Monday, 18 January 2010

Kalimah Allah Boleh Untuk Malaysia Timur Tidak Bagi Malaysia Barat

Kerajaan sepertimana dikatakan oleh menteri di Jabatan Perdana menteri Nazri Aziz bahawa Kalimah ALLAH dibenarkan pengunaannya kepada penganut agama kristian di Sabah dan Sarawak kerana menurut menteri itu perkataan tersebut telah digunapakai di Malaysia Timur sejak 300 tahun yang lalu.

Sebelum ini menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berasal dari Sabah Bernard Dompok ada mengeluarkan kenyataan akhbar mempersoalkan keenggaan kerajaan membenarkan penggunaan Kalimah Allah bagi penganut agama kristian bagi Sabah, sedangkan menurut Dompok penggunaan nama Allah bagi menggantikan panggilan kepada God telah berlaku sebelum Sabah menyertai Malaya membentuk negara Malaysia.

Dalam perkembangan lain Pengerusi Jaksa Pendamai Sabah Clerence Bongkos Malukun yang juga penganut kristian ada menyuarakan agar penggunaan Allah hanya dibenarkan kepada rakyat Malaysia beragama Islam demi memelihara keharmonian hubungan antara kaum di negara ini.

Isu Kalimah Allah menjadi klimaks apabila mantan PM Tun Abdullah Badawi membenarkan penerbitan Herald-The Catholic Weekly dalam bahasa melayu dan di lain pihak melarang terjemahan injil ke dalam bahasa Iban.

Ekoran reaksi dan bantahan masyarkat islam di semenanjung kepada penggunaan kalimah Allah bagi menggantikan God, maka menteri KDN Syed Hamid Albar membatalkan peneribatan Herald dalam bahasa Melayu, ekoran daripada itu, Herald memohon kepada mahkamah bahawa hak mereka dicabuli sepertimana termaktub dalam perlembagaan negara.

Pada 31 Desember 2009 Hakim Mahkamah Tinggi (kuasa-kuasa Khas) Datuk Lau Bee Lan memutuskan bahawa Herald-The Catholic Weekly boleh menggunakan kalimah ALLAH bagi menggantikan God dalam bahasa melayu.

Akibat keputusan hakim Lau ini, maka telah meluapkan emosi segelintir masyaarakat islam apakah mereka yang ada dalam kerajaan,pembangkang maupun NGO telah melakukan protes/bantahan.

Disebabkan emosi yang tidak terkawal atau mungkin kerja-kerja sabotaj ada individu yang tidak dikenal menangguk di air keroh dengan mencuba melakukan kerja-kerja merosak gereja di Semenanjung dan Sarawak.

Selain itu percanggahan pendapat juga terus berlaku terutama para pemimpin Pakatan. Khalid Samad misalnya berkata bahawa Kalimah Allah itu adalah untuk seluruh manusia, sedangkan Zulkefli Nordin Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim (PKR) berkata adalah kufur bagi mereka yang mengatakan bahawa kalimalah Allah itu digunapakai agama lain selain islam.

Nik Aziz pula terpaksa menggubah pendirian mengenai kalimah Allah. Pada 1/3/2009 Nik Aziz pernah berkata bahawa penggunaan kalimah Allah itu harus hukumnya bagi agama bukan islam, namun setelah itu Nik Aziz pula tidak setuju penggunaan Allah digunapakai oleh penganut agama lain selain islam.

Namun yang disebutkan di atas adalah bukan isu di sini. Isunya sekarang kerajaan telah MEMBUAT satu keputusan yang mempunyai tujuan politik. Kerajaan melalui keputusan ini mungkin ingin terus memelihara perasaan masyarakat islam di Semenanjung dan di lain pihak ingin juga memelihara perasaan masyarkat kristian di Sabah dan Sarawak.

Bagi AYT keputusan kerajaan ini lebih mengarah kepada perhitungan politik, atas sebab bahawa majoriti rakyat di Semenanjung adalah penganut agama islam,, melayu dan masih penyokong kerajaan, sedangkan di Sabah dan Sarawak rakyat penyokong kerajaan adalah kaum bumiputra yang jumlahnya seimbang antara yang beragama islam dan kristian.

AYT sangat khuatir dengan keputusan kerajaan ini, takut pula APA YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIGENDONG BERCICIRAN. Fikir-fikirkan lah.(Seperti dipetik daripada blog: Apa Yang Tersirat)

1 comments:

Kunakian 19 January 2010 at 00:08  

Kalimah itu mampu diguna bersama oleh segenap lapisan masyarakat di Sabah tanpa perasaan syakwasangka antara satu sama lain kerana agama tidak dipolitikkan di negeri ini. Keharmonian ini hendaklah dipelihara. Janganlah hendaknya ada parti politik yang berteraskan mana-mana agama dibenarkan bertapak dan mengeruhkan suasasana damai ini.

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP