Bulan Puasa Yang Panas
Panas disamping bahang matahari, tetapi juga panas melihat harga barang yang terus melonjak tanpa kawalan.
.
Pasar-pasar tani atau bazar ramadhan, yang menjadi tempat berkunjung para pembeli tiap petang sesak. Sesak kerana penjual gerai telah bertambah, demikian juga pengunjung bertambah hingga 4 kali ganda.
.
Kerana pengunjung yang berkali ganda, maka para pemilik gerai telah mengambil kesempatan menaik kan harga tanpa kawalan. Contoh misalnya, ikan bakar yang saya selalu beli telah naik 2 kali ganda, walaupun saiz dan caranya tetap sama sebelum bulan puasa.
.
Ikan basah dan ayampun naik, yang tidak naik adalah harga garam. Gula tetap dijual pada harga yang sama walaupun bekalannya tersendat-sendat.
2 comments:
Salam Cikgu Dayang Wulan,
Cuaca memang pun panas, walaupun kadang-kadang hujan turun.
Masaalah kenaikan harga barang ini, memang nya hal sensitif dan semesti nya panas.
Cikgu maksudkan kenaikan harga di Pasar-pasar tani Kota Belud kah? Di KK, nampak nya tidak banyak berbeza dari bulan puasa tahun lalu.
Saya akan turun ke Tuaran dalam masa yang terdekat untuk buat kajian selanjut nya.
Semuga sehat dan sukses selalu
salam. maaf lambat respon. maklumlah tengah panas. DI KB semua panas.
Post a Comment