Saturday, 29 August 2009

Saidatul Badru rancak melobi calon Usukan

Maklumat yang diperoleh dari orang-orang Umno, Saida sekarang sibuk melobi calon untuk Dun Usukan, yang kemungkian akan kosong, ekoran penyandangnya Datuk Japlin akan diminta mengosongkan DUN tersebut.

Saida khabarnya telah berjumpa dengan beberapa pemimpin tertinggi Umno negeri Sabah maupun Sememanjung agar beliau diberikan peluang bertanding di Usukan, jika kawasan tersebut kosong.

Permintaan Saida ini ada kaitan dengan kemenangannya baru-baru melalui pertandingan G7 Bahagian Kota Belud.

Sangkaan sebelum ini, bahawa matalamat Saida bertanding adalah untuk menguji apa kah beliau mendapat tempat di Kota Belud, walaupun tanpa sokongan DSSK sebagai ketua bahagaian, dan kebetulan pula adiknya. Percubaan Saida membuktikan bahawa percaturan Datuk Musa Aman meminta Saida bertanding adalah berbaloi.

Akan Siada menjadi THE NEXT GENERATION OF TUN SAID MENJADI YANG BERHORMAT, rakyat Kota Belud menunggu kebarangkalian ini.

Read more...

Friday, 28 August 2009

Bulan Puasa hari-hari turun padang bagi wakil rakyat tempasuk

Mengambil kesempatan bulan cuci orang islam ini, wakil rakyat Tempasuk sibuk turun padang sekaligus turut bersembayang terawih di kawasannya. Di samping mendapat rahmat bulan cuci ini, peluang ini juga digunakan oleh wakil rakyat tersebut mendekati para penggundinya.

Di samping dapat bersilaturahim, YB ini juga sempat bertanyakan masalah-masalah yang dihadapi rakyat. Pengetahuan langsung mengenai masalah rakyat ini, membuatkan YB ini tidak bergantung harap kepada laporan-laporan badan-badan kerajaan, kerana beliau sendiri melihat dan mendegarnya.

Projek Jelapang padi dan agropliten yang dalam proses menyediakan tapak lepas landas,merupakan perhatian utama YB tempasuk ini.

Read more...

Thursday, 27 August 2009

Idris Jala jadi menteri: Sarawak Boleh!!!

Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Idris Jala telah dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau ditugaskan menyelia pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan akan melaporkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.Idris juga dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Prestasi Pengurusan (PEMANDU).

Pelantikan Idris diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.Dr Koh akan meneruskan tugas merangka dan melaksanakan keseluruhan dasar dan strategi berhubung pengurusan prestasi dan pembaharuan organisasi dengan fokus khusus kepada N-KRA.

Beliau juga akan mempengerusikan lembaga PEMANDU yang turut dianggotai Ketua Setiausaha Negara dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Idris pula akan berkongsi kepakaran dan pengalamannya ketika berkhidmat di Shell dan MAS dan merangsang pelaksanaan pengurusan prestasi di peringkat kerajaan persekutuan.

Beliau juga akan memegang jawatan timbalan pengerusi lembaga PEMANDU. Idris dilantik sebagai pengarah urusan dan CEO MAS pada Disember 2005 selepas syarikat penerbangan itu mengalami kerugian terbesar dalam sejarah korporatnya.

Perlantikan Idris Jala ini ada hubungan kah dengan piliharaya negeri Sarawak mungkin diadakan tahun ini atau pun tahun depan. Ketua menteri Sarawak hampir memberikan petunjuk, kerana jangut pehin tersebut mulai tumbuh.

Pehin Tan Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai sifat tersendiri, apabila memelihara jangut, dipastikan ada program besar akan berlaku di Sarawak. Sementara ini, signal orang-orang Sarawak memegang jawatan-jawatan penting di peringkat persekutuan juga ada lah petanda, bahawa PRU Sarawak menjelang tiba.

Boleh kah sangkaan ini terbukti, hanya Pehin Tan Sri yang ada jawapannya.

Read more...

Wednesday, 26 August 2009

Datuk Musbah sibuk memantau Jelapang Padi

Di kampung Kagurahan, Kota Belud kerja-kerja untuk projek Jelapang Padi Kota sedang rancak berjalan. Kalbut-kalbut untuk tujuan saluran air serta jentera pengorek sibuk menjalankan kerja walaupun dalam puasa.

Akibat jentera jentolak, maka kenderaan yang mengarah ke Kota Marudu terpaksa memperlahan kenderaan mereka, kerana lori-lori bermuatan tanah dan batu selalu keluar masuk.

Akan tamat kah penderitaan masyarkat petani Kota Belud? mungkin penderitaan akan berlalu dengan siapnya Projek Jelapang Padi ini.

Read more...

Monday, 24 August 2009

Bulan Puasa Yang Panas

Panas disamping bahang matahari, tetapi juga panas melihat harga barang yang terus melonjak tanpa kawalan.
.
Pasar-pasar tani atau bazar ramadhan, yang menjadi tempat berkunjung para pembeli tiap petang sesak. Sesak kerana penjual gerai telah bertambah, demikian juga pengunjung bertambah hingga 4 kali ganda.
.
Kerana pengunjung yang berkali ganda, maka para pemilik gerai telah mengambil kesempatan menaik kan harga tanpa kawalan. Contoh misalnya, ikan bakar yang saya selalu beli telah naik 2 kali ganda, walaupun saiz dan caranya tetap sama sebelum bulan puasa.
.
Ikan basah dan ayampun naik, yang tidak naik adalah harga garam. Gula tetap dijual pada harga yang sama walaupun bekalannya tersendat-sendat.

Read more...

Friday, 21 August 2009

Sekolah Akan bercuti

Bulan puasa akan bermula esok. Sekolah juga akan bercuti. selama seminggu. Bagi ibu bapa yang anak-anak mereka bersekolah berjauhan dengan anak-anak sudah tentu terasa, bahawa berjauhan dengan anak semasa puasa bermula sangat terasa.

Ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah di Semenanjung atau Sarawak, sudah tentu cuti seminggu ini tidak cukup bagi anak-anak untuk pulang bersama ibu bapa mereka memulakan puasa. Mereka akan mula berpuasa di asrama atau bagi yang ada keluarga angkat, ada kemungkinan keluarga angkat mereka akan jemput bermalam dan seterusnya memulakan puasa bersama-sama.

Saban tahun bulan cuci orang islam ini pasti akan tiba, bulan perjuangan, bukan sahaja untuk menahan lapar dan dahaga tetapi juga menahan semua angkara buruk. Bulan puasa melatih umat islam dalam erti kehidupan, bermula dari kesabaran hinggalah kepada sopan santun, tutur kata dan sebagainya.

Semoga bulan puasa kali menambah lagi ketaqwaan kita kepada maha pencipta kita.

Selamat berpuasa.

Read more...

Thursday, 20 August 2009

Wong Chuan How pembantu khas Ronnie Liu direman

Wong Chuan How (duduk) semasa membuat kecoh

Petang ini pembantu khas Ronnie Liu Wong Chuan How ditahan reman bagi memperlicin siasatan penyalahgunaan wang kerajaan bagi kawasan Sungai Pelek Selangor. Pihak SPRM telah berjaya mendapatkan reman bagi Pembantu Khas Ronnie itu, dimana sebelum ini membuat kecoh semasa pihak SPRM hendak menahannya.


Read more...

Tuesday, 18 August 2009

Umno bijak meletakan Rohaizat Othman sebagai calon kerana tahu pasti Permatang Pasir adalah milik Pas

Dalam rekod, calon Umno bagi PRK Permatang Pasir Rohaizat Othman adalah peguam yang dipecat dari majlis peguam pada 7 Mac 2008, kerana kesalahan pecah amanah melibatkan wang pelanggan berjumlah RM 140 ribu.
.
Kerana rekod ini telah pasti akan digunakan oleh Pas dan rakannya menghentam calon Umno tersebut. Bagi Umno, kalaupun kalah, bukan kerana rakyat menolak Umno, akan tetapi menolak calon yang mempunyai pekong di dada (pinjam istilah dr mahathir).
.
Pemilihan Rohaizat Othman apa kah disengajakan? kerana Umno tahu bahawa peluang menang di Kubu Kuat Pas dan Anwar Ibrahim itu adalah immpossible.

Read more...

Sunday, 16 August 2009

Anwar menurut Muhyiddin pengkhianat bangsa melayu: Siapa pula pengkhianat rakyat Sabah??

Pengkkhianat rakyat Sabah adalah:-

  • Tauke-tauke balak dan Syed Kechik semasa kerajaan Usno.
  • Tauke-tauke balak berbangsa bengali zaman berjaya.
  • Tauke-tauke balak berbangsa cina semasa zaman PBS
  • Orang-orang Sabah yang terlibat pengeluaran kad pengenalan palsu, yang mengakibatkan ramai pendatang asing jadi warganegara dalam sekelip mata.
  • Datuk Harris kerana beri Labuan dan sign minyak dengan petronas
  • Datuk Harris kerana beri jabatan-jabatan tertentu kepada persekutuan, seperti kastam, imigration, jabatan pendaftaran.
  • Kerajaan UMNO Sabah kerana bagi beribu hektar tanah kepada syarikat-syarikat semanjung untuk tanam kelapa sawit, FMU dan tanam koko.

Read more...

Saturday, 15 August 2009

Kelas Rancangan Khas (KRK) lambat dilaksanakan di Sabah: Salah siapa?

Kelas Rancangan Khas (KRK) adalah alternatif kepada sekolah berasrama penuh. KRK sebenarnya telah wujud sejak tahun 1970, namun kemudahan kepada pelajar khususnya pelajar luar Bandar ini tidak dipergunakan.

Yayasan Sabah, sanggup menghantar pelajar-pelajar cemerlang ke semanjung, walaupun para pelajar ini dapat ditampung di sekolah berasrama penuh yang ada di negeri Sabah.

Seharusnya yayasan Sabah mengembeling tenaga menjayakan KRK ini, bagi pelajar-pelajar lepasan UPSR yang tidak mendapat 5A. Pelajar-pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 3A masih ada peluang, menjadi pelajar cemerlang, jika diberi peluang.

Yayasan Sabah perlu mengkaji polisi mereka mengambil pelajar-pelajar cemerlang ini untuk dibiayai, dan sebaliknya beri lah peluang kepada mereka yang kurang bernasib baik mendapat 5A di peringkat UPSR. KRK adalah cara terbaik mencemerlangkan para pelajar ini.

Read more...

Thursday, 13 August 2009

Impak Jelapang Padi Kota Belud

Menghindar Pekan Kota belud yang sempit itu memaksa kerajaan negeri Sabah untuk membangun jalan pintas menghubungkan Kudat, Kota Marudu dan Tuaran. Tujuan pembangunan jalan pintas itu hanya mengelak arus lalu lintas yang ke Tuaran dan Kota Kinabalu, agar supaya tidak melewati Pekan Kota Belud. Itu sahaja tujuannya
.
Namun kerana pembinaan jalan pintas ini telah berakibat pengorbanan ekonomi dan sosial, kerana tidak sedikit kawasan ekonomik yang terkorban, malah ramai penduduk yang tidak bersetuju dengan pembangunan jalan tersebut..
.
Jika sekiranya membangunan jalan pintas tersebut dibangun sesuai dengan matalamat awalnya, sudah tentu pembinaannya banyak mendatangkan manafaat kepada persekitarannya, akan tetapi kerana pembinaannya melencong jauh dari matalamat asalnya, maka korban ekonomik dan sosialnya hingga kini masih berbekas..
.
Jika alignment ke-2 yang diikuti sepertimana persetujuan awal daripada wakil-wakil rakyat dan penduduk, maka korban ekonomik seperti saluran air, tanah sawah bagi kampong Labuan, Wakaf dan Jawi-Jawi tidak terkorban. Akibat pembinaan jalan ini, maka saluran-saluran air telah terputus, akibatnya tanah sawah yang dahulunya menghasilkan padi, pada masa ini hanya ditumbuhi lalang dan rumput rumpai..
.
Bagi mereka yang pernah ke Kudat melalui jalan pintas ini, adalah pasti dapat menyaksikan tanah-tanah landai yang terbiar, bukan kerana pemilkiknya tidak mahu mengusahakannya, akan tetapi infrastruktur untuk tujuan tanam menanam tidak tersedia..
.
Melalui projek Jelapang Padi Kota Belud, semoga produktiviti kawasanan ini akan menjelma, kerana melalui projek mega ini, kawasan marjinal sekarang ini termasuk dalam blue print jelapang padi..
.
Dengan menghijaunya kawasan ini, adalah diharapkan, ekonomi penduduk sekitar akan meningkat dan biar setara dengan masyarakat lain yang telah maju di Negara ini. Bagi anak watan Kota Belud, adalah diharapkan, dalam tempoh 5 dan 10 tahun, daerah Kota Belud terkelur dari senarai daerah termiskin di Malaysia.

Read more...

Wednesday, 12 August 2009

Jelapang Padi Kota Belud telah bermula

Isnin lepas timbalan menteri peratanian dan asas tani persekutuan Datuk Rohani diiringi oleh Adun Tempasuk merangkap pembantu menteri pertanian dan asas tani negeri, Datuk Musbah Jamli, telah membuat lawatan tapak permulaan bagi projek mega di Kota Belud tersebut.

Sepatutnya pelancaran projek jelapang padi ini akan diadakan pada 16 Ogos depan oleh TPM, namun ditunda selepas hariraya puasa, kerana pertembungan masa antara Musa Aman dan TS Muhyiddin pada tarikh tersebut.

Datuk Musbah ketika dihubungi telah mengesahkan penundaan tarikh tersebut.

Apabila projek jelapang padi ini terlaksana,ianya akan meliputi 10 ribu hektar tanah sawah, dibanding 5 ribu hektar di Sarawak. Bagi Malaysia Timur, kawasan Kota Belud merupakan kawasan pertama projek seumpama itu dan yang terbesar.

Read more...

Tuesday, 11 August 2009

Noordin Top belum mati?


Lelaki yang ditembak di Dusun Beji Temanggung Jawa Tengah hri sabtu lalu dipercayai bukan Noordin Top. Spekulasi tersebut tercetus kerana hingga kini pihak polis Indonesia belum mengesahkan bahawa yang mati ditembak tersebut adalah penjanyah JI yang dikekehendaki. Sementara ujian DNA akan diketahui dalam masa 2 minggu lagi. Sekiranya mayat yang ditembak tersebut bukan Noordin Top, maka kemungkinan besar sasaran pengeboman baru akan menyusul.

Read more...

Saturday, 8 August 2009

Noordin Top Tamat riwayat

Media metro melaporkan bahawa Noordin Top perancang JI Asia Tenggara sejak tahun 2002, telah ditangkap di Kawasan Temengang Jawa Tengah semalam. Noordin Top dipercayai mendiami sebuah rumah guru agama di daerah tersebut. Pihak polis Indonesia telah mengepung 1km persegi dari rumah tersebut sebelum membuat penangkapan. Turun di tangkap ada 2 orang guru agama yang percayai memberi perlindungan kepada Noordin Top.
.
Noordin Top mula terkenal apabila dipercayai dalang kepada beberapa pengemboman di Indonesia, termasuk serangan di Hotel JW Marriot dan Ritz Hilton baru-baru ini.
.
Apa kah kematian atau pengkapan Noordin Top ini dapat melumpuhkan kegiatan JI? sama-sama kita tunggu.

Read more...

Penyakit Demo Pemuda Umno kena Jangkit


Semalam hampir 200 ahli Umno mengadakan demo menyokong rampasan MBSA merampas minuman keras di sebuah kedai 7-11 di seksyen 8 Shah Alam pada 29/7/09 yang lalu. Melalui demo tersebut mereka membawa sepanduk sambil melaungkan slogan mengutuk exco kerajaan Selangor Ronnie Liu kerana mengarahkan agar semua rampasan 70 tin dan botol minuman keras dipulangkan kepada pemiliknya serta meminta MBSA meminta maaf.
.
Penyakit demo adalah penyakit kerajaan Pakatan, kerana seriusnya penyakit ini sehingga berjangkit kepada pemuda Umno.
.
Suatu ketika dahulu, mantan PM Tun Abdullah Badawai sangat tindak suka kepada apa sahaja bentuk demo, malah mantan PM itu, pernah mengatakan, jangan demo, tapi berdemolah di peti undi.
.
Rakyat terutama penyokong pembangkang, saban hari diberitahu, bahawa jangan lakukan demo, kerana demo menganggu orang awam, menganggu ekonomi, kerana itu apabila ada demo, ada sahaja yang ditangkap polis, dan kemudian di dakwah di mahkamah kemudian dibebaskan dengan jaminan polis atau 500 ringgit.
.
Demo semalam, kita tidak terdengar ada yang ditangkap atau di hadapkan ke mahkamah, apa dah jadi, apa kah mereka ini Umno?

Read more...

PM hargai kenyataan Nik Aziz

Semasa perasmian SEZ-ECER di Kuantan Pahang baru-baru ini, di mana Nik Aziz turut bersama sebelum PM berlepas ke Bandar Seribegawan untuk bertemu empat mata dengan Sultan Hassanal Bolkiah, Nik Aziz terasa sangat layanan istimewa PM itu terhadapnya. Komen iklas Nik Aziz itu sangat mengusik DS Najib dan sambil mengatakan, bahawa Tok Guru Pas itu ada juga kecendrungan berkerjasama dengan kerajaan pusat.

Kalau lah kecenderungan ini akan terus terpupuk, Anwar Ibrahim akan merasa gelisah, gundah dan rimas, kerana bagi Anwar, jika ikatan kukuh umat islam terjalin, maka ruang untuk PKR akan mudah tertutup.
Sama-sama kita tunggu sejauh mana memontem kecenderungan ini, apa kah boleh bertahan, atau hanya sandiwara Tok Guru Pas tersebut, demi memancing DS Najib membayar royalti minyak yang dituntut oleh Kelatan? Sama-sama kita tunggu kesudahannya




Read more...

Friday, 7 August 2009

Ceramah Perdana Islam 14 Ogos, Shah Alam, Umno Jemput Pas bersama menguntuk peghina Islam

Khairy Jamaludin kata, lupakan pahaman politik, sesiapa yang merasa beragam islam mesti bersatu menentang peghina islam yang akan diadakan di stadium Shah Alam pada 14 Ogos ini.
.
Persoalannya sekarang KJ adalah orang Umno, bagi yang merasa bukan Umno terutama ahli dan penyokong Pas tidak akan menyahut cabaran ini. Sebab musababnya adalah pengertian Pas mengenai Islam berbeza dengan apa yang difahamai oleh KJ.
.
Pengertian Pas mengenai islam hanya berpaksi kepada ajaran TGNA, tiada ajaran lain yang mereka anuti, kerana itu lah pelawaan KJ ini pasti ditolak.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP