaikan janji dan tanggungjawab untuk membayar royalti petroleum kepada kerajaan di negeri-negeri dari mana minyak telah dikeluarkan untuk kebaikan dan manfaat rakyat.

Gegar adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang dilancarkan pada awal bulan ini untuk mencetuskan kesedaran rakyat dan menuntut kerajaan mengembalikan royalti minyak kepada rakyat yang berhak.
 
Hujah utama mengapa kerajaan mesti mengembalikan wang royalti kepada negeri ialah komitmen kerajaan sendiri seperti mana yang telah disebut oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein pada 12 Disember 1975 di Parlimen bahawa kerajaan telah bersetuju untuk membayar wang tunai tersebut kepada negeri.

Selain itu,  perjanjian telah dibuat pada 1975 antara Menteri-menteri Besar Semenanjung dengan Pengerusi Petronas untuk memberi lima peratus royalti kepada negeri.
 
Dan berdasarkan niat dan amalan, Petronas telahpun membayar kepada kerajaan negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak.
 
Khusus untuk Kelantan mislanya, pengeluaran minyak adalah dalam perairan Kelantan berdasarkan pada takrifan kawasan perairan negeri seperti mana perjanjian UNCLOS 3 (United Nations Convention on the Law of the Sea) 1982 yang ditandatangani oleh Malaysia, yang menetapkan negeri mempunyai hak Zon Ekonomi Eksklusif menjangkau jarak 200 batu nautika.

Justeru,  pernyataan yang menyatakan jarak tiga batu nautika adalah mengelirukan kerana Akta Darurat yang digubal pada tahun 1969 adalah khusus dan ketika itu Akta Kemajuan Petroleum masih tidak wujud.

Ada lima sebab mengapa kerajaan Pusat mesti mengembalikan royalti petroleum kepada rakyat melalui kedua-dua kerajaan negeri itu.

Pertama, perjanjian yang telah ditandatangani antara Menteri-menteri Besar bagi negeri-negeri di Semenanjung pada tahun 1975 dengan Pengerusi Petronas ketika itu, iaitu Tengku Razaleigh Hamzah adalah sah dan Petronas adalah terikat kepada perjanjian ini.

Bagi Negeri Terengganu, pemberian royalti yang telah diberikan bermula 1978 sehinggalah ianya diubah kepada “wang ehsan” pada tahun tahun 2000. Persoalannya, kenapa dulu dikenali sebagai royalti dan kenapa sekarang ianya dikenali sebagai wang ehsan sedangkan berdasarkan kepada perjanjian, dengan terang ianya ditakrifkan sebagai royalti dan bukan ehsan.

Bagi negeri Kelantan, perjanjian telah ditandatangani antara Menteri Besar ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas. Perjanjian ini telah mengikat kerajaan Persekutuan untuk memberi royalti kepada kerajaan Kelantan sebanyak lima peratus setahun dan dibayar tunai dua kali setahun. Perjanjian ini tidak pernah dibatalkan.

Kedua, Akta Kemajuan Petroleum 1974 seksyen 4 telah menetapkan supaya Perbadanan (Petronas) hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai kepada kerajaan negeri sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak bagi negeri tersebut. Berasaskan peruntukan ini, penganugerahan wang tunai kepada negeri-negeri yang perairannya mempunyai minyak telah dibuat sejak dahulu.

Ketiga, kenyataan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa negeri Kelantan dan Terengganu tidak layak untuk mendapat royalti petroleum kerana petroleum yang dikeluarkan adalah dari luar kawasan perairan negeri-negeri ini (luar states territorial waters’ – ukuran melebihi tiga batu nautika seperti dalam Akta Pelantar Benua 1966) adalah tidak relevan dalam konteks pengeluaran minyak dan pembayaran royalti ini.

Sebagai contoh, perjanjian yang telah ditandatangi oleh Menteri Besar Kelantan pada tahun 1975 dengan Pengerusi Petronas tidak menetapkan perkara ini sebagai syarat.

Malah, berdasarkan hansard soal jawab Parlimen bertarikh 12 November 1975, Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Razak ketika menjawab soalan di Parlimen menjelaskan bahawa mengikut perjanjian, tiap-tiap negeri akan menerima lima peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi di negeri masing-masing sama ada yang diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut.

Dari segi sejarah, pembayaran royalti minyak kepada kerajaan Terengganu telah dibuat walaupun pelantar cari gali minyaknya berada di luar dari tiga batu nautika.

Pelantar minyak negeri Terengganu terletak 220 kilometer di perairan Laut China Selatan sedangkan pelantar minyak di Kelantan terletak 170 kilometer di Zon Ekonomi Eksklusif yang diusahakan antara Petronas dengan Kerajaan Thailand di Laut China Selatan/Teluk Siam.

Keempat, pembayaran yang sepatunya adalah royalti dan bukan wang ehsan. Perjanjian pada 1975 itu menyebut pembayaran wang tunai dan bukan wang ehsan. Wang ehsan dan royalti adalah berbeza kerana wang ehsan memberi makna pemberian simpati sedang wang royalti adalah wang yang mesti dibayar hasil daripada perjanjian dan perundingan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Wang royalti hendaklah dibayar kepada kerajaan yang mentadbir secara sah di sesebuah negeri berkenaan. Sebaliknya, pembayaran wang ehsan kepada jabatan persekutuan yang beroperasi di negeri akan membuka peluang kepada pembaziran, pertindihan dan penggunaan wang secara tidak optimum kerana perancangan dan pembangunan untuk rakyat di negeri adalah dipimpin oleh kerajaan negeri.

Kelima, Kerajaan Persekutuan mestilah secara adil menegakkan konsep federalisme (persekutuan) kepada semua negeri di Malaysia.

Konsep federalisme menekankan kepentingan hubungan yang harmoni dan berkesan antara kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri setelah bidang kuasa kerajaan Pusat dan kerajaan negeri ditetapkan dalam perlembagaan negara.

Dalam amalan federalisme, negeri yang berada dalam Persekutuan diberikan kuasa autonomi untuk membolehkan mereka mentadbir urus di bawah bidang kuasa mereka dengan berkesan.

Melalui perhubungan yang jelas, baik dan terjamin inilah pembangunan untuk kepentingan rakyat dapat diusahakan dengan berkesan.

Dalam konteks ini, pemberian wang royalti oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri adalah bukti penegakan konsep federalisme kerana kerajaan negeri berhak untuk merancang dan menentukan penggunaan wang royalti untuk kepentingan rakyat negeri berdasarkan bidang kuasa negeri.

Dengan itu, kata mereka, hujah pihak yang menolak pembayaran royalti iaitu minyak yang dikeluarkan adalah dari luar kawasan perairan negeri; negeri hanya layak menuntut jika minyak ditemui dalam jarak tiga batu nautika serta negeri (seperti Kelantan) tidak layak menuntut royalti minyak daripada Zon Ekonomi Eksklusif kerana ia bukan negeri adalah tidak dapat dipertahankan.

“Kesemua fakta dan hujah di atas menunjukkan kerajaan Persekutuan tidak ada pilihan melainkan membayar royalti kepada kerajaan negeri yang berkenaan yang seharusnya menggunakannya dengan sebaik-baik untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat jelata,” ujar mereka.

Read more...

Friday 25 December 2009

PMR: 28,188 Pelajar Peroleh Semua A

PUTRAJAYA: Seramai 28,188 pelajar memperolehi A bagi semua mata pelajaran dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini berbanding 26,378 bagi tahun sebelumnya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, pencapaian cemerlang itu dengan A bagi setiap mata pelajaran telah meningkat sebanyak 0.41 peratus.

Menurutnya, seramai 281,781 calon PMR pada tahun ini memperolehi sekurang-kurangnya gred D bagi semua mata pelajaran berbanding 278,767 calon pada tahun lalu.

"Seramai 397 calon mendapat E untuk semua mata pelajaran berbanding 440 calon pada tahun lalu. Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR 2009 dalam 16 mata pelajaran adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya.

"Nilai Gred Purata Nasional (GPN) pula meningkat dari 2.83 pada tahun 2008 kepada 2.78 (2009) tahun ini. Nilai GPN yang lebih kecil adalah lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan analisis keputusan PMR 2009 di bilik mesyuarat Kementerian Pelajaran, semalam.

Calon-calon PMR diukur daripada empat indikator iaitu, pencapaian cemerlang (semua A), pencapaian yang baik (minimum D), pencapaian sangat lemah (semua E) dan pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional(GPN).

Sementara itu, Alimuddin memberitahu, jurang perbezaan pencapaian antara calon bandar dan luar bandar pada keseluruhannya semakin rapat.

Jelasnya, nilai GPN calon bandar meningkat dari 2.72 kepada 2.68 manakala calon luar bandar dari 3.02 kepada 2.97.

"Bilangan calon bandar yang mendapat semua A meningkat daripada 7.86 peratus kepada 8.31 peratus manakala calon luar bandar meningkat dari 2.75 peratus kepada 3.09 peratus," ujarnya.

Bagi calon istimewa yang mengalami rabun serta pendengaran pula, Alimuddin berkata, seramai tujuh calon mendapat semua A.

Berhubung dari segi prestasi mata pelajaran, beliau menjelaskan kesemua mata pelajaran menunjukkan sama ada tiada perubahan atau meningkat sedikit kecuali mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Punjabi.

"Diukur dari Gred Purata Mata Pelajaran, Bahasa Melayu menurun dari 2.40 kepada 2.42, Bahasa Inggeris turun dari 3.21 kepada 3.25 dan Bahasa Punjabi turun dari 1.70 kepada 2.02," katanya.

Dalam pada itu, Alimuddin memberitahu, seramai 12 calon Sekolah Seni Malaysia memperolehi gred A bagi semua mata pelajaran teras yang diduduki dalam PMR tahun ini.

Kementerian Pelajaran buat julung kali memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Kesenian dalam PMR tahun ini.

Calon yang mengambil mata pelajaran tersebut mulai tingkatan satu pada tahun 2007 belajar di Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Seni Kuching.

Empat bidang kesenian yang ditawarkan ialah Tari, Muzik, Teater dan Seni Visual.

"Bidang teater menunjukkan pencapaian tertinggi dari segi peratusan bilangan memperoleh Band 4 (tertinggi), diikuti Muzik, Seni Visual dan Tari," katanya.

Sejumlah 475,182 calon yang menduduki PMR tahun ini. Daripada jumlah itu, 442,611 (93.1 peratus) adalah calon daripada sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran.

"Manakala 4,150 pelajar (0.9 peratus) adalah calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), 13,234 (2.8 peratus) calon sekolah swasta, 13,561 calon sekolah agama tadbiran kerajaan negeri (2.9 peratus), 1,288 calon (0.2 peratus) sekolah agama rakyat dan 333 calon (0.1 peratus) persendirian.

Read more...

Saturday 19 December 2009

Pakatan Sepakat Untuk Kuasai Putrajaya

Pakatan Rakyat mempertingkatkan usahanya untuk menguasai Putrajaya dengan mengumumkan dasar bersama Pakatan yang menjanjikan pembaharuan segera dan kesaksamaan.

Sebagai respons kepada musuh politiknya, Barisan Nasional, dasar bersama itu berjanji untuk mengurangkan dasar-dasar yang berasaskan kaum dan menggubal akta hubungan kaum dan akta peluang saksama serta dasar-dasar lain yang berasaskan merit seperti pemberian biasiswa kerajaan.

Ia turut menjanjikan layanan istimewa kepada Sabah dan Sarawak - di mana pengaruh Pakatan tidak kuat - dengan menjanjikan akses kepada royalti minyak serta berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sudah lama berlanjutan.

Pakatan juga berjanji untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan isu-isu membabitkan isu pendatang haram, yang didakwanya tidak diberi perhatian oleh kerajaan pusat.

Sokongan kuat dari dua negeri Malaysia Timur itu amat penting dalam usaha Pakatan untuk menguasai Putrajaya dalam pilihanraya umum kerana satu perempat jumlah kerusi parlimen adalah dari sana.

Pakatan juga berjanji untuk menangani isu-isu agama yang selama ini telah menimbulkan pergeseran antara parti Islam PAS dan parti sekular DAP.

Di samping itu, Pakatan juga berjanji untuk mewujudkan satu mekanisme yang komprehensif untuk menangani kes-kes di mana berlaku bertindihan antara undang-undang sivil dan Syariah.

Untuk tujuan itu, sebuah suruhanjaya diraja akan ditubuhkan untuk mengkaji secara mendalam isu-isu yang berkaitan dengannya.

Read more...

Thursday 17 December 2009

Kesan Ahli Parlimen Sibuk! Bajet BN 2010 Hampir Ditolak

NASIB BAIK ada 7 Menteri, 20 Timbalan, dan 39 Backbencher, bajet 2010 boleh ditolak Parlimen. 66 yang hadhir untuk membolehkan majoriti 3 meluluskan bajet 2010. Hingga 2 orang Penolong Speaker terpaksa mengundi serta.

Kita boleh faham jika Menteri atau Timbalan Menteri tidak hadhir. Kenapa pula sampai 41 orang Backbencher tidak hadhir. Akhirnya terpaksa PM, dan TPM lari untuk hadhir.

Menurut Agendadaily, 41 SENARAI Backbencher yang tidak hadhir adalah berikut ini:

Mereka ialah Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (Lipis), Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fakri Kuala Nerus), Datuk Abdul Manan Ismail (Paya Besar), Datuk Paduka Abu Bakar Taib (Langkawi), Salleh Kalbi (Silam), Datuk Abd Rahman Dahlan (Kota Belud), Alexander Nanta Linggi (Kapit), Aaron Ago Dagang (Kanowit), Yussof Mahal (Labuan), Datuk Abd Rahman Bakri (Sabak Bernam), Datuk Lillah Yasin (Jempol), Datuk Raime Unggi (Tenom), Ding Kuong Hiing (Sarikei), Hasbi Habibollah (Limbang), Sairingan Gubat (Ranau).

Mohd Nizar Zakaria (Parit), Masir Kujat (Sri Aman), Datuk Sapawi Ahmad (Sipitang), Liang Teck Meng (Simpang Renggam), Chua Tee Yong (Labis), Mohd Nor Othman (Hulu Terengganu), Datuk Wira Ahmad Hamzah (Jasin), Matulidi Jusoh (Dungun), Datuk Mohamed Aziz (Sri Gading), Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed (Sepang), Datuk Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru).

Datuk Ismail Abd Mutalib (Maran), Ir Hamim Samuri (Ledang), Datuk Baharum Mohamed (Sekijang), Datuk Dr Abdullah Md Zin (Besut), Datuk Ismail Kasim (Arau), William@Nyallau Badak (Lubok Antu), Datuk Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), Datuk Halimah Sadidque (Tenggara), Datuk Mohd Jidin Shafee (Setiu), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong) dan Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong).Kalau sudah tak mahu hadhir, usahlah jadi MP lagi. Baik, Najib gugurkan saja di PRU akan datang.

Read more...

Monday 14 December 2009

Hanya 8,798 Nelayan Dapat Bantuan Sara Hidup! Nelayan Kota Belud Berapa Orang Dapat?

PAPAR 13 Dis. - Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM15 juta sejak Jun tahun lalu bagi membayar elaun sara hidup kepada 8,798 nelayan di negeri ini.

Pengerusi LKIM, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata, beliau berharap para nelayan di negeri ini dapat memanfaatkan bantuan yang dibayar melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) itu dengan sebaik mungkin bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

"Jika dua bulan lalu jumlah penerima elaun itu kira-kira 6,000 orang tetapi kini jumlahnya telah melebihi sasaran sebanyak 8,000 orang," katanya ketika berucap pada majlis perasmian program penerangan elaun sara hidup nelayan dan dialog bersama jabatan kerajaan di dewan perpustakaan daerah di sini hari ini.

Turut bersama di majlis itu Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Papar, Abdul Bakar Jamil. Menurut Abdul Rahim, elaun sebanyak RM200 sebulan itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan untuk membantu meningkatkan taraf hidup nelayan. Katanya, selain bantuan tersebut LKIM turut menyediakan pelbagai bantuan lain seperti bantuan bot, insentif ikan 10 sen sekilogram serta subsidi minyak diesel dan petrol. "Jadi diharapkan masyarakat nelayan memanfaat dan menggunakan bantuan yang diberikan itu sebaik-baiknya tanpa ada unsur-unsur penyelewengan dan salah guna. "Kita juga akan meneruskan pemberian elaun sara hidup nelayan ini di seluruh negeri pada tahun hadapan," katanya.

Sementara itu katanya, LKIM juga akan melaksanakan projek pembinaan dan menaik taraf jeti di seluruh negara di bawah pakej rangsangan ekonomi bagi memperkasakan sektor perikanan.

Read more...

Thursday 10 December 2009

Kerana DAP Pemimpin Pas Bercangah Sesama Sendiri Isu Dana Bina Masjid

Timbalan presiden PAS menggesa isu peruntukan besar untuk pembinaan masjid, tetapi rumah ibadat bukan Islam diabaikan, tidak dibesar-besarkan lagi oleh DAP seperti diungkitkan seorang ahli parlimennya.

Namun beberapa ahli parlimen PAS yang diketuai bendahari pusatnya Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) pula menyokong Nga Kor Ming (Taiping), yang juga setiausaha DAP Perak berhubung isu tersebut.

Nasharudin Mat Isa bimbang kenyataan Nga boleh membangkitkan sentimen agama dan menimbulkan salah faham umat Islam.

Beliau (foto kanan), yang juga ahli parlimen Bachok, berkata salah faham dalam isu seumpama ini boleh "dijadikan bahan untuk merungkai kesepaduan Pakatan Rakyat."

Di Dewan Rakyat kelmarin, Nga mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun hingga 2008, sedangkan kerajaan didakwa gagal membina rumah ibadat agama lain dalam tempoh tersebut.

Kenyataannya itu dilaporkan dipertikaikan oleh seorang lagi ahli parlimen, Datuk Ibrahim Ali, yang menyifatkannya "biadap" dan "dan cuba menyalakan api dalam sekam".

"Dia (Nga) boleh desak kerajaan beri peruntukan lebih untuk kegiatan agama lain tetapi dia tak boleh membandingkan peruntukan yang diberi oleh kerajaan untuk pembinaan masjid.

"Apabila itu berlaku apatah lagi dibuat di luar Parlimen, maka ini sudah jadi hasutan selain satu kenyataan politik yang cuba menimbulkan pergaduhan agama," Ibrahim, yang juga presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), dipetik berkata semalam.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Nasharudin bagaimanapun berkata orang bukan Islam berhak "menuntut pembinaan rumah ibadat mereka tetapi bukan dengan mempertikaikan atau membandingkan hak agama Islam sebagai agama rasmi."

"Kerajaan juga turut digesa untuk berlaku adil kepada semua rakyat dalam memenuhi keperluan mereka seperti mana yang telah digariskan dalam lunas perlembagaan negara," katanya.

Beliau juga berharap pemimpin-pemimpin gabungan pembangkang menggunakan "saluran dalaman" untuk membangkitkan isu-isu yang disifatkannya "menyinggung sensitiviti agama dan bangsa".

"(Cadangan) ini bagi mengelakkan sebarang polemik seperti mana yang pernah melanda Pakatan Rakyat sebelum daripada ini," kata Nasharudin lagi.

Sementara itu, Dr Mohd Hatta dan dua lagi wakil rakyat PAS bersama Nga (foto kiri) mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen untuk mempertahankan pemimpin DAP itu.

Turut hadir, ahli parlimen PKR bagi Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Dr Mohd Hatta menyalahkan Utusan Malaysia, yang melaporkan isu ini di halaman depannya hari ini, dengan menyifatkan ia telah melanggar etika kewartawanan.

Bersama ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Titiwangsa) dan Khalid Samad (Shah Alam), beliau bertegas akan mempertahankan Nga.

Wartawan akhbar itu, yang berada di situ, menafikan ia membesar-besarkan isu tersebut, sebaliknya menyatakan ia hanya melaporkan kenyataan beberapa pihak yang tidak berpuas hati pada Nga.

Dalam sidang media sama, Nga menafikan beliau mempertikaikan Islam apabila membuat perbandingan peruntukan untuk masjid dan rumah ibadat bukan Islam.

Laporan Bernama pula menyebut PERKASA Pahang hari ini membuat aduan di balai polis Bentong terhadap Nga.

Yang dipertuanya Dr Zubir Harun dilaporkan berkata kenyataan Nga
"amat menghina agama Islam, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta berbaur hasutan yang boleh menyebabkan pergaduhan agama yang serius.

Read more...

Friday 4 December 2009

Pelaksanaan GST Akan Bantu Malaysia Atasi Penurunan Hasil Cukai

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan membantu Malaysia mengatasi penurunan dalam hasil cukai, selari dengan penurunan rizab minyak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata walaupun pendapatan dan pertumbuhan negara bergantung kepada hasil minyak, sumber pendapatan akan habis perlahan-lahan memandangkan sumbernya tidak dapat ditentukan.

"Bagi meneruskan GST, kami akan laksanakannya secara berstruktur dan perlahan-lahan, dengan cukai diperkenalkan secara semula jadi, selari dengan paras semasa perkhidmatan dan cukai jualan supaya ia tidak membebankan," katanya pada jamuan malam Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia ke-41 di sini.

Najib berkata barangan asas dan keperluan akan dikecualikan bagi memastikan kutipan cukai pada tahap yang cekap.

Beliau berkata sistem kutipan akan sentiasa dianalisis bagi memastikan tahap kutipan cukai yang cekap.

"Matamat kami bukan cukai asas barangan dan perkhidmatan, tetapi meluaskan asas kutipan hasil supaya kita tidak terlalu bergantung kepada satu sektor untuk menjana pertumbuhan masa depan negara.

Read more...

Wednesday 2 December 2009

Hanya Otak Anwar Ibrahim Masuk Kelas Dunia


Majalah Foreign Policy yang berpusat di Washington DC telah menyenaraikan 100 individu yang telah menyumbangkan buah fikiran terbaik mereka untuk kemakmuran masyarakat dunia.

Anwar Ibrahim telah tersenarai sebagai orang yang ke 32. Ben Bernanke tercatat sebagai orang pertama. Dick Cheney tercatat pemikir yang ke 13. Manakala Paul Kennedy, seorang sejarawan di Universiti Yale adalah pemikir yang ke 100

Read more...

Tuesday 1 December 2009

Subsidi Gula Mungkin Dimansuh??


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mengkaji cadangan pelbagai pihak supaya menarik balik subsidi gula dalam usaha mengurangkan kadar pengambilan bahan itu di kalangan rakyat Malaysia.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian memandang serius cadangan tersebut dan keputusan sama ada mahu memansuhkan subsidi gula akan dibincangkan di peringkat kabinet tidak lama lagi.

"Kami masih membuat penelitian sama ada mahu mengurangkan atau memansuhkan terus subsidi gula yang diberi kerajaan.

"Kami akui subsidi gula yang diberi amat tinggi justeru kami sedang mengkaji cadangan beberapa pihak supaya memansuhkannya memandangkan gula bukanlah satu keperluan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata setakat ini kerajaan memperuntukkan RM720 juta setahun bagi menanggung kos subsidi gula bagi mengekalkan harga gula bertapis pada paras RM1.45 sekilogram.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata harga gula dijangka mencecah RM2.45 sekilogram tahun depan jika kementerian mengambil keputusan untuk memansuhkan subsidi gula.

Katanya, faktor cadangan pemansuhan subsidi itu dipertimbangkan antaranya kerana Malaysia satu-satunya negara yang membekalkan subsidi gula kepada rakyat.

Selain itu, katanya, ia sebagai menyokong usaha mewujudkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat negara ini.

Terdahulu, Presiden CAP SM Mohamed Idris turut menggesa kerajaan agar menghapuskan subsidi gula selepas beberapa persatuan pengguna lain turut mencadangkan usul yang sama baru-baru ini. BERNAMA

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP