Saturday 31 October 2009

Nizar News: Untuk Musa Aman: Ingat-ingatlah Pejuang Lama

Ketika Datuk Seri Dr.Mahathir datang ke Sabah, satu hari dalam bulan Februari 1990, ramai orang USNO yang ingin menyambutnya. Waktu itu, Kerajaan PBS yang memerintah, dan orang-orang USNO merasakan diri mereka tertekan.

Jadi apabila Dr.Mahathir, waktu itu Perdana Menteri, mahu datang ke Kota Kinabalu, ramailah orang kampung dari seluruh pelusuk Sabah yang mahu berhimpun di ibu negeri untuk mengalu-alukan beliau.

"Adik tahu apa permintaan USNO kepada pihak polis waktu itu" tanya Ridi Alawangsa kepada saya.Saya menggelengkan kepada.USNO minta satu saja. Permintaan yang sangat kecil.USNO tidak minta banyak, kata Ridi yang waktu itu Ahli Majlis Tertinggi USNO.

"USNO hanya minta Polis tidak keluarkan saman trafik," katanya. Kalau polis keluarkan saman trafik waktu itu, maka ramailah penyokong USNO dari luar bandar yang hadir menyambut PM akan kena saman kerana kebanyakan kereta mereka tidak ada `road tax', " katanya.

Bayangkan betapa susahnya penyokong-penyokong dan pejuang USNO ketika itu. Bayar cukai jalan pun tak ada duit.

Tapi pejuang-pejuang itu, bila kita sudah memerintah, ramai yang dilupakan atau terlupakan.

Bayangkan orang-orang yang berjuang dahulu, orang sekarang tengok pun tidak! Apatah lagi untuk memberi sesuatu untuk menghargai jasa mereka.

Saya percaya perjuangan mereka dahulu ikhlas. Sangat ikhlas sehingga sanggup disaman semata-mata untuk datang ke KK bagi menjayakan satu perjuangan.

Saya sengaja menulis satu kisah, hanya satu kisah sederhana mengenai masa lalu itu, sewaktu jiwa kita ghairah menggelora dan semangat menggebu-gebu.

Mungkin jarang orang yang ingat sekarang ini.

Read more...

Nizar News: Pelik Tapi Nyata: Penduduk Klang Tak Kenal SIAPA BADRUL

Read more...

Nizar-Zambry: PKR Hanya Untuk Anwar, Azizah dan Azmin: Ali Alhabshee

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya dikuasai tiga individu atau 3A, iaitu Anwar, Azmin dan Azizah.

Oleh sebab itu katanya, semakin ramai pemimpin, wakil rakyat dan ahli PKR bertindak keluar parti kerana kecewa dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Datin Seri Wan Azizah Ismail.

“3A inilah dikatakan mencorak dan menguasai parti serta bertindak secara diktator termasuk memperalatkan rakyat bagi memenuhi agenda politik peribadi mereka,” ujarnya.

Katanya, mana-mana pemimpin PKR yang cuba menentang kepimpinan 3A akan dikenakan tindakan secara halus termasuk ditekan supaya meletakkan jawatan.

“Inilah taktik Anwar bagi membolehkan pilihan raya kecil di adakan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bertujuan mempopularkan dirinya disamping menguji sokongan rakyat,” katanya.
Bagaimanapun tegas beliau, rakyat kini sudah sedar sejauhmana kredibiliti dan kejujuran Anwar serta keberkesanan PKR terutama di Selangor.
Sehubungan itu, beliau menjangkakan lebih ramai lagi wakil rakyat PKR akan menuruti jejak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah keluar daripada PKR.

Dalam masa yang sama, Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan tidak menolak kemungkinan mereka bertiga mempunyai ‘rahsia’ besar yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.

“Melihat kepada telatah politik mereka, saya percaya Azmin tahu rahsia Anwar, begitu juga dengan Wan Azizah. Masing-masing ada rahsia tersendiri,” tambahnya.

Beliau berkata, perletakan jawatan Badrul dan sebelum ini pemimpin utama PKR Sabah, Datuk Jefry Kitingan memberi tamparan hebat kepada PKR dan amat mengecewakan Anwar.

Katanya, Anwar seboleh-bolehnya cuba memberi tekanan kepada Badrul supaya meletakkan jawatan bagi membolehkan satu pilihan raya kecil di adakan.

“Tetapi saya melihat Badrul seperti sudah dapat menjangkakan permainan politik Anwar dan mengambil langkah berani keluar PKR dan mengistiharkan dirinya wakil rakyat Bebas tetapi menyokong Barisan Nasional (BN),” tegasnya.

Mengulas lanjut tindakan ADUN Pelabuhan Klang itu, Syed Ali berkata PKR pimpinan 3A semakin tenat dan tidak lagi mendapat sokongan rakyat.

Katanya, hanya beberapa kerat sahaja pemimpin PKR yang berkepentingan dan memegang jawatan termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang masih menyokong Anwar.

“Pemimpin dan ahli PKR yang tidak ada jawatan semakin hilang dan memencilkan diri kerana kecewa dengan kepimpinan 3A,” ujarnya.

Mengenai kemungkinan Badrul menyertai UMNO atau BN, Syed Ali menjelaskan terlalu awal untuk mengulas perkembangan tersebut.

“Badrul sudah tentu ada pertimbangannya tersendiri apabila bertindak keluar PKR, hanya beliau yang berhak menentukan

Read more...

Nizar -Musa Aman: Permintaan Sederhana Ahli Usno Satu Nostalgia

Ketika Datuk Seri Dr.Mahathir datang ke Sabah, satu hari dalam bulan Februari 1990, ramai orang USNO yang ingin menyambutnya. Waktu itu, Kerajaan PBS yang memerintah, dan orang-orang USNO merasakan diri mereka tertekan.

Jadi apabila Dr.Mahathir, waktu itu Perdana Menteri, mahu datang ke Kota Kinabalu, ramailah orang kampung dari seluruh pelusuk Sabah yang mahu berhimpun di ibu negeri untuk mengalu-alukan beliau.

"Adik tahu apa permintaan USNO kepada pihak polis waktu itu" tanya Ridi Alawangsa kepada saya.Saya menggelengkan kepada.USNO minta satu saja. Permintaan yang sangat kecil.USNO tidak minta banyak, kata Ridi yang waktu itu Ahli Majlis Tertinggi USNO.

"USNO hanya minta Polis tidak keluarkan saman trafik," katanya. Kalau polis keluarkan saman trafik waktu itu, maka ramailah penyokong USNO dari luar bandar yang hadir menyambut PM akan kena saman kerana kebanyakan kereta mereka tidak ada `road tax', " katanya.

Bayangkan betapa susahnya penyokong-penyokong dan pejuang USNO ketika itu. Bayar cukai jalan pun tak ada duit.

Tapi pejuang-pejuang itu, bila kita sudah memerintah, ramai yang dilupakan atau terlupakan.

Bayangkan orang-orang yang berjuang dahulu, orang sekarang tengok pun tidak! Apatah lagi untuk memberi sesuatu untuk menghargai jasa mereka.

Saya percaya perjuangan mereka dahulu ikhlas. Sangat ikhlas sehingga sanggup disaman semata-mata untuk datang ke KK bagi menjayakan satu perjuangan.

Saya sengaja menulis satu kisah, hanya satu kisah sederhana mengenai masa lalu itu, sewaktu jiwa kita ghairah menggelora dan semangat menggebu-gebu.

Mungkin jarang orang yang ingat sekarang ini.

Read more...

Friday 30 October 2009

Nizar News: Pembunuh Seperti Ini Lah Patut Dihukum Dengan Berat

Penjual Air Tebu A.Murugan, 35, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh pembantu rumah warga Indonesia. Dia didakwa membunuh Mantik Bani di No.11, Jalan Datuk Yusuf Shahbudin 6, Taman Sentosa, antara 18 Oktober dan 20 Oktober lepas. Murugan tidak diwakili peguam dan tiada pengakuan direkodkan.-Foto THE STAR Oleh: K.K. SHAM.

KLANG: Seorang penjual air tebu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh pembantu rumah Indonesia, Mantik Bani di rumahnya di Taman Sentosa di sini.

A.Murugan, 35, didakwa membunuh Muntik, 36, di No: 11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa, antara 18 Okt dan 20 Oktober lepas. Tiada pengakuan direkodkan. Murugan tidak diwakili peguam.

Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup memohon mahkamah memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan segera atas alasan kes itu menarik perhatian umum.

Majistret Afifah Mamat@Yusof membenarkan permohonan itu dan menetapkan 3 November ini untuk sebutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Mantik yang berasal dari Surabaya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, pada pukul 10 pagi, 26 Oktober lepas setelah gagal bertindak balas terhadap rawatan yang diberikan. BERNAMA

Read more...

Nizar News: Subsidi Menurut Pandangkan Dr Khir Toyo: Indah Khabar Dari Rupa!!

Bajet 2010 telah pun dibentangkan. Seperti biasa riuh rendah yang dilihat ialah apa aku dapat dan apa kamu dapat. Hakikatnya jarang sekali Bajet kita tidak memberi rangsangan positif sehingga segala ulasan dan pujian menjadi klise.

2. Sesetengah pengulas pula sudah mula membuat pujian sebelum pembentangan dibuat pun. Dan ada pula yang membuatnya sebaik sahaja selesai mendengar ucapan.

3. Banyak isu boleh dibahaskan dan dipersoalkan termasuk isu pemberian keistimewaan potongan cukai profesional di Iskandar Malaysia tetapi tidak kepada koridor-koridor wilayah yang lain, yang lebih penting dari segi potongan cukai ini kerana berada di luar lingkungan skala ekonomi yang mapan seperti Iskandar Malaysia yang berhampiran Singapura.

4. Jika mahu diberi potongan cukai kepada profesional yang sanggup berkhidmat di koridor (wilayah) ekonomi yang diwujudkan kerajaan tentulah wilayah-wilayah ekonomi di Malaysia Timur, Pantai Timur dan Utara lebih wajar diberi keistimewaan kerana kedudukan geografi dan tumpuan ekonomi yang lebih sukar menarik pelaburan dan tenaga profesional.

Buruk Sangatkah Masyarakat Bersubsidi?

5. Saya bukanlah seorang yang terdidik dalam bidang ekonomi. Justeru secara akademiknya saya tidak layak untuk mengulas kenyataan beberapa pemimpin kerajaan baru-baru ini mengenai subsidi.

6. Namun sebagai orang pernah menjadi Menteri Besar sebuah negeri termaju di Malaysia dan mencatatkan pertumbuhan ekonomi memberangsangkan selama pentadbiran saya, tentulah sedikit sebanyak saya fikir boleh memberi buah fikiran dan pandangan mengenai ekonomi negara.

7. Sejak sebulan yang lalu terdapat dua atau tiga menteri bercakap soal penghapusan subsidi dan pemberian subsidi kepada golongan yang layak sahaja. Mereka bercakap seolah-olah subsidi ini begitu buruk dan tidak sewajarnya berterusan dilaksanakan oleh kerajaan.

8. Pemikiran ini tidaklah ada bezanya dengan pemikiran semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ketika itu kita menyaksikan peningkatan mendadak harga petrol, tol, harga barang dan kos sara hidup.

9. Alasan-alasan yang sama akan terus diulang-ulang iaitu subsidi tidak membawa kemampanan (kekukuhan) ekonomi serta merugikan rakyat dan kerajaan.

10. Alasan-alasan ini dicipta oleh pemikir ekonomi berasaskan pemikiran atas kertas dan ada juga kerana mereka yang telah maju mahu mengekalkan kualiti hidup mereka dengan kesusahan kita. Hakikatnya di Eropah dan Amerika Syarikat sendiri jumlah subsidi mereka mencecah berbilion dollar.

11. Subsidi sungguhpun ada keburukan kepada ekonomi negara namun dalam banyak hal ia juga membantu rakyat dan ekonomi. Ada Subsidi membantu mengawal kestabilan ekonomi dan kos sara hidup sekaligus merancakkan pusingan ekonomi hasil daripada nikmat subsidi seperti mana subsidi petrol.

Subsidi Petrol

12. Saya terkejut dengan kenyataan dua Menteri yang menyatakan subsidi petrol hanya akan diberikan kepada kumpulan sasar yakni rakyat berpendapatan rendah.

13. Secara sepintas lalu saya berpendapat ia bukan sahaja sukar dilaksanakan tetapi juga akan memberi kos tambahan kepada pengurusan kerajaan untuk menjalankan sistem pemberian subsidi, penguatkuasaan dan akhirnya akan wujud pelbagai penyelewengan.

14. Memang benar kerajaan tidak mungkin dapat memberi subsidi petrol yang begitu besar kepada rakyat. Sebab itu hari ini rata-rata rakyat yang rasional menerima keputusan pemberian subsidi 30 sen seliter.

15. Siapakah golongan berpendapatan rendah hari ini? Katakanlah kita ambil mereka yang berpendapatan RM 3, 000 dan ke bawah sebulan? Apakah mereka yang berpendapatan RM 3, 000 sebulan di Alor Setar lebih susah daripada mereka yang berpendapatan RM 5, 000 di Kuala Lumpur? Saya tidak ragu menyatakan bahawa mereka yang berpendapatan RM 5, 000 sebulan di Kuala Lumpur lebih miskin daripada mereka yang berpendapatan RM 3, 000 di Alor Setar.

16. Sebenarnya pemberian subsidi petrol seperti sekarang lebih besar faedahnya kepada kerajaan. Kerajaan mungkin terpaksa berbelanja lebih untuk subsidi petrol, namun ia memberi kelegaan kepada golongan berpendapatan rendah dan membolehkan golongan berpendapatan sederhana dan tinggi berbelanja lebih untuk merancakkan ekonomi.

17. Sebagai seorang yang tidak arif dalam ekonomi, saya tertanya-tanya apakah akan terjadi jika golongan berpendapatan sederhana dan tinggi yang terpaksa mengeluarkan begitu banyak wang untuk petrol, cukai pendapatan, cukai jalan mula berjimat, membeli barangan yang sebelum ini hanya untuk golongan bawahan, membeli rumah yang murah dan berhenti berbelanja hujung minggu?

18. Apa akan terjadi kepada putaran ekonomi negara?

19. Pembuat dasar atau polisi tidaklah boleh melihat sesuatu isu ekonomi terutama subsidi barangan penting kepada seluruh rakyat seperti petrol dalam bentuk yang mikro sehingga gagal melihat secara makro.

Subsidi Beras

20. Menyentuh mengenai subsidi ini juga saya tertanya-tanya apakah rasional untuk menghapuskan subsidi kepada pengilang beras yang bertujuan mengawal harga beras ST 15.

21. Menurut Menteri Pertanian, Datuk Noh Omar, penghapusan subsidi ini bertujuan untuk menjimat wang kerajaan sebanyak RM 60 juta sebulan dan mengelakkan mereka yang tidak layak menikmatinya.

22. Kerajaan khabarnya akan mengurangkan kos subsidi beras gred ST15 (15 peratus hancur) sebanyak RM51.5 juta apabila pelaksanaan kupon beras percuma kepada 200,000 keluarga miskin di seluruh negara dilaksanakan bermula 1 Disember ini.

23. Pada masa ini harga sekilo beras ST 15 ialah RM 1.80. Ini bermakna sekampit (10 kilo) beras ST 15 berharga RM 18.00. Dan mengikut maklumat ia akan naik kepada RM 24 sekampit.

24. Berdasarkan harga semasa dan harga tanpa subsidi yang dinyatakan kerajaan, ini bermakna rakyat perlu menampung kenaikan sebanyak RM 6 sekampit. Berasaskan penggunaan biasa, satu isi rumah mungkin memerlukan sekitar 20 kilogram beras sebulan. Sebanyak RM 12 sebulan perlu ditambah dalam perbelanjaan bulanan.

25. Mungkin bagi kabinet kenaikan ini tampak kecil namun ia memberi banyak kesan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

26. Berasaskan penggunaan purata 20 kilogram sebulan, susbsidi kerajaan sebanyak RM 60 juta sebulan; maka dianggarkan terdapat 5 juta rumah yang menggunakan beras jenis ini, (5 juta x RM 12).

27. Katakanlah terdapat kegunaan untuk kedai makan dan asrama, anggaran kovensional ialah sekitar 2 juta rumah yang menggunakannya. Jika terdapat dua hingga tiga orang di dalam rumah tersebut, maka kerajaan BN telah menyebabkan kemarahan hampir 3 juta rakyat yang akan diterjemahkan dalam pilihan raya akan datang.

28. Jika mereka mampu membeli beras yang lebih baik grednya tentulah mereka ini tidak membeli beras ST15. Bayangkan bila kenaikan ini berlaku.

29.Demikian juga di kalangan industri makanan seperti asrama dan kedai makan kecil yang margin keuntungan tidak seberapa terpaksa menanggung kos kenaikan ini?

30. Masalah ini akan berlarutan pula kepada proses pemberian dan pengambilan kupon subsidi. Ahli Parlimen akan mendapat beban politik kerana akan ada yang marah kerana tidak dapat kupon tersebut.

31. Pemberian kupon di Sabah dan Sarawak akan lebih bermasalah. Keadaan geografi dan pengangkutan di kawasan pendalaman mungkin menyebabkan kos pengangkutan untuk mereka yang miskin mendapat kupon lebih tinggi daripada harga kupon sendiri.

32. Ini belum lagi masalah keengganan peruncit untuk menerima kupon.

33. Jika kerajaan mahu menghapuskan subsidi beras ini maka kerajaan juga perlu menghapuskan sebarang kawalan ke atas idustri beras termasuk pemilikan permit masuk dan pelbagai sekatan untuk membawa masuk beras luar?

34. Kerajaan tidak boleh melakukan dua perkara yang kontradik dalam masa yang sama. Dalam keadaan kerajaan tidak mahu menanggung beban kewangan, kerajaan pula mahu bertindak sebagai penguasa yang menghalang rakyat mendapat barangan murah.

35. Kita semua ada membuat kesilapan baik semasa mentadbir mahu pun semasa membuat kenyataan, namun gunakanlah pengalaman tersebut untuk membetulkannya bukannya meneruskan kenyataan-kenyataan tidak berpijak kepada realiti rakyat banyak.

36. Janganlah jadi seperti seorang bekas menteri baru-baru ini membuat kenyataan bahawa beliau terkejut dengan begitu banyak kadar tol yang perlu dibayar sedangkan beliau berada di dalam kabinet semasa membuat keputusan menaikkan kadar tol.

37. Ketika saya menulis sebelum ini bahawa kita tidak mengharapkan kerajaan menjadi sebuah negara kebajikan tetapi negara sejahtera, tentulah saya tidak sama sekali bermaksudkan kerajaan perlu menarik subsidi-subsidi penting seperti petrol dan beras.

38. Kerajaan terlalu banyak membantu golongan miskin dan orang tua sehingga melupakan golongan muda dan berpendapatan sederhana sedangkan mereka ini merupakan majoriti pengundi hari ini.

39. Dalam pilihan raya lalu, Barisan Nasional hampir kalah kerana polisi-polisinya mengabaikan kelompok pengundi terbesar iaitu orang muda dan kumpulan berpendapatan sederhana.

40. Bagaimanakah boleh menjadi sebuah negara sejahtera jika kumpulan majoriti terabai? Jangan nanti subsidi yang diberikan indah khabar dari rupa.

Read more...

Nizar News: Wahai Pemimpin KOTA BELUD: Baca Betul-Betul: Semua Penduduk Layak!!!

Sebanyak 43,500 keluarga miskin tegar berpendapatan RM450 sebulan di bandar dan RM420 di luar bandar akan diberi kupon bagi 30 kilogram beras percuma setiap bulan.

Lebih 150,000 keluarga yang berpendapatan RM1,500 sebulan (bandar) dan RM1,000 (luar bandar) pula akan menerima tiga kupon subsidi masing-masing bernilai RM10 setiap enam bulan sekali.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, penerima kupon RM10 layak membeli beras gred ST15 (15 peratus hancur) yang berharga RM24 pada kadar RM14.

Pemberian kupon akan disalurkan menerusi semua anggota Parlimen termasuk daripada parti pembangkang.

Sebanyak 54,000 peruncit dan 1,200 pemborong di seluruh negara akan diberi surat arahan menerima garis panduan berhubung perkara itu. Pemberian kupon itu akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang November ini.

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Kerajaan akan mengedarkan kupon beras percuma kepada 200,000 keluarga miskin di seluruh negara hujung tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata, pemberian kupon itu akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis di Pekan, Pahang pertengahan November ini.

“Pemberian kupon khas itu adalah menggantikan sistem pemberian subsidi beras kepada pengilang dan pemborong beras yang bernilai RM60 juta sebulan.

“Saya nak tegaskan di sini, skim baru ini bukan bermakna harga beras naik, tetapi ia hanya kerana kerajaan menarik balik subsidi beras yang selama ini diberikan kepada pemborong dan peruncit,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR) kepada para pegawai kerajaan serta anggota Parlimen di sini.

Beliau berkata, menerusi program subsidi itu kira-kira 43,500 keluarga miskin tegar berpendapatan RM450 sebulan di bandar dan RM420 sebulan di luar bandar akan menerima kupon bagi 30 kilogram beras percuma setiap bulan manakala lebih 150,000 keluarga yang berpendapatan RM1,500 sebulan di bandar dan RM1,000 sebulan di luar bandar akan menerima tiga kupon subsidi bernilai RM10 setiap satu enam bulan sekali.

Turut menerima beras percuma dan subsidi beras ialah kira-kira 15,000 keluarga Orang Asli di seluruh negara, katanya. Noh berkata, penerima kupon RM10 melayakkan pemegangnya membeli beras gred ST15 (15 peratus hancur) bagi 10 kilogram yang berharga RM24 pada harga RM14 dan jika mahu membeli beras yang lebih mahal, mereka hanya membayar perbezaan harga beras itu sahaja.

Mengenai pengagihan kupon, Noh berkata, ia akan disalurkan menerusi semua anggota parlimen termasuk daripada parti pembangkang yang kemudiannya akan menyerahkan kepada penerima mengikut senarai yang dikeluarkan portal Pembasmian Kemiskinan ‘e-Kasih‘ Jabatan Perdana Menteri.

Noh berkata, bagi tujuan pelaksanaan sebanyak 54,000 peruncit dan 1,200 pemborong beras di seluruh negara akan diberi surat arahan menerima garis panduan daripada kerajaan mengenai sistem pembelian melalui kupon ini. “Kupon ini sama seperti wang tunai.

Jadi tidak ada sebab kenapa ia tidak diterima (oleh peruncit) dan untuk mendapatkan wang tunai peruncit hanya perlu menyerahkan kupon kepada pemborong dan mereka akan diberikan wang tunai,” katanya.

Beliau berkata, jika ada peruncit yang enggan menerima kupon yang dikemukakan kerajaan akan menarik balik lesen peruncit terbabit. Katanya, sistem baru itu akan dapat memastikan matlamat kerajaan membantu golongan miskin mendapat bekalan beras mencukupi tercapai.

“Selama ini pengilang dan pemborong mengaut keuntungan besar terutama apabila kerajaan membahagikan beras kepada tiga katagori iaitu ST15 (15 peratus hancur), ST10 (10 peratus hancur) dan ST5 (lima peratus hancur).

“Apa yang berlaku sekarang, beras ST15 sukar didapati di pasaran kerana pemborong membungkus semula beras ST15 kepada ST10 atau ST5 yang harganya jauh lebih mahal,” katanya. Ditanya kemungkinan akan berlaku penipuan kualiti, Noh berkata, selepas ini kerajaan membenarkan beras ST15 dan ST5 dijual di pasaran terbuka manakala ST10 akan dimansuhkan. – BERNAMA

Read more...

Nizar News: Pemimpin Seperti Hussam Musa Lah Bermasalah: Bukan Saya!!

Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa semalam menafikan beliau seorang pemimpin 'bermasalah' seperti yang didakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya jika beliau seorang pemimpin bermasalah sudah tentu perwakilan tidak akan memilih beliau dan majoriti yang diperolehnya pada Muktamar Tahunan PAS ke-55 pada Jun lepas menunjukkan sebaliknya.

Nasharuddin, yang terkejut kerana namanya turut disebut oleh Menteri Besar Kelantan itu, bagaimanapun berkata ini adalah amalan biasa bagi pemimpin atasan untuk memberi nasihat kepada anggotanya.

"Cara kami bekerja dalam PAS ialah terutamanya pemimpin atasan lebihlebih lagi beliau (Nik Aziz) sebagai pemimpin berpengaruh sentiasa memberi nasihat kepada kami. "Beliau juga sentiasa mengingatkan kami mengenai sebarang isu dan apa sahaja tetapi dalam kes ini teguran itu datang menerusi blog (Tok Guru)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, semalam.

Penafian itu merupakan kenyataan sulung Nasharuddin sejak Nik Aziz menamakan beliau sebagai antara "dua tiga kerat pemimpin yang bermasalah" dan mencadangkan parti itu mengadakan satu Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menentukan kedudukan pemimpin-pemimpin itu.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.blogtokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin dalam parti itu termasuk menyebut nama Nasharuddin, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Datuk Dr Hassan Ali yang merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Nik Aziz mendakwa perlunya ada perubahan dalam "pemainpemain utama" yang menduduki kerusi kepimpinan PAS di peringkat pusat ini kerana masih berterusan dengan isu kerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Nasharuddin, bagaimanapun berkata Nik Aziz telah memperjelaskan apa yang dimaksudkannya dalam tulisan berkenaan kepada Jawatankuasa PAS Pusat semalam, dan jawatankuasa itu telah membuat keputusan tidak mengadakan EGM sebaliknya digantikan dengan Seminar Politik.

Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat lebih empat jam semalam sebulat suara memutuskan Muktamar Agung Khas (EGM) tidak akan diadakan, dan sebaliknya akan digantikan dengan seminar politik pada 7 Nov ini.

Selain itu, keputusan yang diumumkan Presiden parti itu turut mengarahkan jawatankuasa disiplin parti menyiasat PAS Selangor berhubung isu-isu yang dibangkitkan oleh Pesuruhjaya PAS negeri itu

Read more...

Thursday 29 October 2009

Nizar News: Orang Najib-Musa Aman LENYAP Di Usukan Kota Belud

Bukan kecil tanda tanya pada seluruh masyarakat Usukan..Bukan main juga persoalan yang bersarang di kepala masyarakat Kota Belud..APA sudah jadi dengan Wakil Rakyat Usukan? Di mana sudah YB Japlin? Kenapa tidak kelihatan dalam majlis pemimpin bersama rakyat di kawasan Usukan..? Apakah faktor yang menyebabkan wakil rakyat ini 'membisu seribu bahasa'..malahan jarang kenampakan di daerah ini? Apakah masyarakat di usukan terus-terusan dibiarakan tanpa pembelaan dan perhatian dari wakil rakyatnya?

Sebagai seorang pemimpin dan wakil rakyat yang dilantik dan dimahkotakan sebagai pemimpin, YB Datuk Japlin seharusnya bersikap lebih gentelmen dan berkesungguhan dalam membela nasib dan pembangunan masyarakat di Usukan.. semua orang tahu bahawa, YB Japlin menghadapi beberapa masalah peribadi ,namun tidak harus dijadikan alasan untuk tidak mempedulikan lagi hasrat dan kehendak masyarakat Usukan. Soal peribadi soal lain, tetapi tanggungjawab adalah 'hak' yang diberikan oleh rakyat. Tambahan lagi YB Japlin belum pun diputuskan oleh mahkamah bahawa beliau bersalah, jadi adalah lebih baik jika Wakil Rakyat ini tidak sangat mempedulikan hal-hal yang berkaitan dengan isu SPRM ini.

Wakil rakyat Tempasuk lebih berjaya dan mendekati masyarakat akar Umbi, apakah YB Japlin juga tidak berkesempatan berbuat demikian.? Sedangkan dalam beberapa majlis rasmi YB Usukan dan YB Tempasuk ini kelihatan bersama..seakan-akan mereka mempunyai pertalian 'persahabatan' yang akrab. Masa kan YB Japlin tidak boleh berbincang secara hati ke hati dengan YB Tempasuk ini..Pilihanraya ke -13 masih jauh lagi..Dalam politik penuh dengan misteri yang tak terungkap..segala-galanya mungkin dan kemungkinan itu yang seharusnya difikirkan oleh YB Japlin.

Dengar-dengar khabar juga, YB Japlin sudah tidak mempedulikan hal dan perihal UMNO Bahagian KB. Termasuk juga YB Tempasuk ,Datuk Musbah Jamli. Kerana mungkin tidak wujud kesaksamaan kepimpinan di peringkat bahagian ,maka hal ini berlaku. Sepatutnya perlu hadir ketulusan memikirkan perihal rakyat yang seharusnya dibela dan diutamakan. Mungkin dengan mengambil semangat bahawa UMNO seluruhnya perlu berubah dan berusaha mendekati masyarakat dengan mengutamakan kepentingan parti dan rakyat, maka ketidaksepakatan para pemimpin di KB ini boleh dilangsaikan seadanya.

Sebagai anak watan KB juga pendukung kepada para pemimpin sedia ada, saya berpendirian bahawa para pemimpin harus duduk bersama membincangkan halatuju pembangunan masyarakat di KB. Ambil iktibar kepada apa yang berlaku dalam MCA, bila dua harimau akhirnya duduk semeja dan bertolak ansur. Tea Kiat dan Chua memendamkan perasaan tidak puas hati sebaliknya memikirkan keutuhan parti mereka. Kaum Cina bertindak memikirkan kepentingan kaum mereka di semenanjung. Apakah iktibar ini tidak relevan difikirkan pada peringkat UMNO KB..?

Tidak ada siapa yang dapat mengubah paradigma pemimpin kita di Kb ini kecuali mereka yang mengambil inisiatif memikirkannya. Berkorbanlah atas kepentingan generasi akan datang. Kalau bukan sekarang bila lagi..? Dan buat YB Japlin..'mendiamkan' diri tidak akan menyelesaikan segala kemelut yang berlaku..dedahkan kembali kepimpinan, libatkan diri dalam gerakan kemasyarakatan di Usukan, setidak-tidaknya, USUKAN akan mengingati YB Japlin, pada ketika mereka perlu mengingati anda. Dan ingatlah bahawa seseungguhnya "Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat".

Read more...

Nizar News: Christina Liew Kecewa! Khidmat 9 Tahun Tidak Dihargai

"Ibu saya terpaksa berdepan dengan pandangan serong orang ramai kerana saya telah digantikan (sebagai timbalan pengerusi) atas alasan yang tidak diketahui. "Saya telah bekerja keras selama sembilan tahun untuk mempromosikan PKR Sabah. Oleh kerana parti tidak menghargai sumbangan saya, saya berundur dengan bermaruah sekarang," -Christina Liew

Begitulah ungkapan yang dapat diluahkan oleh Christina Liew atau nama sebenar Liew Chin Jin sebagai melahirkan kekecewaanya terhadap keputusan PKR Pusat yang melakukan penyusunan semula kedudukan kepimpinan PKR Negeri Sabah setelah Azmin Ali mengosongkan kerusi nombor satu PKR Sabah. Christina berkata bahawa selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus. Namun setelah pelantikan Datuk Kong Hong Ming sebagai timbalan pengerusi PKR Sabah dan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah tanggapannya selama ini berubah.

Berikutan dengan itu Christina Liew mengikuti jejak Datuk Dr, Jeffrey Kitingan yang mengosongkan semua jawatan dalam PKR termasuk jawatan di peringkat pusat. Chgristina mengumumkan perletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi PKR Pusat. Buat sementara waktu dia masih mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu. Manakala Jeffrey masih mengekalkan keahliannya dalam PKR.

Christina Liew merupakan calon PKR bagi Parliment Kota Kinabalu yang hanya kalah 106 undi kepada calon DAP Dr. Hiew King Chew. Berikut adalah pencapaian calon-calon dalam pilihanraya 2008 bagi kawasan P.172-Kota Kinabalu di mana Christina Liew @ Liew Chin Jin hanya kalah dengan tipis.

P.172-KOTA KINABALU
KONG YU KIONG
BEBAS
341
HD

CHIN TEK MING
BN
8,420

LIEW CHIN JIN
PKR
9,358

HIEW KING CHEU
DAP
9,464
MNG

JUMLAH PEMILIH :
43,714

KERTAS UNDI DITOLAK :
326

KERTAS UNDI DIKELUARKAN :
28,017

KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :
108

PERATUSAN PENGUNDIAN :
64.09%

MAJORITI :
106

Christina Liew Juga bertanding atas tiket PKR di kerusi DUN Api-Api menentang Dr. Yee Moh Chai. Dalam pertanding ini Christina juga mengalami kekalahan yang tipis. Berikut ada keputusan PRU 12, 2008 itu:-

N.15 - API-API

LIEW CHIN JIN
PKR
3,245

YEE MOH CHAI
BN
3,419
MNG

JUMLAH PEMILIH :
10,775

KERTAS UNDI DITOLAK :
110

KERTAS UNDI DIKELUARKAN :
6,832

KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :
58

PERATUSAN PENGUNDIAN :
63.41%

MAJORITI :
174

Pemimpin PKR Negeri yang menggantikan posisi Christina Liew sebagai orang no 2 dalam PKR Negeri Sabah ialah Kong Hong Ming @ Kong Fo Min, bekas pemimpin nombor 2 LDP yang menentang Chong Kah Kiat mantan Presidennya semasa mereka berada dalam Barisan Nasional. Dalam pilihanraya 2008, Kong telah bertanding di DUN N.57-Sri Tanjung, Tawau dan tewas kepada calon DAP, Jimmy Wong atau Wong Tze Phin. Kini Kong adalah Ketua Cabang bagi kawasan Tawau yang masih mengintai kerusi N.57-Sri Tanjung yang kini dimenang DAP.

N.57 - SRI
TANJONG
KONG HONG MING @ KONG FO MIN
PKR
3,090

SAMSON CHIN CHEE TSU
BN
4,187

WONG SZE PHIN @ JIMMY
DAP
5,359
MNG

JUMLAH PEMILIH :
20,306

KERTAS UNDI DITOLAK :
146

KERTAS UNDI DIKELUARKAN :
12,807

KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :
25

PERATUSAN PENGUNDIAN :
63.07%

MAJORITI :
1,172

Apapun percaturan politik yang hendak diketengahkan oleh PKR Pusat, itu adalah hak mereka sebagai peneraju parti PKR. Masyarakat Sabah melihat itu adalah trend yang dibawa dan cuba diperdagangkan oleh PKR Pusat yang kononnya cuba "merakyatkan " kepimpinan parti mereka. Samada gagasan baru ke atas kepimpinan PKR Sabah ini diterima rakyat, masih terlalu awal diperkatakan. Bagaimanapun, penolakan keputusan PKR Pusat oleh kepimpinan PKR Negeri sendiri lebih banyak menjadi sandaran kepada keputusan rakyat terutama menjelang PRU 13 nanti.

Read more...

Nizar News: Badrul Keluar PKR Kerana Hilang Keyakinan Terhadap Anwar Ibrahim

Seorang lagi wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu dan menjadi ADUN bebas - kali ini di Selangor selepas dua di Perak awal tahun ini dan seorang di Kedah pada Ogos.

ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah, sejak beberapa bulan lalu menimbulkan spekulasi bakal menyertai Umno, membuat pengumuman itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Beliau sejak sekian lama menimbulkan masalah dalam parti itu apabila didakwa tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat di situ.

Pagi ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengusulkan kepada PKR agar mendesak Badrul Hisham melepaskan jawatan wakil rakyat.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar hari ini, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat. Badrul menang kerusi DUN Pelabuhan Klang dalam pilihan raya umum dengan majoriti 4,407 undi, ekoran rasa tidak puashati terhadap bekas ADUN kontroversi Umno, Datuk Zakaria Md Deros.Badrul merupakan ADUN pembangkang kelima yang keluar parti, selepas tiga ADUN di Perak (dua PKR, satu DAP) dan seorang lagi ADUN PKR di kedah dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.Sidang akhbar Badrul Tindakan Badrul Hisham ini mencemarkan lagi imej PKR yang kini sedang bergelut dengan beberapa konflik dalaman yang negatif berhubung kepemimpinan di Sabah dan juga spekulasi peletakan jawatan Setiausaha Agungnya Datuk Salehuddin Hashim.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini, Badrul Hisham berkata keputusan beliau keluar PKR berkuatkuasa serta merta dan kini menjadi wakil rakyat bebas yang 'mesra' BN.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan meletak jawatan, kerana menurutnya, PKR tidak boleh memaksanya berbuat demikian.

Sebaliknya, Badrul Hisham berkata beliau adalah wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Badrul juga menafikan beliau terbabit dalam kemalangan dan sedang menjalani rawatan psikitrik sehingga tidak mampu menjaga kawasan pilihan rayanya.

Badrul menuding jari kepada Menteri Besar selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang didakwanya turut mencabar kapasiti mentalnya.

Beliau yang membaca kenyataan yang telah disediakan berkata tindakan Khalid itu, sebagai seorang ketua PKR, adalah tidak bermoral.

Badrul juga menafikan bahawa beliau tidak menjawab surat tunjuk sebab dari Khalid.

Sebaliknya, beliau mendakwa telah menjawab surat tunjuk sebab itu pada 2 September.

Badrul berkata, beliau ada pengesahan penerimaan surat jawapan itu dari pejabat Khalid serta setiausaha agung PKR.

Oleh itu, katanya, menteri besar Selangor itu tidak ada hak untuk membuat tuduhan seumpama itu.

Dalam sidang akhbar itu, Badrul ditemani oleh isterinya yang berkaca mata hitam dan bekas setiausaha PKR Selangor, Nizam Rosli yang rapat dengan bekas ketua Pemuda PKR yang kini menyerta Umno, Mohd Ezam Noor.

Badrul mengadakan sidang akhr itu beberapa jam selepas Khalid mencadangkan kepada PKR supaya meminta Badrul melepaskan jawatan ADUN kerana didakwa prestasinya tidak baik.

Read more...

Nizar News: Nik Aziz Gagal Desak EGM

Desakan Nik Aziz untuk mengadakan EGM bagi memecat Ustaz Nasha, Mustapha Ali dan Dr Hassan Ali.

Sebaliknya JK Pusat menerima seminar mengenai dakwaan Nik Aziz mengenai 3 kerat pemimpin Pas yang bermasalah.

Dalam mesyuarat JK Pusat Pas semalam yang bermula pada 8.45 malam dan berakhir kira-kira pukul 1 pagi hanya memutuskan mengambil tindakan disiplin terhadap Hassan Ali.

Dalam perkembangan lain Talib Harun selaku pengerusi JK Disiplin Pusat Pas akan mengambil tindakan tegas terhadap beberapa pemimpin Pas yang condong kepada kerajaan Perpaduan dengan Umno.

Read more...

Wednesday 28 October 2009

Nizar News: Awards for reps who take single mums as 2nd wives!!

KOTA BARU: Kelantan Women, Family and Health committee chairman Wan Ubaidah Omar suggested that awards be given to assemblymen for marrying single mothers should they decide to take another wife.

Her suggestion drew support from backbenchers -- all of them men -- who started thumping their palms on the table at the Kelantan State Assembly on Wednesday.

She said the assemblymen could increase their quota to help single mothers with young children and it would help greatly if the assemblymen assisted by marrying them.

Her statement prompted house speaker Nassuruddin Daud to ask Wan Ubaidah to explain the word “quota.” “What I meant by quota is the number of wives; awards should be given to learned House members who take the lead in doing this and also for those who have already married single mothers.

“This would help to reduce the number of single mothers in the state,” she said in reply to a question by Hassan Mahmood (PAS-Tawang), who had asked what was being done to reduce the number of divorce cases and what efforts were being taken by the state government to help single mothers.

To a supplementary question, Wan Ubaidah said that based on state records, there were 16,500-registered single mothers below the age of 60 in Kelantan and this figure did not include those who had been left in the lurch by their husbands.

She said one dilemma facing some single mothers in Kelantan and the country as a whole was that many of them could not register at the Welfare Department or related agencies because their husbands had left them without filing for divorce.

She said that she agreed with the call by Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Nik Mat to whip irresponsible husbands who left their wives high and dry without any reason. She said Kelantan spent RM2mil annually to look after the welfare of single mothers who had no source of income.

“Apart from that, we have organised entrepreneurial workshops to help single mothers earn a living. “The government has also organised talks to educate the immediate families of single mothers to take the initiative to help and not leave them alone to fend for themselves. “We have had similar educational talks for husbands who had divorced their wives to encourage them to pay alimony to help their ex-wives get on with their lives,” she added.

Read more...

Nizar: Kongsi Gelap Selangor Ada Kaitan dengan Exco DAP

Pegawai khas kepada exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu disiasat polis berhubung dakwaan yang mengaitkan pejabat exco tersebut dengan aktiviti kongsi gelap seperti ditulis seorang ahli parlimen PKR.

Daniel Chong dipanggil merekodkan keterangan di Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan di pejabatnya di Shah Alam sejak 10.45 pagi, kata seorang wakil rakyat DAP.

"Sekarang beliau masih di sana. Saya tidak pasti sampai bila," kata ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim kepada Malaysiakini hari ini.

Pada 17 Ogos lalu, polis Bukit Aman dilaporkan mengambil keterangan kakitangan pejabat Ronnie dan seorang lagi ecxo Selangor, Ean Yong Hian Wah, berhubung dakwaan ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

Wee menyebut secara umum pembabitan seorang exco negeri dalam kegiatan kongsi gelap walaupun tidak menamakan sesiapa dalam artikel blognya, Julai lalu.

Pada 14 Ogos, Wee turut dipanggil ke ibu pejabat polis kontinjen Selangor untuk memberikan keterangan berhubung dakwaannya itu.

Read more...

Nizar-Anwar: Dr Jeffery Hanya Mahu Jawatan! Tiada Perjuangan

Jeffery Kitingan mantan ADUN Sabah yang suka lompat parti memang terkenal dengan mabuk menjadi ketua.

Jeffery hanya mahu jadi ketua, walaupun tidak mempunyai merit. Jeffery beranggapan bahawa dianya adalah pemimpin, namun di mata orang lain, jeffery tidak mampu menjadi pemimpin.

Perlantikan Thamrin Haji Zaini tidak dapat diterima oleh Jeffery, kerana menurutnya Thamrin bukanlah pemimpin, tetapi menurut Wan Azizih dan Anwar serta Azmin Ali, Thamrin adalah pemimpin.

Jeffery sejak dari dahulu, senantiasa ingin hanya menjadi ketua, contohnya semasa dalam AKAR, juga mahu juga jadi ketua, dalam PBRS, juga ingin jadi ketua, kecuali dalam PBS, Jeffery belum mahu merampas ketua dari abangnya sendiri Datuk Pairin Kitingan.

Bagi rakyat Sabah, Jeffery tidak mempuyai pengaruh langsung dan tidak mungkin membawa impak apa-apa dalam politik Sabah.

Demikian juga Thamrin Zaini, mungkin dalam PKR,parti itu akan terasa, namun tidak mampu menguggat kepimpinan Musa Aman- Salleh Said dalam Umno, Pairin dalam PBS.

Read more...

Nizar News: Nik Aziz Betul-betul Anti UG

PAS bertegas tidak akan berlaku 'Kerajaan Perpaduan' sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pihak media jika hanya melibatkan kerjasama antara PAS dan Umno.

Jika berlaku penglibatan PAS-Umno itu merupakan 'campuran' dan bukan 'perpaduan' sebagaimana gagasan idea yang pernah dilontarkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Harun Taib berkata demikian pada sidang medianya di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu, di Jalan Sultan Omar, dekat sini, semalam. "Kerajaan Perpaduan itu bukan hanya PAS dengan Umno sahaja, tidak timbul soal PAS-Umno. Semua parti-parti politik terlibat sama dengan Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), DAP, MCA, MIC, Umno dan parti-parti di Sabah dan Serawak baru jadi 'perpaduan'.

"PAS dengan Umno tidak timbul langsung dalam soal 'Kerajaan Perpaduan' dan jika hanya dengan PAS-Umno tidak perlu kita (PAS) heboh-hebohkan. "Tidak berlaku 'perpaduan' jika hanya dengan Umno-PAS. Saya rasa tidak ada orang PAS yang berfikir begitu (gabung PAS-Umno) sahaja.

"Presiden PAS pun tidak bercakap begitu (PAS-Umno). Jika PAS bergabung dengan Umno pun tidak jadi Kerajaan Perpaduan lagi," jelasnya. Katanya, PAS sekali-kali tidak akan bergabung dengan Umno sahaja sebagaimana yang pernah dilalui oleh parti itu suatu ketika dahulu.

Menurutnya, kekeliruan yang timbul mungkin kefahaman terhadap konsep Kerajaan Perpaduan yang disama-ertikan dengan gabungan PAS-Umno. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menjelaskan hanya Presiden PAS (Ustaz Hadi) yang layak untuk menjelaskan kekeliruan serta kekusutan berkait dengan isu tersebut.

Namun begitu, katanya sebahagian dari konsep Kerajan Perpaduan itu adalah melibatkan semua parti-parti politik di negara ini dan kerajaan tanpa pembangkang. Menurutnya, kerajaan perpaduan tersebut mestilah dipandukan oleh Islam sebagaimana tema Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 iaitu 'Islam Memimpin Perubahan'.

"Jika semua orang (parti) menerima Islam Memimpin Perubahan itu. Sekarang ini yang mendepani kerja-kerja Islam dan perjuangan Islam ialah PAS. Jadi PAS yang akan memimpin 'Kerajaan Perpaduan'. "Jika semua orang setuju, DAP setuju, PKR setuju, Umno setuju, MCA setuju, MIC setuju, parti-parti di Sabah, Sarawak setuju dan semua setuju.

Jadilah Kerajaan Perpaduan yang berlandaskan kepada Islam," tegasnya. Maka, kata Dato' Harun kerajaan perpaduan tanpa pembangkang akan wujud serta tidak ada siapa lagi yang dianiaya dan dizalimi. Menurutnya, jika berlaku sebarang perubahan kerajaan, badan kehakiman, suruhanjaya pilihan raya (SPR), perundangan, dasar ekonomi dan dasar luar negara sekali pun mesti dipandu dengan Islam. Justeru itu, katanya isu kerajaan perpaduan merupakan satu saranan menarik pernah dikemukakan oleh PAS dan semua parti-parti lain serta rakyat Malaysia harus berfikir.

Read more...

Tuesday 27 October 2009

Nizar-Syarie: Janda CANTIK Minta Mas Kahwin Tertunggak: Benz C-200, Rumah Mewah

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam menetapkan 21 Mac depan bagi mendengar kes seorang pramugari yang menuntut bekas suaminya, seorang bekas ahli politik bergelar Datuk, menjelaskan tunggakan mas kahwin berupa sebuah banglo dan hadiah pernikahan sebuah kereta Mercedes Benz C200 yang tertangguh sejak empat tahun lalu.

Hakim Syarie Abu Bakar Mohd. Daud memutuskan tarikh itu apabila wujud keraguan berhubung bidang kuasa mahkamah dalam mengendalikan kes berkenaan selepas mendapati dokumen pengesahan tempat tinggal plaintif, Aishah Abu Bakar, 33, tidak lengkap.

Aishah yang hadir semalam diwakili peguam syarie, Azmi Mohd. Rais manakala defendan, Datuk Saidi @ Ramli Suari, 55, yang tidak hadir kerana kurang sihat diwakili peguam syarie, Moeis Basri.

Dalam penyata tuntutannya, Aishah yang bekerja dengan Penerbangan Malaysia (MAS) menuntut defendan membeli dan menyerahkan rumah banglo berhampiran Bandar Utama di Damansara secara pemilikan sempurna atau memberikan sejumlah wang yang sama nilai dengan banglo itu.

AISHAH terpaksa memfailkan tuntutannya di Mahkamah Syariah bagi mendapatkan mas kahwin yang dijanjikan bekas suami.

Selain itu, defendan juga dituntut supaya membayar tunggakan pemberian Mercedes Benz C200 sebanyak RM144,000 untuk menebus harga belian (jumlah pinjaman) kereta bernombor plat pendaftaran WMY 75 berkenaan. Defendan turut diberi pilihan untuk membayar segala hutang dan ansuran bank ke atas kereta Mercedes Benz sehingga selesai.

Selain itu, plaintif dalam tuntutan yang difailkan pada 31 April 2008 itu juga mahu defendan, bekas Ketua UMNO Bahagian Bandau, Kota Marudu, Sabah menanggung semua kos mahkamah serta sebarang perintah atau relif yang patut dan wajar diputuskan mahkamah.Aishah yang ditemui wartawan berkata, pihaknya tidak berpuas hati apabila mas kahwin iaitu sebuah banglo seperti dijanjikan bekas suaminya dan direkodkan dalam sijil perkahwinan ketika mereka bernikah di London pada 4 Februari 2005 belum ditunaikan.

Read more...

Nizar: Tiada Kerajaan Perpaduan dengan UMNO

PAS bertegas tidak akan berlaku 'Kerajaan Perpaduan' sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pihak media jika hanya melibatkan kerjasama antara PAS dan Umno.

Jika berlaku penglibatan PAS-Umno itu merupakan 'campuran' dan bukan 'perpaduan' sebagaimana gagasan idea yang pernah dilontarkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Harun Taib berkata demikian pada sidang medianya di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu, di Jalan Sultan Omar, dekat sini, semalam. "Kerajaan Perpaduan itu bukan hanya PAS dengan Umno sahaja, tidak timbul soal PAS-Umno. Semua parti-parti politik terlibat sama dengan Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), DAP, MCA, MIC, Umno dan parti-parti di Sabah dan Serawak baru jadi 'perpaduan'.

"PAS dengan Umno tidak timbul langsung dalam soal 'Kerajaan Perpaduan' dan jika hanya dengan PAS-Umno tidak perlu kita (PAS) heboh-hebohkan. "Tidak berlaku 'perpaduan' jika hanya dengan Umno-PAS. Saya rasa tidak ada orang PAS yang berfikir begitu (gabung PAS-Umno) sahaja.

"Presiden PAS pun tidak bercakap begitu (PAS-Umno). Jika PAS bergabung dengan Umno pun tidak jadi Kerajaan Perpaduan lagi," jelasnya. Katanya, PAS sekali-kali tidak akan bergabung dengan Umno sahaja sebagaimana yang pernah dilalui oleh parti itu suatu ketika dahulu.

Menurutnya, kekeliruan yang timbul mungkin kefahaman terhadap konsep Kerajaan Perpaduan yang disama-ertikan dengan gabungan PAS-Umno. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menjelaskan hanya Presiden PAS (Ustaz Hadi) yang layak untuk menjelaskan kekeliruan serta kekusutan berkait dengan isu tersebut.

Namun begitu, katanya sebahagian dari konsep Kerajan Perpaduan itu adalah melibatkan semua parti-parti politik di negara ini dan kerajaan tanpa pembangkang. Menurutnya, kerajaan perpaduan tersebut mestilah dipandukan oleh Islam sebagaimana tema Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 iaitu 'Islam Memimpin Perubahan'.

"Jika semua orang (parti) menerima Islam Memimpin Perubahan itu. Sekarang ini yang mendepani kerja-kerja Islam dan perjuangan Islam ialah PAS. Jadi PAS yang akan memimpin 'Kerajaan Perpaduan'. "Jika semua orang setuju, DAP setuju, PKR setuju, Umno setuju, MCA setuju, MIC setuju, parti-parti di Sabah, Sarawak setuju dan semua setuju.

Jadilah Kerajaan Perpaduan yang berlandaskan kepada Islam," tegasnya. Maka, kata Dato' Harun kerajaan perpaduan tanpa pembangkang akan wujud serta tidak ada siapa lagi yang dianiaya dan dizalimi. Menurutnya, jika berlaku sebarang perubahan kerajaan, badan kehakiman, suruhanjaya pilihan raya (SPR), perundangan, dasar ekonomi dan dasar luar negara sekali pun mesti dipandu dengan Islam. Justeru itu, katanya isu kerajaan perpaduan merupakan satu saranan menarik pernah dikemukakan oleh PAS dan semua parti-parti lain serta rakyat Malaysia harus berfikir.

Read more...

Nizar-Zambry: ADUN Biar Kecoh Asalkan Rakyat Bahagia

Untuk apa bubarkan DUN Perak? DUN hanya kecoh kerana percakaran antara ADUN. Pentadbiran negeri tidak terpengaruh kerana percakaran antara ADUN.

Persepsi bahawa kesatbilan petadbiran negeri Perak hanya isu buatan dan murahan. Pentadbiran Zambry berjalan dengan baik dan teratur. Hanya puak Nizar yang kelamkabut, mengatakan pentadbiran Perak kucar kacir.

Kelantan tahun 2004-2008 ditadbir oleh Pas hanya dengan satu majoriti kerusi, ini kan pula Perak dengan majoriti 3 ADUN!!.

Mereka yang mengatakan bahawa hanya melalui pemburan DUN Perak, kestabilan di Perak akan wujud, hanya bohong.

Nizar sejak 5 Februari 2009 ke ulu ke hilir hanya berdusta kepada rakyat. Baik lah dalam jangka masa pendek ada rakyat yang terpercaya, sehingga memungkinkan Nizar menang Parlimen Bukit Gantang, namun tidak akan berulang lagi, kerana pembohongan Nizar saban hari saban terbongkar.

Jadi, akibat pembohongan Nizar ini, maka ramailah pengikutnya berkata Hanya Bubar DUN Perak, Perak Stabil.. kenyataannya rakyat Perak sangat bahagia dalam pemerintahan Zambry. Tidak timbul rakyat kecoh, yang kecoh ADUN Pakatan pimpinan Nizar!!.

Read more...

Monday 26 October 2009

Nizar oii Nizar: Osman dan Jamaluddin Tak Akan Berpaling Tadah

PKR Perak tidak akan meletakkan harapan kepada dua wakil rakyatnya yang berpaling tadah kepada BN untuk kembali menyokong mereka semata-mata untuk membolehkan DUN negeri itu dibubarkan.

Walau timbul desas-desus menyatakan ADUN Behrang dan Changkat Jering telah berhubung dengan PKR negeri, parti itu tidak akan melayan apa-apa tuntutan mereka itu yang didakwa mementingkan "kepentingan sendiri", kata Ketua penerangan PKR Perak, Zulkifli Ibrahim.

Menurutnya lagi, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) serta Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dipercayai masih merupakan wakil rakyat bebas.

"Mereka ada berhubung dengan PKR negeri, itu maklumat yang kita dapat tapi kita tak dapat sahkan," kata Zulkifli ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Zulkifli juga berkata PKR perlu menolak sekiranya benar Jamaluddin dan Mohd Osman telah berhubung dengan PKR negeri untuk kembali menyokong parti tersebut.

"Saya nampak ia lebih kepada kepentingan peribadi, lebih-lebih lagi Behrang," kata Zulkifli lagi.

Beliau turut mendakwa Jamaluddin telah membuat beberapa rundingan melibatkan jawatan dengan BN, setelah keluar daripada PKR.

Menurut Zukifli lagi, rundingan yang dibuat oleh Jamaluddin itu adalah untuk membolehkan masyarakat setempat terus menyokongnya walaupun telah keluar dari parti.

Perbicaraan kes rasuah

Zulkifli mendakwa, Jamaluddin telah meminta kepimpinan BN negeri meletakkan dua orang calon ketua kampung di Behrang yang diketahui sebagai penyokong bekas wakil rakyat PKR tersebut.

"Dia kata kalau Umno tidak letakkan orang dia jadi calon ketua kampung, dia ugut untuk tidak akan sokong usul bajet negeri," kata Zulkifli lagi yang menjelaskan mengenai insiden yang diketahuinya berlaku kira-kira dua bulan lalu.

"Sekarang dua orang ketua kampung itu memang orang (Jamaluddin)," katanya lagi.

Kata Zulkifli lagi, kes rasuah yang masih berjalan terhadap mereka akan tetap digunakan oleh BN untuk menekan kedua-duanya.

Jamaluddin dan Mohd Osman masing-masing telah didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada akhir Ogos tahun lalu atas tuduhan menerima rasuah masing-masing membabitkan RM100,000 dan RM5,000.

Zulkifli menegaskan, Pakatan Rakyat Perak kini harus menumpukan terhadap usaha jangka panjang dan bukannya bertindak semata-mata untuk memastikan DUN Perak dibubarkan.

Katanya lagi, walaupun Pakatan Rakyat di negeri itu sememangnya mahu pilihan raya peringkat negeri diadakan, tetapi tidak semestinya dengan mengembalikan sokongan Jamaluddin, Mohd Osman serta seorang lagi wakil rakyat DAP yang telah meninggalkan Pakatan Rakyat.

"Dalam masa sekarang, kita tidak boleh letakkan harapan kepada mereka... Kalau mereka masih memihak kepada kita, mereka boleh sokong kita. "Tapi saya tak rasa begitu sebab kalau mereka sokong, sudah tentu kerana sebab mereka berkepentingan," kata Zulkifli lagi.

Read more...

Kematian Teoh Beng Hock: Keluarganya Mahu Postmortem Semula; Kali Ini Oleh Pakar Thai

Keluarga Teoh Beng Hock membuat keputusan agar post-mortem semua ke atas mayat Teoh Beng Hock dijalankan semula. Kali ini post-mortem akan dilakukan oleh "pakar" Pathologis Thailand Pornthip Rojanasunand.

Mayat Teoh Beng Hock dijumpai pada kira-kira 1:30 Petang 16 Julai 2009 di luar Tingkat 5 Plaza Masalam Shah Alam Selangor.

Kematian Teoh Beng Hock ini menjadi OUTCRY baik oleh pembangkang, kerajaan dan orang ramai. Permasalahannya adalah kredibilti SPRM yang sememangnya menjadi kecaman pihak tertentu kerana "sistem pilih bulu mereka".

Kematian Teoh Beng Hock dikaitkan dengan SPRM kerana Teoh beng Hock adalah saksi utama SPRM dalam kes penyalahgunaan wang peruntukkan DUN Sri Kembangan, Selangor di bawah kawalan ADUNnya Ean Yong Hin Wah.

Dalam inkues kematian TBH terdapat berbagai fakta termasuk fakta DNA dan Pathologist Malaysia, namun U-Turn terjadi dimana pakar Thai tersebut mengatakan bahawa 80% punca kematian TBH adalah dibunuh sebelum dicampak keluar.

Akan terbukti kah teori pakar Thai ini.. sama-sama kita tunggu keputusan post-mortem

Read more...

Sunday 25 October 2009

Nizar Kamu Jangan Buat Kecoh 28 Oktober

Polis meminta semua pihak terutama penyokong parti-parti politik supaya tidak menimbulkan kekecohan semasa persidangan dewan DUN Perak Rabu ini.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah berkata semua ADUN juga diharap tidak menimbulkan kekecohan semasa bersidang sehingga boleh menimbulkan keadaan yang tidak baik.

Beliau berkata polis akan menjalankan tanggungjawab untuk memastikan keadaan terkawal semasa perjalanan sidang DUN dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang sengaja menimbulkan kekecohan.

"Orang ramai dan penyokong parti juga tidak terkecuali dan tindakan akan diambil sekiranya berhimpun atau menimbulkan kekecohan di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di kawasan Greentown Business Centre di Ipoh hari ini.

Zulkefli berharap semua pihak mengambil iktibar daripada sidang DUN yang lalu apabila berlaku kekecohan di dalam dan luar dewan.

Katanya, polis hanya menjalankan tugas memastikan ketenteraman dan jika ada ADUN, penyokong atau orang ramai yang menimbulkan kekecohan, tindakan tegas akan diambil.

Sidang DUN Perak bagi membentangkan Bajet 2010 akan berlangsung di DUN Perak yang terletak di Bangundan Perak Darul Ridzuan
bermula 10 pagi Rabu ini.

Sementara itu, polis menerima enam laporan terhadap bekas Speaker DUN, V Sivakumar kerana enggan memulangkan jubah Speaker walaupun selepas diminta berbuat demikian oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Zulkefli berkata polis sedang menyiasat laporan itu dan akan mengambil keterangan daripada beberapa pihak.

Read more...

Saturday 24 October 2009

Nizar: Tahun Depan Hanya Berkereta Kecil Layak Minyak Bersubsidi

Kerajaan akan melaksanakan satu sistem pengurusan subsidi minyak pada awal 2010 bagi memastikan ianya hanya dinikmati oleh kumpulan sasar. Hanya orang berpendapatan rendah dan miskin sahaja yang sepatutnya mendapat subsidi bukan orang kaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, minyak bersubsidi kini dinikmati oleh semua pengguna kenderaan termasuk pemilik kereta mewah dan rakyat asing.

"Keadaan ini membebankan kerajaan kerana menanggung subsidi yang tinggi," katanya ketika membentang bajet di Parlimen hari ini.

Menurut Najib, sistem yang mesra rakyat itu, akan menggunapakai Mykad dan infrastruktur sedia ada.

Read more...

Nizar: Hanya Syarikat Untung Kerajaan Yang Diswastakan: Yang Rugi Kerajaan Jalankan

Kerajaan akan mewastakan syarikat di bawah Kementerian Kewangan dan agensi kerajaan yang berdaya maju.

Gelombang kedua penswastaan ini bermatlamatkan untuk membolehkan syarikat dan agensi berkenaan, beroperasi dengan lebih cekap.

"Kesan penswastaan ini akan mengurangkan kebergantungan kewangan kepada kerajaan," katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan bajet di Parlimen hari ini.

Katanya, ini selaras dengan inisiatif penswastaan dengan mengurangkan secara beransur-ansur penglibatan kerajaan dalam aktiviti ekonomi yang bersaing.

Najib berkata kerajaan juga akan meningkatkan inisiatif projek perkongsian awam-swasta (PPP).

Menurutnya, kerjasama awam-swasta akan dipergiatkan dalam usaha untuk menjadikan sektor swasta sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi negara.

"Pelaksanaan projek berimpak tinggi oleh sektor swasta akan dijalankan secara kerjasama dengan kerajaan.

"Dalam kerjasama ini, peranan kerajaan adalah untuk membantu menyediakan prasarana asas agar projek-projek swasta ini berdaya maju," tegas Najib.

Katanya, antara projek yang akan dilaksanakan tahun depan ialah pembangunan kompleks bersepadu imigresen, kastam dan kuarantin di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pembangunan pusat Matrade.

Read more...

Nizar-Anwar: Negara Bukan Lagi Pilihan Pelaburan FDI Asing

KUALA LUMPUR: Bajet 2010 mampu menangani beberapa masalah yang dihadapi negara ketika berdepan dengan krisis ekonomi global, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Anwar berkata masih wujud beberapa kelemahan asas dalam Bajet 2010, seperti unjuran pengurangan defisit daripada 7.4 peratus kepada 5.6% masih kurang jelas .

"Selain itu, pelaburan yang menjunam kepada RM3.36 bilion bagi Bajet 2010 daripada RM19.7 bilion adalah satu kejutan kerana ia tidak selaras dengan peningkatan pelaburan di China dan India sejak kebelakangan ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen selepas pembentangan Bajet 2010 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat petang tadi.

Read more...

Friday 23 October 2009

Nizar: Tahun 2010 Pemilik Kereta Mewah dan Orang Kaya Tak Dapat Minyak Bersubsidi

Kerajaan akan melaksanakan satu sistem pengurusan subsidi minyak pada awal 2010 bagi memastikan ianya hanya dinikmati oleh kumpulan sasar. Hanya orang berpendapatan rendah dan miskin sahaja yang sepatutnya mendapat subsidi bukan orang kaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, minyak bersubsidi kini dinikmati oleh semua pengguna kenderaan termasuk pemilik kereta mewah dan rakyat asing.

"Keadaan ini membebankan kerajaan kerana menanggung subsidi yang tinggi," katanya ketika membentang bajet di Parlimen hari ini.

Menurut Najib, sistem yang mesra rakyat itu, akan menggunapakai Mykad dan infrastruktur sedia ada.

Read more...

Nizar-Anwar: 2010 Kereta Mewah dan Orang Kaya Tidak Layak Subsidi Minyak

Kerajaan akan melaksanakan satu sistem pengurusan subsidi minyak pada awal 2010 bagi memastikan ianya hanya dinikmati oleh kumpulan sasar. Hanya orang berpendapatan rendah dan miskin sahaja yang sepatutnya mendapat subsidi bukan orang kaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, minyak bersubsidi kini dinikmati oleh semua pengguna kenderaan termasuk pemilik kereta mewah dan rakyat asing.

"Keadaan ini membebankan kerajaan kerana menanggung subsidi yang tinggi," katanya ketika membentang bajet di Parlimen hari ini.

Menurut Najib, sistem yang mesra rakyat itu, akan menggunapakai Mykad dan infrastruktur sedia ada.

Read more...

Nizar: Nik Aziz Angkuh: Hadi Awang Pula Jadi Sasaran

Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Desakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dibuat ekoran kemarahannya terhadap beberapa kepimpinan parti itu, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan mereka.

"Bila mesyuarat agung tidak mahu tukar presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

"Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government).

"Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ini?" tulis menteri besar Kelantan dalam blognya malam tadi.

Read more...

Nizar-Pas-Ngeh-Sivakumar: Jangan Coba Buat Kecoh Sidang DUN Perak: Kata Ketua Polis Perak

Polis meminta semua pihak terutama penyokong parti-parti politik supaya tidak menimbulkan kekecohan semasa persidangan dewan DUN Perak Rabu ini.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah berkata semua ADUN juga diharap tidak menimbulkan kekecohan semasa bersidang sehingga boleh menimbulkan keadaan yang tidak baik.

Beliau berkata polis akan menjalankan tanggungjawab untuk memastikan keadaan terkawal semasa perjalanan sidang DUN dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang sengaja menimbulkan kekecohan.

"Orang ramai dan penyokong parti juga tidak terkecuali dan tindakan akan diambil sekiranya berhimpun atau menimbulkan kekecohan di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di kawasan Greentown Business Centre di Ipoh hari ini.

Zulkefli berharap semua pihak mengambil iktibar daripada sidang DUN yang lalu apabila berlaku kekecohan di dalam dan luar dewan.

Katanya, polis hanya menjalankan tugas memastikan ketenteraman dan jika ada ADUN, penyokong atau orang ramai yang menimbulkan kekecohan, tindakan tegas akan diambil.

Sidang DUN Perak bagi membentangkan Bajet 2010 akan berlangsung di DUN Perak yang terletak di Bangundan Perak Darul Ridzuan
bermula 10 pagi Rabu ini.

Sementara itu, polis menerima enam laporan terhadap bekas Speaker DUN, V Sivakumar kerana enggan memulangkan jubah Speaker walaupun selepas diminta berbuat demikian oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Zulkefli berkata polis sedang menyiasat laporan itu dan akan mengambil keterangan daripada beberapa pihak. BERNAMA

Read more...

Nizar-Pas-Anwar: Saksi Utama SPRM Tukar Pengakuan: Kes 2 ADUN Perak

Ketika memuncak cerita dua Adun PKR yang kini menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno mahu kembali menyokong usul untuk membubarkan Dun Perak, saksi utama kes rasuah mereka menukar kenyataannya dalam Mahkamah Sesyen.

Dari mengaitkan kedua-duanya dengan rasuah, saksi utama itu, Mohd Imran Abdullah, agen provokasi dari Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM), menukar kenyataannya di Mahkamah Sesyen, lapor wartawan Jaspal Singh dalam laman web NST. http://www.nst.com.my/articles/21naxz/Article/index_html

Dalam keterangannya, Imran berkata, Jamaludin Mohd Radzi, Adun Behrang yang juga bekas Exco Perak tidak menerima sebarang rasuah dari beliau untuk meluluskan projek di Pusat Bandar Seri Iskandar.

Dia juga berkata, Jamaludin juga tidak meminta sebarang wang untuk kelulusan projek tersebut. Dia juga berkata, Jamaludin tidak berbincang sebarang projek dengannya ketika beliau bertemu Jamaludin di pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Perak.

Pada 14 Ogos tahun lepas, Imran dalam laporannya kepada SPRM berkata, Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu. "Saya setuju, kenyataan saya kepada SPRM tidak benar," kata Imran dalam Mahkamah Sesyen dengan tenang apabila ditanya oleh peguam Jamaludin, Mohd Roni Abdul Rahman.

Jamaluddin dan Osman Jailu (Adin Changkat Jering), bersama dengan bekas ahli majlis Daerah Perak Tengah, Usaili Alias dan Zul Hassan serta kontraktor Fairul Azrim, telah didakwa menerima rasuah antara RM400 hingga RM100,000 antara 6 dan 19 Aug tahun lepas. Tiga dari mereka juga didakwa menerima perkhidmatan sex oleh tiga wanita Cina yang diuruskan oleh Imran.

Namun denggan keterangan Imran ini ia seolah-olah menyangahi keterangannya sebelum ini dan besar kemungkinan kes ini akan dibuang begitu sahaja ekoran percanggahan keterangan ini. Sebelum ini, mahkamah bukan saja ditunjukkan video Imran menyerahkan duit itu kepada Osman dan Usaili bahkan juga video tiga lelaki yang didakwa melakukan hubungan sex dengan tiga wanita Cina itu.

Sebelum ini, Jamaludin dan Osman telah bertindak keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno selepas kedua-duanya didakwa atas kesalahan rasuah di mahkamah. Mereka berdua bersama Adun Barisan Nasional (BN) yang lain kemudiannya menghadab Sultan Perak dan ekoran itu Sultan Perak telah melantik Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar. Dengan cara itu jatuhlah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Read more...

Thursday 22 October 2009

Nizar-Lim Guan Eng: Kamu No Chance: Loi Lek-Tee kiat Bertaut semula

Walaupun kelihatan tenang dan sesekali menguntum senyuman sewaktu sidang akhbar, tetapi kenyataan bekas timbalan presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek membayangkan wujudnya rasa tidak puas hati berhubung pelan damai.

Dalam sidang akhbar petang tadi, musuh politiknya yang juga presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mengumumkan bahawa mereka berdua telah mengenepi perbezaan mereka untuk menyatu dan memperkukuhkan MCA yang sedang dilanda krisis kepimpinan.

Duduk di sebelah presiden ialah Chua, timbalan presiden yang baru dilantik Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pemimpin kanan MCA yang lain.

Hanya selepas didesak oleh jurugambar, Chua menjabat tangan dengan Ong.

Ditemui selepas sidang akhbar tersebut, bekas timbalan presiden itu membayangkan bahawa perkembangan terbaru itu bukanlah pilihannya.

"Demi kebaikan parti, kami tiada pilihan," katanya kepada pemberita.

"Pandangan saya ialah beliau (Ong) mendapat separuh sokongan dan saya pula mendapat lagi separuh sokongan. Jadi demi masa depan parti, maka kami perlu bekerjasama," tambahnya.

Chua berkata, beliau mengadakan tiga pertemuan dengan Ong sejak mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 10 Oktober lalu, di mana perwakilan menyokong usul tidak percaya terhadap Ong dan menolak usul menerimanya kembali sebagai timbalan presiden.

Menurut spekulasi pelan damai itu dipersetujui selepas kedua-dua pemimpin MCA yang bertelagah itu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Walaupun Ong dan Chua mengaku bertemu perdana menteri tetapi kedua-duanya menafikan mereka menerima tekanan dari Najib.

Read more...

Nizar-Anwar: Najib-Muhyiddin: Langkah Bijak jika Isu PPSMI Diserahkan Kepada PIBG: Bukan Kementerian

Parent Action Group for Education (Page) mahu semua sekolah kebangsaan diberi pilihan untuk meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pengerusinya, Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, pungutan suara di tujuh buah sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur mendapati purata sebanyak 97 peratus daripada ibu bapa berhasrat supaya sekolah anak-anak mereka diberi pengecualian daripada pemansuhan PPSMI.

Tujuh buah sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan Assunta 2, Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Sekolah Kebangsaan Seri Hartamas, Sekolah Kebangsaan Taman Megah, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas, Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Sri Aman dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman SEA. "Kita bukan hendak membantah pemansuhan PPSMI dan kami juga tidak membantah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Kami cuma mahukan sekolah diberi pilihan kerana mereka mendapat faedah daripada pengajaran Bahasa Inggeris. "Bagaimanapun, bahasa kebangsaan masih menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Sehubungan itu, beliau berkata, satu memorandum mengenai perkara itu telah diserahkan kepada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M. Saravanan untuk dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Bernama

Read more...

Wednesday 21 October 2009

Nizar-Ngo-Ngeh: Harapan Pada Jamaluddin-Osman: DUN Perak Bubar

PKR Perak tidak akan meletakkan harapan kepada dua wakil rakyatnya yang berpaling tadah kepada BN untuk kembali menyokong mereka semata-mata untuk membolehkan DUN negeri itu dibubarkan.

Walau timbul desas-desus menyatakan ADUN Behrang dan Changkat Jering telah berhubung dengan PKR negeri, parti itu tidak akan melayan apa-apa tuntutan mereka itu yang didakwa mementingkan "kepentingan sendiri", kata Ketua penerangan PKR Perak, Zulkifli Ibrahim.

Menurutnya lagi, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) serta Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dipercayai masih merupakan wakil rakyat bebas.

"Mereka ada berhubung dengan PKR negeri, itu maklumat yang kita dapat tapi kita tak dapat sahkan," kata Zulkifli ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Zulkifli juga berkata PKR perlu menolak sekiranya benar Jamaluddin dan Mohd Osman telah berhubung dengan PKR negeri untuk kembali menyokong parti tersebut.

"Saya nampak ia lebih kepada kepentingan peribadi, lebih-lebih lagi Behrang," kata Zulkifli lagi.

Beliau turut mendakwa Jamaluddin telah membuat beberapa rundingan melibatkan jawatan dengan BN, setelah keluar daripada PKR.

Menurut Zukifli lagi, rundingan yang dibuat oleh Jamaluddin itu adalah untuk membolehkan masyarakat setempat terus menyokongnya walaupun telah keluar dari parti.

Perbicaraan kes rasuah

Zulkifli mendakwa, Jamaluddin telah meminta kepimpinan BN negeri meletakkan dua orang calon ketua kampung di Behrang yang diketahui sebagai penyokong bekas wakil rakyat PKR tersebut.

"Dia kata kalau Umno tidak letakkan orang dia jadi calon ketua kampung, dia ugut untuk tidak akan sokong usul bajet negeri," kata Zulkifli lagi yang menjelaskan mengenai insiden yang diketahuinya berlaku kira-kira dua bulan lalu.

"Sekarang dua orang ketua kampung itu memang orang (Jamaluddin)," katanya lagi.

Kata Zulkifli lagi, kes rasuah yang masih berjalan terhadap mereka akan tetap digunakan oleh BN untuk menekan kedua-duanya.

Jamaluddin dan Mohd Osman masing-masing telah didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada akhir Ogos tahun lalu atas tuduhan menerima rasuah masing-masing membabitkan RM100,000 dan RM5,000.

Zulkifli menegaskan, Pakatan Rakyat Perak kini harus menumpukan terhadap usaha jangka panjang dan bukannya bertindak semata-mata untuk memastikan DUN Perak dibubarkan.

Katanya lagi, walaupun Pakatan Rakyat di negeri itu sememangnya mahu pilihan raya peringkat negeri diadakan, tetapi tidak semestinya dengan mengembalikan sokongan Jamaluddin, Mohd Osman serta seorang lagi wakil rakyat DAP yang telah meninggalkan Pakatan Rakyat.

"Dalam masa sekarang, kita tidak boleh letakkan harapan kepada mereka... Kalau mereka masih memihak kepada kita, mereka boleh sokong kita. "Tapi saya tak rasa begitu sebab kalau mereka sokong, sudah tentu kerana sebab mereka berkepentingan," kata Zulkifli lagi.

Read more...

Nizar-Anwar-???? Kamu Upah Berapa Pada Azizul dan Kunsul!!!

MEMANDANGKAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lebih gemar mengeluarkan kenyataan ‘No Case To Answer’ bagi setiap laporan rasuah yang dibuat oleh pemimpin pembangkang menyebabkan dua orang Ketua Cawangan UMNO Sabah menyongsang arus membuat laporan rasmi terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di hadapan lima panel SPRM di Putrajaya.

Menurut Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat, beliau bertindak atas kapasiti sendiri bagi menyahut seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang bersungguh-sungguh mahu membanteras politik wang dan Skandal rasuah di kalangan pemimpin UMNO.

“Kita tidak mampu lagi melihat pegawai kanan SPRM lebih gemar menutup kes dan menteri yang terlibat menyalahguna kuasa mencampuri siasatan yang dijalankan SPRM sebelum ini,” ujar Azizul yang sebelum ini pernah menulis Surat Terbuka kepada Ketua Menteri Sabah.

Bagi memastikan penjenayah kolar putih tidak terlepas daripada tindakan undang-undang, maka Azizul dan rakannya, Kunsul Nahul bertindak memfailkan laporan rasmi di hadapan lima panel yang dilantik iaitu Panel Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah; Panel Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah; Panel Jawatankuasa Aduan; Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah serta Panel Penilaian Operasi.

Menurut Azizul, beliau kesal kerana Sabah diterajui oleh Ketua Menteri yang mengamalkan rasuah dalam pentadbiran dan ianya bukan rahsia lagi setelah 81 dalil difailkan Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

“Salah satu bukti penting yang ketara dan tidak boleh disangkal ialah Skandal Wisma Bandaraya kerana Musa Aman secara sedar melakukan jenayah rasuah dan salahguna kuasa apabila beliau mengarahkan Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat berpindah ke Wisma Bandaraya; sedangkan beliau adalah pemegang saham dan isterinya, Faridah Tussin adalah pengarah Urusan Bestco Sdn.Bhd,” ujar Azizul yang berharap agar lima panel berkenaan menjalankan siasatan rapi bersama bukti dan panduan yang dikemukakan.

Kata Azizul, beliau kesal kerana Peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri membuat kenyataan terbuka bahawa ‘No Case To Answer’ sedangkan Musa telah melakukan rasuah paling ketara kerana beliau selaku Menteri Kewangan Sabah telah menggunakan wang rakyat untuk membayar sewa pejabat Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat serta subsidiarinya ke koceknya sendiri.

Tegas Azizul, beliau berpuas hati dengan layanan kesemua panel SPRM dan mengharapkan ianya diterjemahkan kepada tindakan yang boleh menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin yang korup dan penjenayah kolar putih yang berselindung di sebalik jawatan menteri dan pegawai kanan kerajaan.

RASMI…. Salah satu surat laporan rasmi yang dikemukakan dan diaku sah terima oleh SPRM.

Dalam pada itu, Kunsul Nahul, Ketua Cawangan UMNO Kampung Tanjung Labian daripada Bahagian Silam, menyifatkan tindakan SPRM menutup kes Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Musbah Jamli sebagai menghidangkan najis di majlis aidil fitri.

“Kenapa mahu tutup kes Musbah sedangkan ianya sudah terlalu jelas dan siasatan yang dilakukan memperolehi bukti yang mencukupi, tetapi sampai kepada peringkat pendakwaan, terus sepi sehingga ke hari ini,” ujar Kunsul yang mendakwa Musbah telah melacurkan jawatannya untuk kepentingan peribadi telah menerima kisas kerana tewas dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO Kota Belud.

Namun, kata Kunsul, Kerajaan harus bertindak tegas dengan mendakwa Musbah di mahkamah atau bubarkan sahaja SPRM jika lima panel yang dilantik terpaksa melalui Pengarah-Pengarah SPRM sebagai sekritariat, seperti menukar pencuri dengan penyamun.

Kunsul dan Azizul menandatangani bersama surat rasmi yang diserahkan kepada kelima panel berkenaan meminta

“Kami memohon jasa baik Pengerusi ke semua lima panel yang dibentuk Kerajaan agar membuka semula fail siasatan yang dorman sejak lebih dua tahun lalu walaupun laporan polis dan aduan rasmi dibuat terhadap Adun Tempasuk, Datuk Haji Musbah Jamli atas kes rasuah,” ujar Kunsul yang sebelum ini menjadi penyokong kuat Musa Aman yang kini berpaling tadah setelah berpendapat Musa mengkhianati amanah ahli UMNO dan rakyat Sabah.

Selain kes Musa Aman dan Musbah, Azizul dan Kunsul juga mendesak siasatan segera dan rapi dijalankan oleh lima panel berkenaan berhubung Skandal Michael Chia Tien Foh yang merupakan kroni utama Musa Aman.

Read more...

Tuesday 20 October 2009

Nizar-Anwar Guna Orang UMNO Buat Laporan Rasuah

Nizar-Anwar: Apa Jadi? Kenapa Saman Anwar Ditolak? Tiada Asas Kah?

Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung saman fitnah RM100 juta terhadap mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hakim Datuk Abdul Malik Ishak yang mengetuai panel tiga hakim yang mendengar kes tersebut membenarkan permohonan peguam Datuk VK Lingam yang mewakili Dr Mahathir, untuk menolak rayuan tersebut atas sebab teknikal.

Abdul Malik juga berkata, ia keputusan sebulat suara serta mengarahkan Anwar membayar kos.

Dua lagi hakim ialah Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad.

Sebab teknikal tersebut ialah peguam Anwar tidak menyediakan memorandum rayuan dalam bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Malaysia.

Lingam juga berhujah bahawa peguam Anwar juga tidak menandatangani memorandum tersebut dan oleh itu, ianya menjadi cacat.

Dengan keputusan hari ini, maka rayuan Anwar tidak akan didengar pada 2 November seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Anwar telah menyaman fitnah matan perdana menteri itu berhubung kenyataan yang dibuatnya di satu sidang akhbar Suhakam.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan saman Anwar itu pada Julai 2007 tanpa mendengar merit kes tersebut dan begitu dengan rayuan hari ini.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP